01 June 2010

TRIBUTE UNTUK HAZRIZUL AZAM a.k.a AYIEN

pagi tadi, aku hantar sorang kawan aku ke airport yang nak balik (dan menetap kat sarawak). kawan baik aku sebenarnya. nama betul dia Hazrizul Azam. nama tak betul dia Ayien. asal orang selangor. dan kini nak jadi orang sarawak. dia student dental kat HUSM selama 5 tahun. dan sekarang dia dah grad. lepas ni bergelar doktor ah si ayien ni. dan dia adalah seorang budak punk. atas dasar punk inilah perhubungan kami sekeluarga terjalin. hubungan kekeluargaan ok. bukan setakat aku dgn dia jek, tapi dengan anak bini aku dan anak bini dia skali.hehe.

aku kenal ayien ni dah lama dah sebenarnya. dari dia 1st year lagi. masa tu aku dgn dean papakerma lepak kat area husm. masa kitorang lepak tu, kitorang ajak lah bebudak band karenaneko. dimana ayien adalah drummer band tersebut. time tu, kitorang lepak lepak mcm tu jek. tak kenal sangat pun. lepas malam tu, aku lost kontek dgn ayien. tapi time aku gi jumpat awek aku kat husm (awek aku budak husm jugak ok.hehe),aku selalu gak nampak dia dgn awek dia (berkepit 24 jam!) kat area husm tu. tapi aku tak berani nak tegur. ye lah, kang tegur tegur kang, dia tak kenal aku pulak. tak pasal pasal jek malu nnt.

setelah beberapa tahun berlalu, dan setelah aku kawen dengan awek aku, aku reconnect pertemanan aku dgn ayien. aku lupa dah macam mana aku boleh reconnect dgn ayien. tapi aku masih ingat, untuk pertama kalinya aku dan wife aku lepak dgn ayien dan kawan dia kat Mac B. bermula dari situ lah hubungan ukhwah kami sekeluarga bermula. sembang punya sembang, rupa-rupanya awek yang selalu berkepit dengan ayien tu adalah bini dia. dah kawen rupanya budak ayien ni. umur baru berapa sen, dah kawen dah rupanya budak ni. hehe.

bila tau ayien ni dah kawen, wife aku sedikit teruja untuk berkenalan dgn wife dia. sebetulnya, ayien ni student kepada wife aku. student-student lain semua panggil wife aku dgn panggilan formal, tapi si ayien ni boleh pulak panggil "akak" kepada wife aku. berani tak berani ah dia panggil mcm tu. mungkin dia dah terbiasa dengan keadaan kitorang (keluarga aku dan ayien) yang selalu lepak bersama. ok, berbalik kepada cerita asal. bila dah tau ayien dah kawen, wife aku sedikit teruja untuk bertemu aini. wife ayien namanya aini. jadi, aku pun organizekan pertemuan kami sekeluarga. dan setelah bertemu, kami saling berkunjung ke rumah antara satu sama lain. nak nak pulak, time tu, wife aku yang tengah pregnant dapat tahu yang aini pun pregnant jugak. jadi makin mesra lah hubungan mereka. masing-masing mengandung untuk kali pertama pulak tu.jadi, banyak perkara baru yang mereka dapat kongsi bersama. masih aku ingat lagi, time tu aku dgn aku dah boring sangat, tak tau nak pegi mana, jadi kitorang pun pergi ke rumah ayien dan aini. time tu aini dah melahirkan baby dah. wife aku tengah sarat. punyalah teruja wife aku nak tengok baby aini, dia sanggup panjat tangga sampai tingkat 3 semata-mata nak tengok baby ayien dan aini. hehe. dari fasa mengandung, melewati fasa melahirkan baby, sehinggalah fasa paska melahirkan baby, hampir semua keadaan kami (keluarga aku dgn ayien) harungi bersama. betapa eratnya perhubungan kami.

wife aku melahirkan baby selepas 2 bulan aini melahirkan baby. hubungan kami sekeluarga makin rapat. masing-masing teruja dengan kehidupan baru. sambil-sambil layan kehidupan bekeluarga, aku dengan ayien tetap layan kehidupan punk rock.hehe. sempat jugak lah aku suntik idea kepada ayien untuk buat satu event kemanusiaan. event untuk palestin. apa nama ntah program tu. dan ianya dilaksanakan dengan jayanya. dan ada beberapa event punk rock yang aku dgn ayien rancangkan. ada yang berjaya dan ada yang gagal. cuma aku sedikit ralat sebab tak dapat attent mini gig yang ayien jayakan pada 29/5/10 yang lepas. bukan aku tak nak pergi. tapi itu hari istimewa aku dgn wife aku. hari anniversary perkahwinan kami.jadi, aku spend masa the whole day dgn wife aku on that day.aku plan nak attend gig ayien tu petang-petang sikit. sebab aku bajet gig tu mesti habis malam punya. alik-alik, tak sempat malam, gig tu dah abis. aduh! tak sempat aku nak pergi. sorry bro. sorry sbb tak sempat nak pergi.

sebenarnya banyak perkara yang aku dan ayien lalui bersama. sebab kami banyak persamaan. baik dari segi idealogi, mahupun dari segi status kekeluargaan. pernah jugak lah aku mintak ayien tampal gigi aku. saje jek aku nak test power ayien. padahal boleh jek aku mintak wife aku buatkan. hehe. ko tampal gigi emo sangat lah bro. tak grind langsung. letih aku nak nganga gigi. lain kali buat biar fast core sikit ok.haha.:p.

ok dah lah. cukup lah tu. dah panjang dah ni tulisan aku untuk ko ayien. special tak special lah kan. aku siap tulis entry khas untuk ko tu. apa pun, aku nak cakap, terima kasih banyak-banyak atas apa yang ko dah bagi, zine baik, buku baik, makanan baik, ubat-ubat baik, dan macam-macam lagi lah. aku sangat menghargainya. dan aku nak mintak maaf kalau ada salah silap yang aku dah buat sepanjang kita berkawan. harap dapat jumpa ko sekeluarga lagi lepas ni. kalau ko datang kelantan, ko tak yah sewa hotel. ko datang tido rumah aku ok. kirim salam kat dhani dan aini. sampai jumpa lagi sahabat! keep the punk spirit! chow~



p/s:- jadi ke kita nak berbesan? haha. :p


*gambar-gambar terakhir ayien kat bumi kelantan.



1 comment:

ayien said...

aduh! terharu aku..thanks for everything bro.. nanti aku letak nama ngan gamba skali kat blog..hehe