Saya tak pasti apa yang berlaku sekarang. Kat lotus, panjang gila orang q nak bayar. Dah macam nak raya. Adakah kerana esok tahun baru?
Selaku pengguna berteknologi tinggi 😆😅, saya biasanya guna lorong scan & shop. Tapi, kaunter tu pun ramai gila orang beratur.
Saya tengok kaunter self checkout. Nampak mcm tak ramai sangat. Saya pun beratur kat situ.
menunggu jugak lah walaupun tak ramai mana. dok tunggu pembeli tgh buat kerja staff lotus. Dok scan barang masing2. 😅.
Sampai giliran saya, dengan penuh bergaya dan berteknologi tinggi, saya letak barang, seluk poket, keluarkan hp, dan letak hp saya pada auto-mesin pembayar. pergh, dengan sekali scan, semua barang saya tersenarai pada screen. Saya tekan button pay, select payment method, terus bayar dgn kad. setel dengan sangat bergaya.
Kedengaran suara brader kat belakang berkata : oh dia dah scan.
lupa nak cakap, beratur di belakang saya ada dua orang awek. mesti awek tu kagum dengan teknik saya. 😎😆😅
paling penting, saya dah banyak menjimatkan masa ramai orang yang beratur. power kan saya. 😎😅
No comments:
Post a Comment