02 June 2010

dan lain lain (sambungan)

BAB 3
Memang perlu ada objektif dalam sesebuah penulisan. Tak kisah lah apa-apa objektif sekalipun. Setidak-tidaknya kita tahu atas tujuan apa kita menulis. Meskipun ianya adalah tulisan jiwang karat, setidaknya kau tahu kenapa ianya menjadi tulisan jiwang. Dan kalau pembaca yang baca penulisan kau kata tulisan kau tu memang jiwang karat gila, sah lah objektif tulisan kau tercapai. Faham tak apa yang aku nak objektifkan (baca: maksudkan) ni? Kan tak sampai pulak objektif aku. Hehe. Maksud aku, kau memang berniat nak tulis gaya jiwang, dan orang yang baca tulisan kau tu komen yang tulisan kau tu memang jiwang karat. Makanya, objektif kau menulis tu dah tercapai.

Bentuk tulisan tak penting sangat. Kau boleh cipta tulisan dalam apa bentuk sekalipun. Bentuk sajak ke, bentuk gurindam ke, bentuk esei kontot ke, bentuk cerita pendek (cerpen) ke, cerita panjang (cerpan) ke, dan macam-macam bentuk lagi lah. Tak kisah. Kau boleh buat apa bentuk tulisan yang kau suka. Yang pentingnya, tulisan kau tu ada objektif. Dan objektif tersebut adalah propaganda. Jangan lupa ya teman-teman sekalian, kita di komuniti punk hardcore ni bukan nak meraikan keseronokan hidup semata-mata. Kita di sini (komuniti punk hardcore) ada agenda. Dan agenda kita bukan stok kecik-kecik punya agenda. Agenda kita sangat besar sebenarnya. Sampai orang kata ianya utopia. Utopia atau tidak, itu bukan persoalan yang perlu dibahas. Yang penting kita perlu optimis dalam mencapai agenda kita. Kerana agenda kita adalah untuk PERUBAHAN! Jadi, para penulis komuniti punk hardcore perlu menghasilkan penulisan yang mempunyai objektif yang power dalam menyebarkan propaganda politik punk hardcore. Kerana kita di sini bukan untuk meraikan kehidupan semata-mata, tetapi kita di sini untuk REVOLUSI!


BAB 4
Selain dari kumpulan muzik (band) punk hardcore, zine juga merupakan alat propaganda punk hardcore. Ianya satu medium yang murah dan senang dihasilkan dalam proses menyebarkan mesej. Sangat senang dihasilkan sebenarnya dengan kemudahan teknologi yang ada pada masa kini. Tidak seperti keadaan 11 tahun sebelumnya yang memang memerlukan semangat ultra tinggi untuk menghasilkan zine. Mana tidaknya, pada waktu itu (11 tahun lepas), kemudahan yang ada cumalah mesin taip. Cuba bayangkan bagaimana proses untuk menghasilkan zine dengan mesin taip. Itu kalau ada mesin taip lah kan. Yang takde mesin taip pulak, buat zine tulis tangan jek. Semua kerja-kerja tu perlukan semangat yang luar biasa. Tapi sekarang tidak sesukar itu. Kemudahan yang ada banyak membantu proses menghasilkan zine. Sepatutnya, kemudahan yang ada ini merancaklah lagi proses penghasilan zine. Tapi keadaan sebaliknya yang berlaku. Bila teknologi makin canggih, zine semakin sukar untuk dicari. Mungkin medium yang disediakan oleh teknologi yang ada zaman sekarang ini menyebabkan medium zine sudah menjadi out of date. Mungkin juga ya. Tak dinafikan juga faktor-faktor lain yang membantut proses penghasilan zine. Ya memang benar, untuk menghasilkan zine memang mudah. Tapi tidak mudah untuk me-maintain kewujudan zine tersebut. Aku sendiri gagal dalam proses memaintain kewujudan zine aku. Dan aku sangat respek kepada mereka yang tetap bersemangat menghasilkan zine sejak 10-11 tahun yang lepas sehingga sekarang. Untuk itu, aku nak ucap tahniah kepada mereka yang sangat hebat dan kuat semangatnya. Tahniah kepada Nizang Mosh Zine, Din Roots Zine, Hamka Deadpig Zine, Pet Punk Pink Ponk Zine dan Izzy Revolted Zine. Itu jek nama-nama mereka yang kental yang aku tahu masih menghasilkan zine. Mungkin masih ada lagi mereka yang menghasilkan sejak dari dulu sampai sekarang. Jadi, tahniah untuk mereka juga.


BAB 5
Aku tak mampu mengekalkan eksistansi zine aku. Padahal dalam hati aku berapi rapi semangat nak hasilkan zine. Tapi, api tersebut stakat dalam hati jek. Tak sempat aku muntahkannya menjadi zine. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebabnya seperti yang aku jelaskan pada bab 1 sebelum ni. Tapi aku tak berhenti bermain dengan zine walaupun aku sendiri dah tak hasilkan zine. Semangat nak berkongsi ilmu (baca: propaganda) melalui zine tetap membara. Dengan teknologi yang ada sekarang, aku gunapakai untuk berkongsi zine dengan orang ramai. Aku tak hasilkan zine, tapi aku berkongsi zine yang kawan-kawan hasilkan melalui medium suka ramai, iaitu internet. Aku scan semua zine yang aku ada, kemudian aku upload kat internet. Aku kongsi zine yang aku upload tu dengan orang ramai. Melalui blog http://koleksizine.blogspot.com, aku sediakan medium agar orang ramai boleh mendownload zine-zine yang aku upload ke internet tadi. Kebanyakannya zine lama-lama yang aku upload. Dengan harapan (baca: objektif), agar orang muda zaman sekarang dapat juga membaca zine-zine lama yang pernah muncul dalam dunia punk hardcore di Malaysia ni. Mungkin mereka tak sempat memiliki zine-zine tersebut. Jadi aku bantu mereka untuk memiliki zine tersebut. Itu je yang aku mampu lakukan sekarang. Aku harap tindakan aku ni dapat membantu menyebar luas propaganda politik punk hardcore. BERKONGSI UNTUK REVOLUSI!



Nota tambahan:
aku stop sampai bab 5 dulu ok. Bab seterusnya nanti aku sambung kemudian. Kalau ada apa-apa yang nak tanya ke, nak komen ke, nak mintak apa-apa ke, boleh kontek aku kat email ni: merahdanhitam@yahoo.com .

1 comment:

nizang said...

fazri DRSA masih aktif menerbit zine.

:)