ok. berbalik kepada tajuk di atas. mengenai pertandingan 4 penjuru untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia. antara Shamsul Iskandar (penyandang jawatan skarang), Rafizi Ramli, Badrul Hisham dan jugak Hasmi Hashim.
secara personalnya, aku tidak begitu kenal rapat dengan keempat-empat calon tersebut. tapi, aku pernah bertemu dan lepak dengan mereka semua kecuali Rafizi.
Shamsul Iskandar aku kenal masa pertama kali aku dengar cerita yang Ezam Mat Nor nak letak jawatan dari PKR. masa tu ezam and the geng datang KB ada program apa ntah. dia ajak aku lepak kat kopitiam. aku ingatkan ezam dgn kawan-kawan dia 2-3 orang jek. skali, satu gerombolan. dan masa tu ezam perkenalkan pada aku shamsul yang akan ganti dia selaku Ketua AMK Malaysia. itu kali pertama aku tengok dan kenal shamsul secara tak formal. dan perjumpaan2 seterusnya adalah perjumpaan formal.
oh ya. lupa nak cakap, aku agak baik dengan Ezam. baik tak baik, kalau dia datang KB, mesti dia kontek aku ajak lepak. dan kalau aku pergi kl pun, aku cuba utk jumpa dia, kalau dia tak bizi.
disebabkan perhubungan aku dengan Ezam, aku mengenali Badrul Hisham, anak didik Ezam. Ezam dan Badrul sama-sama mewujud dan menggerakkan ngo yang bernama GERAK. aku kenal Badrul melalui GERAK. pertama kali berjumpa pada siri demonstrasi kenaikan minyak di KLCC. tak sempat nak berkenalan, chegubad dah kena tangkap polis. jadi, aku berkenalan secara ringkas diluar penjara pudu sebaik beliau dan teman-teman lain dibebaskan. sejak itu, kami saling berhubung. walaupun tidak sekerap mana, tapi ada pertalian hubungan pertemanan berlaku.
dan aku sangat rapat dengan Hasmi Hashim sebenarnya. dari sudut latar belakangannya, dari sudut pandangan politiknya, dari sudut lepak kedai mamak sampai 2-3 paginya, dari sudut jaringan pertemanannya, keadaan kami hampir sama. dan perhubungan kami agak rapat sewaktu aku mula menghasilkan sebuah buku yang bernama GOBLOG. buku ini menghubungkan kami secara dekat setelah beliau bersetuju untuk menjadi penulis pengantar buku tersebut. sehinggakan cover buku tersebut juga nyaris-nyaris mengguna ilustrasi seni ciptaan hasmi. secara ringkasnya aku agak rapat dengan hasmi seketika dulu. sewaktu aku menetap di kl.
jadi, untuk keempat-empat calon tersebut, aku melihat chegu bard sebagai calon femes yang mendahului persaingan berbanding calon-calon yang lain. namun, dari segi berpidatonya, raking peribadi aku meletakkan hasmi hashim sebagai pemenang diikuti chegu bard.
secara keseluruhannya, secara peribadi maksud aku, dan bersandarkan alasan-alasan di atas, aku menyokong HASMI HASHIM dan BADRUL HISHAM untuk memenangi jawapan Ketua AMK Malaysia.
No comments:
Post a Comment