umum telah mengetahui bendera malaysia dan lagu negeraku adalah hasil "plagiat" tunku abdul rahman and the geng 53 tahun yang lalu. mungkin pada masa itu mereka tidak pernah terfikir bahawasanya kerja-kerja plagiat mereka dapat dibongkar oleh kita pada masa sekarang. tapi hakikatnya begitulah.
sudah ada suara-suara yang mencadangkan agar lagu kebangsaan dan bendera malaysia perlu diubah. yang terkini saranan hisham rais pada ucapan perutusan kemerdekaannya pada 53 tahun merdeka yang lalu. hehe. lihat disini: Negara Ciplak
jadi, sudah ada beberapa cadangan mengenai bentuk baru bendera malaysia. diantara cadangan-cadangan yang ada, aku memilih cadangan berikut untuk diangkat sebagai bendera malaysia yang baru:
alasan aku memilih bendera di atas adalah kerana ianya mempunyai persamaan dengan Bendera Rakyat Kemerdekaan Malaya yang diperjuangkan PUTERA AMCJA, yang telah dilancarkan pada tahun 1947 yang lalu. detail mengenai Bendera Rakyat boleh baca di sini: Bendera Rakyat

masih ingat kempen bendera terbalik yang pernah wujud dalam blogsfera dulu? jadi sekarang, apa kata kita mulakan kempen meletak bendera sang saka merah putih ini di blog masing-masing. :)
0 comments:
Post a Comment