Berganti malam melangkah melengkapi jam ke 24
Tak ada beza hari pertama di tahun dua kosong dua empat
Tetap sama seperti semalam di tahun sudah
Rutin yang sama diulang ulang dan ulang dan ulang
Sementara melengkapi usia yang cukup
Yang entah bila pun akan kunjung tiba
Semoga selamat sejahtera ke atas nya
Untuk tahun baru masihi
Suka duka bakal ditempuh dengan dada berlapang
Kerana aku hanyalah menuruti apa yang kau mahukan
Malah aku bersyukur ke atasnya walau kadang hilang diri sendiri
Kerana sebenarnya aku tak akan pernah hidup tanpa mu
Sejahteralah keatas segalanya ditahun baru masihi
No comments:
Post a Comment