16 January 2006

KEUNIKAN KELANTAN YANG TERSENDIRI.
Rakyat Kelantan sudah lama tahu yang setiap minggu pada setiap pagi jumaat, akan ada kuliah Jumaat dari Tuan Guru Nik Aziz (Tok Guru) yang akan diadakan di Medan Ilmu diperkarangan bangunan PAS di Kota Bharu itu. Maka akanramailah yang akan datang ke KB pada hari tersebut. Walaupun aku jarang pulang ke KB, tapi hampir setiap kali aku pulang ke KB, Aku pasti ke kulaih Jumaat Tok Guru. Manusia yang hadir ke kuliah jumaat itu bukanlah sikit jumlahnya. PAda sangkaan aku, lebih 4000 orangy yang hadir. suasana disekeliling Medan Ilmu itu ada juga rupa seperti pasar minggu, kerana ramai peniaga yang mencari rezeki pada hari tersebut. Pendeknya, sesiapa yang mahu melihat kelantan dari sudut yang berbeza,maka mereka harus merasai pengalaman menghadiri kuliah jumaat tersebut.pastinya kuliah dari Tok Guru adalah menarik.dan pasti akan ada sedikit sebanyak isu-isu politik terkini negara yang disentuh dalam kuliah tersebut. ini yang menjadikan lebih menarik sebenarnya.hehe.pagi tadi aku pergi kuliah jumaat, aku dapat flyers baru (rujuk flyers di atas) yang mengajak orang ramai menghadiri kuliah pengajian hadis dan tafsir. program baru yangjuga akan dijadikan acaramingguan secara percuma yang melahirkan satu lagi aktiviti unik yang ada di kelantan ini. kenapa aku katakan unik? kerana tidak ada menteri besar negeri lain kecuali menteri besar kelantan yang setiap minggu "turun padang" untuk memberi kuliah agama kepada rakyat. tidak ada juga kerajaan negeri lain kecuali kerajaan negeri kelantan yang menganjurkan acara keagamaan secara percuma 2 kali seminggu. memang sesuai dengan gelarannya: KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM. world! :)

No comments: