11 December 2008

JAM 2 PETANG AKU TEPATI
“jam 2 petang kita jumpa kat food court CM ok”

Mesej ringkas yang masuk ke kotak mail handphone aku, dilayangkan dari sejauh20 kilometer dari Gombak oleh Murad.

Waktu sekarang jam 11 pagi. Masih ada 3 jam sebelum waktu yang dijanjikan. Untuk sampai di CM dari rumah aku memakan masa selama sejam perjalanan. Sejam perjalanan bas maksud aku. Bas merupakan transport utama aku di kota metropolis ini. Kadang-kadang teringin jugak nak memiliki kereta sendiri. Tapi masih belum ada rezeki.

Sejam perjalanan dari rumah aku ke CM. Nak ikutkan, kalau naik motor tak sampai sejam pun. Tapi dah nama pun naik bas, nak cilok memang komfom dan tak boleh. Kalau jalan jemm tu, tunggu jek lah sampai berjanggut. Kalo naik motor, boleh lah jugak mencelah celah.

Waktu bas tiba tak menentu. Sepatutnya bas melewati tempat aku selalu tunggu bas adalah setiap setengah jam. Tapi sering saja bas akan tiba setelah saru jam aku duduk menunggu di perhentian bas. Lambat, memang lambat. Semua orang kampung aku tahu bas nombor 91 itu lambat. Tapi bagi manusia yang senasib dengan aku, memang dah takde pilihan lain. Jadi, pengguna bas nombor 91 harus sabar menanti. Menanti bas yang tak pasti bila kunjung tiba.

Jadual waktu perjalanan bas ada terpampang di tepi tempat duduk bus stand yang aku sering duduk menunggu. Tapi jadual cuma tinggal jadual. Hakikatnya terserah pada takdir (baca: driver bas). Jika ditakdirkan kau bernasib baik, kau Cuma menunggu bas tidak lebih dari 5 minit. Jika kau kurang bernasib baik, menunggu bas selama sejam lebih itu perkara biasa.

Setelah mendapat sms dari Murad, aku mula merancang perjalanan. Harus berada di CM jam 2 petang. Itu perjanjiannya. Bererti selewat-lewatnya jam 12 tengahari aku harus terpacak di bus stand untuk menunggu bas. Kedatangan bas yang tak pasti menyebabkan aku mengambil keputusan untuk keluar awal. Keluar awal untuk menepati sebuah janji temu yang telah dimeterai.

Jam di dinding menunjukkan tepat jam 11 pagi. Masih ada sejam sebelum jam 12. Aku mula bersiap sedia. Tepat jam 12, aku mula melangkah keluar dari rumah. Di bawah terik matahari aku melangkah ke bas stand di depan rumah aku untuk menunggu bas nombor 91. Belum sampai 10 minit menunggu, kelibat bas nombor 91 kelihatan. Dengan hati sedikit girang aku mengangkat tangan kiri memberi isyarat agar bas berhenti. Bas berhenti, aku baik dan membayar tiket sebanyak rm2. Mengambil tiket, kemudian menuju ke seat kosong untuk duduk. “langkah kanan aku hari ni”-getus hati kecil. Lebih kurang sejam di perut bas, aku tiba di perkarangan CM. Masih ada lebih kurang sekitar 50 minit lagi sebelum waktu yang dijanjikan. Masih awal. Kerana masih awal, aku melangkah menuju ke Toko Buku Pustaka Indonesia. Toko buku terkenal yang terletak di hadapan Masjid India. Di Pustaka Indonesia aku meneroka lautan buku, mencari kalau-kalau ada buku yang berkenan di hati. Setelah setengah jam di lautan buku, aku jadi rambang mata. Terlalu banyak buku yang aku berkenan dan mahu memilikinya. Tapi apakan daya, wang saku yang aku ada Cuma membenarkan aku membeli buku Mukjizat Cinta tulisan Kahlil Gibran. “nanti ada banyak duit, aku nak beli buku banyak-banyak”-hati berkata lagi. Setelah membayar rm15 untuk buku Mukjizat Cinta, aku melangkah ke CM semula.

Tiba di foodcourt CM, melihat jam di tangan, tepat jam 2 petang. Setelah melabuhkan bontot di kerusi, mata liar mencari tubuh badan si Murad. Ternyata Murah belum tiba. Hati sedikit lega. Ya, biar aku yang menunggu kau, jangan kau menunggu aku. Itu yang aku pegang, walaupun hakikatnya aku paling tidak suka jadi penunggu.

Setengah jam selepas jam 2, Murad belum tiba. Aku tunggu lagi. Aku sms Murad bertanyakan dimanakah lokasi terkini dia. Namun tiada jawapan. 40 minit selepas jam 2, Murad masih belum tiba.aku sms Murad lagi bertanyakan kabar. Namun,tak ada respon darinya. Aku call dan panggilan aku tak dijawab. aku tetap menunggu, walaupun aku sudah rasa bosan. 5 minit sebelum jam 3, baru aku melihat kelibat Murad yang melangkah menuju ke arah aku. Murad melangkah dengan sekuntum senyuman dan juga alasan. Alasan kenapa lewat tiba dari waktu yang dijanjikan dan juga alasan kenapa tidak membalas sms dan kenapa tidak menjawab panggilan aku.

Menjabat salam yang Murad hulurkan sambil mendengar alasan kenapa dia datang lewat dan kenapa dia tidak reply sms aku dan kenapa dia tidak pick up call aku, aku cuma tersenyum. Senyum palsu.:).

Ya, aku penat menunggu kau (Murad). Tapi ini bukan kali pertama aku menghadapi keadaan ini. Kau tidak keseorangan dalam membuat aku jadi penunggu. Kawan-kawan kita juga. Kadang-kadang aku juga menjadikan kau seorang penunggu. (hehe. tapi itu dulu laa... sekarang tak lagi.hehehe). Kita punya alasan tersendiri. Samada alasan tersebut boleh diterima pakai atau tidak.

Aku sedaya upaya akan kotakan janji yang aku buat, terutamanya janji yang melibatkan masa. Kerana aku percaya, perubahan (baca: revolusi) tak akan tercetus kalau tidak menepati masa.
Artikel asal di tulis pada: 9.12.06 // Artikel telah dikemaskini pada: 11.12.08

No comments: