07 February 2010

RAMAI GILA ANAK LUAR NIKAH!

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


Siapakah yg harus dipersalahkan??

sumber: klik sini

14 January 2010

Ruang Massa

dalam dok kemas-kemas dokumen dalam pc ni, tetiba terjumpa gambar lama ni:





 

06 January 2010

Masjid Cina

ini gambar gua kat masjid.
bukan di tokong.
ini gambar memang masjid cina.
tapi bukan di negeri china.
ini gambar gua di masjid cina, rantau panjang, kelantan.





























06 December 2009

Acara Sempena Hari Hak Asasi Manusia







02 December 2009

Banjir Gelombang KEDUA

gambar kat bawah ni aku snap pada 2.11.09. keadaan banjir kat kawasan rumah aku pada sebulan lepas. pagi tadi 2.12.09, keadaan yang sama berlaku. banjir lagi! ini memang betul-betul banjir gelombang ke-DUA.



 

23 November 2009

Parti Rakyat Malaysia

aku tak paham lah. kenapa Hassan Karim (ex-presiden PRM) sanggup naik turun court fight dengan Dr Syed Husin Ali semata-mata nak hidupkan PARTI RAKYAT MALAYSIA, tapi last-last dia letak jawatan sebab majoriti perkawikilan PRM tak nak bergabung dengan Pakatan Rakyat. dia (Hassan Karim) just nak hidupkan PRM untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat ke? satu soalan lagi, perlu bergabung ke? Parti Sosialis Malaysia relax jek tak bergabung.



bacaan lanjut: klik sini