31 May 2010

dan lain lain

BAB SATU

Barisan jari telah siap sedia di permukaan papan kekunci. Cursor pada paparan antara muka aplikasi Microsoft word berkelip kelip menanti untuk mencetak butiran perkataan. Mouse kaku kusyuk memerhati kearah aku yang masih tidak punya idea untuk mengarang sebuah karangan. Sampai saat ini aku masih tak punya subjek mahupun objek yang hendak dijadikan penanda aras panduan untuk aku menulis.

Aku jadi buntu.

Namun aku tidak mahu benarkan kadaan ini berlaku. Walaupun aku tak punya subjek, objek mahupun predikat, aku tetap mahu menulis. Biar aku menulis walaupun tanpa apa pun. Aku bebas menulis apa saja sebenarnya. Walaupun tanpa apa-apa sekalipun. Mahupun secubit idea sekalipun. Cuma kita kadang-kadang terikat dengan peraturan yang telah dicipta oleh mereka yang kadang-kadang sengaja menyusahkan kita. Kadang-kadang mereka juga tidak pernah ikut peraturan yang mereka cipta itu. Jadi, kenapa aku harus belenggu aku dalam keadaan itu?

Kita di sini bebas. Aku bebas untuk menulis tanpa sebarang apa pun. Dan inilah yang dikatakan punk rock!

BAB DUA

Sebenarnya, banyak idea yang berlegar dalam kotak fikiran aku. Daripada sekecil-kecil benda sehinggalah sebenar-besarnya. Isu punk rock, isu royalty minyak, isu parti politik, isu world cup, isu judi bola, isu awek seksi yang aku jumpa kat klcc semalam, isu driver teksi yang tak nak guna meter padahal meter dia ada dan tak rosak pun, isu nak buat zine, dan macam macam lagi lah. Banyak sebenarnya. Memang banyak! Tapi aku tak tahu nak capture yang mana satu dalam banyak banyak tu. Itu kelemahan aku. Nampak macam simple kan. Tapi aku gagal dalam bab ni.

[bersambung]

2 comments:

saljuhumairah said...

owh..turun kl ka semalam?
tak pegi seminar ka bro?

nizang said...

ni utk buku punk rok?