21 October 2005

22.10.05 : Bermula Episod Baru Kehidupan.
++tamat sudah dunia praktikal yang memaksa aku bangun seawal pukul 6 pagi, bersiap dan wajib menunggu bas pada pukul 6.30 pagi untuk melalui kesesakan jalan ke KL. terus, dari KL, menunggu bas sekali lagi untuk ke Desa Pandan. jika aku tidak keluar menunggu bas pada pukul 6.30 pagi, pasti aku lewat sampai ke pejabat.inilah rutin kehidupan aku sewaktu praktikel dulu. agak menyeksakan. baru seminggu lepas aku meninggalkan dunia ini. ya, aku telah habis melalui tempoh praktikal. dengan itu, tamat juga tempoh aku sebagai pelajar. sekarang, aku adalah penganggur. masih kabur untuk aku berbicara tentang masa depan. mahu menjadi seorang pekerja kah aku atau untuk menyambung kembali menjadi seorang pelajar? apa yang aku tahu, buat masa sekarang, aku mahu menikmati dan menghayati bulan ramadhan ini seadanya. kemudian, menikmati pula hari raya aidil-fitri.(oh, tahun ini semua adik-beradik aku pulang beraya bersama-sama. kesemua 7 orang adik beradik.pasti meriah!) dan selepas itu baru aku ingin mencorak kehidupan aku dengan cara baru. setakat ini, perasaan ignin belajar sangat menebal. jadi, aku akan memohon ke mana-mana ipt untuk melanjutkan pelajaran aku. sambil menunggu panggilan sambung belajar, aku akan bekerja untuk seketika. ini yang aku fikirkan sekarang. langkah awal untuk episod baru kehidupan.


*nota
-22.10.05 : harijadi aku nih! ;).hehe
-05.02.06 : hari konvo! datang ah beramai2.kat uia. jangan lupa bawak bunga.;P.hehe

No comments: