21 October 2005

Aku Juga Geng Jurnal!
++macam tak percaya pun ada jugak bahawasanya hari ini [20.10.05] aku secara rasminya telah menjadi ahli di komuniti maya GengJurnal.aku bukan baru tahu pasal GengJurnal nih. cuma sebelum ni tiada langsung niat dihati untuk aku mengenali siapa dan apa GengJurnal secara lebih dalam. lagi pun, aku rasa aku ni tak cukup jurnalis untuk menjadi sebahagian daripada mereka di GengJurnal. tapi semalam, selepas bersembang-sembang pasal dunia blog dengan abang aku [graduan UK yang merdeka], baru aku tahu bahawasanya aku kenal siapa president Geng Jurnal. malah, aku pernah bertemu dengannya beberapa kali sebelum ini. dan yang paling aku tak sangka, Wak Din adalah president GengJurnal.dan Wak Din itu agak rapat dengan abang aku. dengan kata lainnya, Wak Din itu partner projek abang aku. oh ya, satu sebab lagi yang mempengaruhi aku untuk aku terlibat dalam GengJurnal ialah kerana "Jiwa Kacau". daripada buku Jiwa Kacau itu aku dapat mengenali serba sedikit tentang (idea/politik/pemikiran) pengerak-pengerak GengJurnal. ya, bukan kerana jurnalisme, tapi kerana Wak Din aku jadi ahli GengJurnal.;).Salam Kenal aku ucapkan buat rakan-rakan gi GengJurnal semuanya.viva-la Wak Din Jiwa Kacau! ;P.

No comments: