aku create password untuk bank islam online banking sejak tahun 2007. lepas tak berjaya login untuk pertama kali pun pada tahun berikut, aku langsung tak sentuh bab online bank in bank islam ni. sampai ah skang. bukan apa, malas nak call nak cakap dgn operator nak suh reset akaun bank aku tu. sampai ah minggu lepas aku cuba-cuba masuk web bank islam tu, try nak solve problem yang berzaman ni macam mana. skali ada pulak dia letak email address utk dihubungi. apa lagi, aku pun try hantar email kat email address berkenaan. dan ternyata ianya direply oleh incharge person yang bernama cik/puan Marlia Musa dengan pantas. teruja betul aku dgn servis ni. selalunya, kalo bab bab email ni, paling cepat sehari dua baru diorang reply, tapi bank islam tak. cik Marlia Musa ni reply email aku on the spot lepas aku submit email kat dia. rasa mcm layan same time pun ada jugak. dalam masa tak sampai sehari, tujuan aku hantar email mintak diorang reset balik akaun aku telah diselesaikan. sangat pantas. SEKALUNG PUJIAN aku berikan buat Bank Islan untuk servis yang excelent ini. tahniah!
----------------------------------------------------
Dear DHANI AHMAD ,
This
case has been closed with the following information. For new inquiry or
request, kindly send us a fresh email for us to act immediately.
Kepada DHANI AHMAD,
Kes ini
telah ditutup seperti butiran di bawah. Untuk lain-lain
pertanyaan sila hantarkan emel yang baru untuk tindakan segera kami.
Case
Number
|
811455
|
Case
Subject
|
Forgot
Password
|
Creation
Date
|
06/07/2012
|
Case
Explanation
|
Assalamu’alaikum Encik Dhani Ahmad,
Terima
kasih atas maklumbalas.
Untuk
makluman, Perbankan Internet Tuan telah di aktifkan kembali
(reset).
Oleh yang
demikian, sila ikuti langkah seperti di bawah :-
Di harap ini membantu.
Sekian, Terima
kasih.
Marlia Musa
Bank Islam Contact
Centre
1. Sila pergi ke mana-mana terminal
ATM Bank Islam yang berdekatan
2. Di menu ATM, sila pilih -Lain-lain -Perbankan Internet -Pendaftaran Perbankan Internet 3. Log masuk ke www.bankislam.Com.my dan klik INTERNET BANKING LOGIN 4. Klik pada "FIRST TIME LOGIN" (untuk membuat ID pengguna & Kata laluan) 5. Setelah berjaya mendaftar masuk ke perbankan internet Bank Islam, Tuan/Puan diminta untuk meneruskan pendaftaran dengan memilih Kata Pengenalan Peribadi dan Imej Pengenalan Peribadi. Kata Pengenalan Peribadi terdiri daripada gabungan 14 huruf dan angka (maksimum) dan tidak boleh mengandungi karakter yang unik seperti :@*% dll.
Untuk makluman Tuan, syarat untuk
katalaluan adalah seperti berikut:
* Mesti terdiri dari 6 aplhanumeric (gabungan huruf dan angka) seperti Abc123, a12345 dll * Tidak boleh ada huruf atau nombor yang berkembar seperti ct5527, 51ABBA dll * Sebarang penyelangan ke atas huruf atau nombor dibolehkan seperti abab78, 4545ab dll |
Thank
you / Terima kasih
Best
regards & Wassalam,
BANK
ISLAM CONTACT CENTER
No comments:
Post a Comment