ANARKISME DALAM MUZIK
Oleh: Ben Hamidi
Is this the MPLA
or is this the UDA
I thought it was the UK.
or just another country
another council tenancy.
(Anarchy in the UK, The Sex Pistols, 1976)
Dengan ritma gitar yang begitu bingit, pukulan gendering yang pantas lagi rancak, hamburan vokal yang seakan benci kemerduan-inilah The Sex Pistols, kumpulan kelahiran United Kingdom yang mencetuskan revolusi budaya anarko-punk. Bermodalkan genre punk, kumpulan ini muncul ketika dunia sedang dibanjiri kegilaan anak muda terhadap glam rock.
Oleh: Ben Hamidi
Is this the MPLA
or is this the UDA
I thought it was the UK.
or just another country
another council tenancy.
(Anarchy in the UK, The Sex Pistols, 1976)
Dengan ritma gitar yang begitu bingit, pukulan gendering yang pantas lagi rancak, hamburan vokal yang seakan benci kemerduan-inilah The Sex Pistols, kumpulan kelahiran United Kingdom yang mencetuskan revolusi budaya anarko-punk. Bermodalkan genre punk, kumpulan ini muncul ketika dunia sedang dibanjiri kegilaan anak muda terhadap glam rock.
Ledakan anarko-punk, atau anarkisme yang dieksperimen bersama budaya punk (termasuk muziknya) mula menjadi kegilaan anak muda setelah dipopularkan oleh The Sex Pistols.
Liriknya pastilah bait-bait yang menentang system pemerintahan, kapitalisme, peperangan, kewujudan sempadan Negara dan ketak-samaan social.
Faham anarkisme menganjurkan hidup masyarakat tanpa pemerintahan, tiada kerajaan, tiada negara, tiada birokrasi, tiada kelas social,. Antara anarkis terawal ialah Max Stirner (1806-1856), Pierre-Joseph Proudhon (1809-1865), Mikhail Bakunin (1814-1876) dan Peter Krapotkin (1842-1921).
Bagi anarkis, jika masyarakat hidup sama rata (tanpa pemerintah dan kelas sosial), dunia akan menjadi aman. Mereka percaya, fungsi masyarakat akan berlangsung dengan sendirinya secara kerjasama tanpa perlu ada kawalan kuasa.
Anarkisme sangat mempengaruhi kepercayaan anak muda. Di Eropah, mahasiswa pada sekitar 1970-an pernah bangkit berkonfrantasi akibat pengaruh anarkisme. Tetapi gerakan sosial ini tidak bertahan lama. Mereka dilihat terlalu radikal dan mengakibatkan masyarakat mempercayai bahawa anarki sekadar budaya picisan dan counter-culture.
Anarkisme dalam eksperimental muzik lebih menjadi tarikan berbanding anarki lain yang dilihat ‘sangat serius’.
Satu lagi kumpulan, Crass, turut dikatakan sebagai kumpulan anarko-punk yang tulen dan terawal. Penny Rambaud (pengasas Crass) menyelar The Sex Pistols kerana lari daripada prinsip anarki apabila bekerjasama dengan kapitalis industri muzik. Crass dikenali sebagai pemuzik anarki yang ‘paling tegar’ oleh peminatnya.
Apapun, popularity The Sex Pistols menyebabkan kumpulan muzik genre punk rata-ratanya menghimpunkan ekspresi anarki mereka dalam lirik. Antaranya, The Amputess, Behind Line dan kumpulan lain yang dikenali menerusi kompilasi album Bulls**t Detector. Gerakan kumpulan dan budaya ini bersatu dalam rangkaian bawah tanah, atau istilah popularnya, underground.
Aktiviti mereka ialah bermain muzik (gig, konsert mini, menghasilkan album secara independent), menerbitkan risalah (makalah, samizdat, dan majalah istilah popularnya - zine), terlibat dalam aktiviti social dan lain-lain kegiatan lazim anak muda.
Semakin lama, anarkisme tidak terhad dalam muzik punk, bahkan menular ke dalam genre muzik lain. Semuanya kerana rangkaian underground tadi yang meraikan kepelbagaian genre muzik-asalkan anti genre pop dan glamour!
Sebut sahaja-hardcore, rapcore, emocore, reggae, ska dan banyak lagi genre muzik-lirik mereka mengandungi unsure anarkisme, bahkan ramai yang tidak sedari! Tetapi lirik mereka tidak berbentuk indoktrinasi, mereka lebih suka meluahkan emosi dan reaksi terhadap kehidupan sekeliling. Kalau anti-kapitalisme, mereka tidak menyeru supaya anda benci kapitalis. Mereka hanya meluahkan kebencian mereka terhadap penindasan kaum pekerja. Kalau anti pemerintah, mereka tidak hasut anda supaya benci kerajaan, tetapi hanya rasa tidak puas hati sebab latih tentera. Mediumnya, muzik dan zine.
Sekitar 1980-an dan awal 1990-an, di Malaysia, kumpulan anarko-underground tumbuh bak cendawan sehinggalah tenggelam pada penghujung dekad yang sama akibat pengkomersialan aliran underground tadi. Tema anarkisme diganti dengan naratif hidup anak muda, cinta, falsafah dan apa sahaja selain politik.
nota: aku mencetak ulang artikel ni yang diambil dari Akhbar Mahasiswa. ;)
No comments:
Post a Comment