05 September 2010

Bendera Baru Malaysia

umum telah mengetahui bendera malaysia dan lagu negeraku adalah hasil "plagiat" tunku abdul rahman and the geng 53 tahun yang lalu. mungkin pada masa itu mereka tidak pernah terfikir bahawasanya kerja-kerja plagiat mereka dapat dibongkar oleh kita pada masa sekarang. tapi hakikatnya begitulah.

sudah ada suara-suara yang mencadangkan agar lagu kebangsaan dan bendera malaysia perlu diubah. yang terkini saranan hisham rais pada ucapan perutusan kemerdekaannya pada 53 tahun merdeka yang lalu. hehe. lihat disini: Negara Ciplak
jadi, sudah ada beberapa cadangan mengenai bentuk baru bendera malaysia. diantara cadangan-cadangan yang ada, aku memilih cadangan berikut untuk diangkat sebagai bendera malaysia yang baru:

alasan aku memilih bendera di atas adalah kerana ianya mempunyai persamaan dengan Bendera Rakyat Kemerdekaan Malaya yang diperjuangkan PUTERA AMCJA, yang telah dilancarkan pada tahun 1947 yang lalu. detail mengenai Bendera Rakyat boleh baca di sini: Bendera Rakyat


masih ingat kempen bendera terbalik yang pernah wujud dalam blogsfera dulu? jadi sekarang, apa kata kita mulakan kempen meletak bendera sang saka merah putih ini di blog masing-masing. :)

3 comments:

Anonymous said...

Tak faham btol.np sibuk2 pkir nk tuka bndera baru.kn lg baik lau pk mcm mane nk lncarkan pntadbiran.lgpon tu bndera prtame malaysia.so y not kite kekal kn.kalau kite ubah bndera,mknenye seolah2 kite ngare yg baru merdeka.ape jd dgn sjarah2 kemerdekaan dulu?lupe mcm tu je?kalau nk buat perubahan pon,perlu ke buang yg lame,?bukan ke yg lame tu yg kite kenang sampai skrg?takkan tahun dpan kite smbut merdeka yg pertama kot?bukak balik buku sejarah.sape yg incharge dlm kmerdekaan ngare kite,mreke lg berhak sbb tu perjuangan mreke.kite kt zman skrg,prthankan la ape yg mreke tnggalkn.bersyukur sikit.tye dri sndri.besar sngat ke jasa kite smpai nk create bndera negara yg baru.bndera baru same dgn bndera sngapore n indonesia.nk tnggu rakyat indonesia ckp 'maling'sia lg baru nk ketok2 dahi?baru nk mnyesal?boikot bndera skrg sbb sama dgn a.s..np x boikot sngapore,?bukan diorg ade relationship ke? :)

Anonymous said...

I just have a thought that if we change bendera jalur gemilang and negaraku, theres a huge possibility that semua mahasiswa kita di negara luar tak akan balik ke malaysia dan bekerja, dah la cost living mahal gila, now politik tak stabil dan tuka bendera seperti terus rasa hilang semangat patriotik. Mcm mana negara nak maju. Nanti banjir dgn orang cina india bangla indon sahaja. Eventhough some points that hishamudin rais said is good, but i no matter what, we love the true malaysia. Not ciplak dr bendera singapore dan indon.

Anonymous said...

Jangan la salah faham.... Malaysia, Indonesia & Singapua adalah satu bumi Nusantara. Cuba lihat negara-negara yg lain, bendera mereka sama rupa kerana mereka satu bangsa & serumpun. Knape kita tak boleh serumpun. Lambang merah putih adalah motif sebenar imej Nusantara sejak sekian lame lagi. Bendera kini yg dikatakan 'jalur gemilang' apa motifnya???? corak & reka bentuknya pun tiru bulat-bulat bendera USA. masa ni lah negara kita mahukan perubahan. InsyaAllah rancangan ni pasti berjaya.