masa zaman awal penglibatan aku dalam dunia punk/hc ni aku aktif gila buat zine. dan dulu jugak aku ada band. jadi masa tu ramai ah jugak editor2 zine yang interview aku. tapi itu dulu ah. skang aku dah tak macam tu lagi. sekarang aku tak ada band dan dah tak buat zine. jadi, dah tak ada orang nak interview aku. jadi, aku interview aku sendiri. hehehe.:P
+SALAM PEMBEBASAN.SILA KENALKAN SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA.
-salam sejahtera kepada anda dan juga pembaca. nama saya Dhani Ahmad.berumur 24 tahun. masih muda dan masih bujang. baru abis belajar di sebuah institusi pengajian tinggi islamik di kuala lumpur dan sekarang melakukan macam-macam kerja yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang saya belajar. seorang yang suka membaca buku-buku politik,islamik dan sufistik. sering bermain dengan idea-idea besar yang sukar untuk di realisasikan. saya bukan anarkis, bukan komunis, bukan sosialis dan bukan juga leftis. saya adalah pemimpi gila.
+APA PERKEMBANGAN TERKINI ANDA. BAGAIMANA DENGAN BAND CHENTA TIDA RESTU DAN APA PERKEMBANGAN TERBARU TENTANG ZINE-ZINE ANDA?
-Chenta Tiada Restu? wah. macam mana awak tahu saya terlibat dengan Chenta Tiada Restu [C.T.R]? sebetulnya, sejak dari tahun 2002 saya sudah tidak terlibat dengan band C.T.R. dan sejak itu saya sudah tidak mengambil tahu tentang C.T.R. tentang zine2 saya pula, buat masa sekarang saya meletakkan status zine saya dalam keadaan koma yang teruk. peluang untuk hidup 50/50. kita serahkan takdirnya kepada sang pencipta.:).perkembangan terkini ialah, pada bulan depan saya dan rakan2 di Papakerma akan meriliskan sebuah buku yang bernama GOBLOG!. Goblog merupakan sebuah buku koleksi tulisan blog 13 penulis. pada bulan 8 pula, sekali lagi kami di Papakerma akan menganjurkan tour gig untuk band DIPLEG dan CURVE. kedua2 band ini dari Jepun. untuk info terkini tentang Papakerma, sila lihat di www.papakerma.com
+MASIH BERGIAT AKTIF DENGAN FOOD NOT BOMBS? BAGAIMANA PULA DENGAN NETWORK OF SOLIDARITY COLLECTIVE?
-ya saya masih bergiat dengan kumpulan Food Not Bombs [FNB], tapi tidak seaktif dulu. kalau dulu setiap minggu pasti muka saya akan kelihatan di FNB, tapi sekarang cuma 4-5 bulan sekali saya ada di FNB.hehe.:P.apa pun, saya tetap terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran FNB seperti diskusi, demonstrasi ataupun workshop. tentang Network Of Solidarity Collective [NOSC] pula tak tahu saya nak cakap macam mana. saya sendiri tidak tahu apa status NOSC sekarang. kerana mereka yang terlibat dengan NOSC masih aktif dengan aktiviti2 kemanusiaan, cumanya kami tidak menggunakan nama NOSC. Papakerma dan Komuniti Jalan Kempas merupakan kolektif baru yang muncul yang rata2nya digerakkan oleh anak muda yang menjadi tulang belakang NOSC. jadi, secara personalnya saya katakan NOSC masih wujud, cuma menunggu masa untuk melakukan sebarang aktiviti baru. atau mungkin juga NOSC menunggu masa untuk dimatikan.:).
+BOLEH CERITAKAN TENTANG PAPAKERMA?
-Papakerma merupakan sebuah record label independent yang non-profit organisasi. digerakkan oleh 4 orang anak muda yang handsome bergaya.hehe.:P.Bertanggungjawab meriliskan zine, buku, kaset, cd dan sebagainya secara sukarela atas inisiatif untuk mempromosikan karya-karya independent yang mempunyai kesukaran memasarkan rilisan mereka kepada umum. Papakerma juga ingin meneruskan perjuangan membantu penggiat seni independent dalam menyalurkan idea dan juga menyediakan ruang untuk mereka berkomunikasi bagi memberi pendedahan serta menarik peminat seni lebih mendekati mereka. Selain mempromosi gaya hidup alternatif, Papakerma tidak mengejar apa-apa kecuali: KEBENARAN. Kerana mendiamkan kesalahan adalah kejahatan.
+APA PROJEK TERBARU PAPAKERMA?
-macam saya katakan tadi, Papakerma sekarang sibuk dalam menyiapkan buku GOBLOG! dan juga sedang mengaturkan jadual untuk mengadakan tour gig bagi 2 band jepun, iaitu DIPLEG [emotive hard core] dan CURVE [mellow indie rock]. dan akan ada beberapa rilisan terbaru [kaset] yang akan kami keluarkan selepas 2 acara ini berjaya dilakukan. tunggu kemunculannya...:)
No comments:
Post a Comment