21 October 2005

Tajuk Baru: Bukan Jodoh Aku Dengan Dia...
Tajuk Asal:SANG KOSONG SATU TUJUH [017] LARI DARI RUMAH.
++ini berita sedih. amat sedih. barangkali kerana sering dianak-tirikan oleh aku, atau pun kerana menyedari aku kurang memberi perhatian kepadanya, Sang Kosong Satu Tujuh [017], iaitu nombor maxis yang menjadi nombor kedua aku untuk aku dihubungi kawan-kawan telah melarikan diri dari rumah. dengan kata lainnya, nombor 017 2245234 yang aku beli dengar harga rm10 itu telah hilang! aku memang cuai kerana tidak berlaku adil kepadanya sehinggakan dia nekad untuk tidak bersama dengan aku lagi. aku sedih dengan keadaan ini.ah, hidup mesti diteruskan. dengan itu, kepada sesiapa yang ada menyimpan nombor 017 2245234 aku itu, bolehlah anda hapuskan [delete] nombor tersebut dari buku telefon anda. kerana nombor itu sudah tidak wujud lagi dalam alam fana ini. :(. sedih memang sedih.dan kepada mereka yang ingin berkongsi kesedihan dengan aku, sila hubungi aku di nombor Celcom aku ya. tahu tak nombor Celcom aku?

No comments: