31 December 2023

Sebuah Perjalanan Akhir Tahun 2023

 Dah berkurun tak ambik port untuk cari kerja baru. Dah dah bertahun tak update mintak kerja kat SPA. lebih tepat, mungkin dah 4 tahun. Ntah macam mana, tiba-tiba tertengok iklan kekosongan jawatan ni:



tengok syarat kelayakan, boleh apply ni.kekosongan pun banyak. 6 kekosongan. bukan 1 kekosongan. ada peluang ah maksudnya. simpanan pun 15. dapat calon simpanan pun ok. apply je lah. nothing to lose pun. so kita apply.

lepas isi mohon jawatan ni, 26.10.2023 dapat email dari SPA untuk ambik ujian psikometrik. ujian prikometrik ni ramai orang tak lepas. kita pun tak tau skema apa yang di pakai untuk berjaya dalam ujian ni. sebab basically, soalan ujian prikometrik takde jawapan salah. ianya adalah betul berdasarkan peribadi kita.


3.11.2023, sabtu, menjawab soalan psikometrik sebanyak 165 soalan. soalan senang. tp tak tau menepati ke tak apa yang SPA mahukan.

7.11.2023, terima email Keputusan Penilaian Psikometrik - Calon Berjaya. Alhamdulillah.


14.12.2023 terima email dari SPA untuk diadakan simulasi temu dulu sebelum temu duga sebenar berlangsung.


lepas buat simulasi, terima email tarikh sebenar untuk temu duga real punya.


27.12.23. khamis, tarikh yang dinantikan telah tiba. dan alhamdulillah proses temuduga berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal. Terima kasih tuhan atas kelancaran. 












No comments: