30 May 2012

Hapuskan Perkauman!

 Semua manusia adalah sama. yang membezakan adalah takwa. 

Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud,"wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan kabilah adalah untuk saling berkenalan. Sesungguhnya orang yang lebih mulia diantara kami di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa".

ini surah yang femes. rata-rata dikalangan kita pernah dengar surah ni secara langsung ataupun tak langsung. cumanya, aku pasti ramai yang tak memahami apa yang cuba disampaikan melalui surah ni. kenapa aku cakap "pasti ramai yang tak memahami"? sebabnya, masih ramai umat yang beragama Islam masih menjunjung SEMANGAT PERKAUMAN dalam kehidupan mereka.

buktinya jelas. masih ramai orang islam (baca: melayu)  di malaysia yang membenci bangsa lain.

sebelum aku pergi lebih jauh, sedikit penekanan, tulisan ini ditulis dari perspektif dan persekitaran penulis sebagai bangsa melayu beragama islam. tidak sebagai bangsa cina atau bangsa india islam. dengan kata lain, ianya sebuah tulisan sempit dari kaca mata seorang melayu Islam yang tak rasis untuk melayu Islam yang rasis.

ok sambung balik. berdasarkan pengalaman, rata-rata kawan-kawan penulis yang rasis adalah mereka yang sangat mengagungkan Melayu sebagai bangsa yang sepatutnya menjadi Tuan di Tanah Melayu. betul dan tepat sekiranya Tanah Melayu masih wujud, bangsa Melayu adalah tuan tanah dan bangsa lain adalah pendatang. namun, hakikat yang harus diterima, Tanah Melayu tidak kekal lama. Tanah Melayu telah lama mati setelah digantikan dengan Malayan Union dan akhirnya menjadi Malaysia. dengan kata lainnya, kewujudan Malaysia adalah atas dasar persetujuan bersama antara bangsa melayu, cina, india dan lain-lain. jadi, di Malaysia ini, melayu sudah tidak menjadi Tuan tanah lagi. Malaysia adalah milik bersama.

aku tak cakap kosong beb. hakikatnya banyak fakta yang disorok untuk kepentingan politik perkauman. ok, cakap pasal politik, sememangnya landskap politik malaysia sangat rasis. kenapa aku cakap sangat rasis? ko tengok lah sendiri, nama parti pun berdasarkan kaum. United Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Indian Congress (MIC), Malaysian Chinese Association (MCA), dan macam-macam lagi. ok aku faham parti ni ditubuhkan sebelum malaysia tertubuh lagi. sebab tu nama parti masing-masing nak fight untuk bangsa masing-masing. sepatutnya, lepas merdeka, parti bersifat bangsa ni dibubar. wujudkan satu parti cukup ah. macam Parti Perikatan maksud aku. barulah negara tak rasis macam sekarang. tapi keadaan sekarang still sama mcm zaman sebelum merdeka. masing-masing saling nak up-kan bangsa masing-masing dalam masa yang sama nak jatuhkan bangsa lain. sebab tu malaysia tak maju. ini masalah antara bangsa.

huih. dah masuk bab parti politik pulak. besar sangat kalo aku nak cover bab ni. aku nak tulis ni untuk orang bangsa islam yang rasis jek. ok, balik kepada skop asal tulisan ni dikarang. tapi sebelum tu, dah alang-alang sentuh bab pembentukan Malaysia atas persetujuan bersama antara kaum-kaum tadi, aku sentuh sikit dalam bab HAK KEISTIMEWAAN MELAYU dalam pembentukan Malaysia. salah satu perjanjian yang dipersetujui oleh raja-raja melayu pada ketika itu dengan pemerintah british adalah, BANGSA MELAYU MEMILIKI KEISTIMEWAAN UNTUK MEMILIKI TANAH DI MALAYSIA INI SEBANYAK 50% DARI BAHAGIAN MALAYSIA, DAN 50% LAGI BOLEH DIMILIKI OLEH BANGSA-BANGSA LAIN YANG ADA DI MALAYSIA. ini fakta sejarah yang dipersetujui raja-raja melayu ye kawan-kawan pembaca sekalian. dengan kata lainnya, orang cina, india, siam, dan lain-lain bangsa memang berhak untuk memiliki tanah di Malaysia. jadi, kalau ada orang politik yang main isu kata ada parti pembangkang yang jual tanah kat bangsa lain tu, jangan salahkan mereka yang menjual tanah. sebab bangsa lain memang berhak untuk beli tanah kat malaysia. raja-raja melayu dulu-dulu memang bagi 50% kat mereka. kita jek tak tahu. dalam buku sejarah takde sebut pun pasal benda ni. betul tak? rasa-rasa korang, raja-raja melayu zaman dulu tu join parti apa agaknya?

kembali semula ke topik agama islam dan masalah perkauman. surah al-hujurat kat atas tu dah terang lagi bersuluh cakap Allah memang sengaja jadikan umat manusia pelbagai kaum dengan tujuan untuk saling berkenalan. bukan untuk saling berperang. kalau Allah nak jadikan dunia ni cuma dihuni oleh orang melayu je pun Dia boleh buat. tapi, Allah buat macam-macam kaum. Allah tak pandang pada kaum pun sebenarnya. sebab dia akan pilih orang yang BERTAKWA yang senantiasa meng-esakan-NYA.

jadi, kepada orang melayu islam yang baca tulisan ni, tolong faham betul-betul maksud surah al-hujurat tu. kat akhirat kelak, Allah tak tanya pun ko tu melayu ke cina ke india. Dia tak nilai dari sudut tu pun.nak lebih senang, ambik contoh orang yang pergi buat haji kat Mekah. pelbagai bangsa berkumpul kat sana dalam keadaan yang setara. takde yang pakai baju Ashworth, takde yang pakai seluar Dockers, takde yang pakai kasut Timberland. semuanya sama. pakai ihram dgn kain sembahyang je semuanya. itu kat Mekah. agaknya, kat padang mahshar nanti pun lebih kurang tu lah gambarannya. jadi, apa yang nak dibanggakan sangat dengan bangsa?

macam mana aku nak eksplain lagi ek surah al-hujurat ni? tak reti dah aku nak karang. sebab ayat dia memang straight forward pon. tapi still ramai yang tak paham jugak. pelik aku.

ok lah. aku stop kat sini dululah. sebelum tu, sebagai penutup, aku nak tanya kepada orang melayu islam yang sangat mengagungkan melayu sehingga membenci bangsa lain, NABI MUHAMMAD S.A.W BERASAL DARI BANGSA APA? jangan ada yang cuba nak jawab Nabi Muhammad berbangsa melayu ye. kang aku lempang lelaju pastu suruh baca buku rampaian pendidikan islam sekolah rendah untuk cari Nabi Muhammad berbangsa apa! ALL HUMAN ARE EQUAL. SMASH RACISM!


5 comments:

kaishuhaikal said...

rasa macam nk beri pembetulan sikit... 50% mmg untuk khas orang melayu dan 50% lagi raja-raja melayu suruh kita sebagai orang melayu berebut dengan bangsa lain...sekiranya bangsa melayu mendapat 20% dari 50% tanah untuk bangsa lain maka bangsa lain akan berebut 30% sahaja. maslah sekarang melayu sendiri tiada duit untuk membeli tanah..byk mengharapkan subsidi dari berusaha. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sewaktu berhijrah dari mekah ke madinah, Nabi menggalakkan umat islam berusaha sendiri dalam mencari harta kekayaan di Pasar Qainuqa so.. bangsa melayu juga perlu berusaha xgitu dhani ahmad?

Dhani said...

bab tanah isu sampingan je dalam tulisan ni.isu yang diangkat adalah 1 BANGSA. 1 BUDAYA. 1 BAHASA. 1 MALAYSIA. huhu. :p

saljuhumairah said...

assalam, hanya pada Dia semuakan bermuara...

"bukankah kita memang tercipta laki-laki Dan wanita, Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda,

Bukankah kita memang harus saling mengenal Dan menghormati,

Bukan untuk saling bercerai-berai Dan berperang angkat senjata "

Anonymous said...

Nabi Muhammad adalah drp bani hashim. Smp skrg bani hashim disanjung mulai, kunci kaabah smp ke hari ini dipegang oleh bani hashim.. Nasihat kpd penulis, sila buat kajian sjarah rasulullah..

Parti perikatan seperti dap juga adalah rasis

kaishuhaikal said...

http://kaishuhaikal.blogspot.com/2010/10/hitler-bangsa-melayu.html - ini mungkin berkaitan dengan artikel anda...