27 November 2008

KELANTANESE DIY PUNK ROCKER
yang aku kenal, yang aku tau, cuma ada Ayen (grindcore future doktor gigi), Sabri (cikgu punk), Pessa (fulltime digital punk), Jera (electro hippies) dan aku. cuma ini teman-teman punk rock yang ada kat kelantan sekarang. kat kota bharu maksud aku. punk rocker yang lain aku tak pasti ada lagi ke tak. tapi yang pastinya, (setidak-tidaknya) masih ada 5 orang pemuda punk yang ada kat bandaraya islam ni. masing-masing dengan kesibukan masing-masing. 5 orang belum cukup untuk mengoncang dunia. kena 10 orang baru boleh goncang dunia.hehe.:p. apa pun, we must do sumthin! boring ah duduk kelantan ni. takdek aktiviti langsung. pegi keje, balik keje. itu jek rutin harian. kadang-kadang nak jugak beraktiviti di hujung minggu. so, aku dengan Ayen ada plan nak buat ala-ala flea-market. nak jual barang-barang 2nd hand kat orang. jual by donation. kitorang letak barang pastu pengguna akan ambik dan beli barang yang diorang berminat dan bayar pada kitorang pada kadar yang diorang rasakan patut. tapi semua ni masih dalam perancangan ah.masih di peringkat awal ah.hehe.:p

No comments: