06 October 2005

"Kau Ingat Kau Sorang Nak Ada Tetek? Aku Pun Nak Tetek Jugak!"- Rina,Bukak Api
++ Filem Bukak Api sudah lama aku cari. akhirnya, dapat jugak aku tengok setelah kawan aku berjaya mendapatkan vcd Bukak Api dari pasaran gelap. dan tanpa pasaran gelap, mustahil untuk aku melihat filem ini kerana filem ini sememangnya di haram tayangkan di malaysia.kenapa Bukak Api diharamkan di malaysia ya? kerana melanggar sensitiviti masyarakat normal barangkali. kerana Bukak Api adalah filem yang memperlihatkan para pengamalkan cara hidup homoseksual.apa homoseksual itu tidak normal? (normal atau tidak terserah pada anda).aku tidak pandai mengkritik filem. tapi, aku selalu ingin mencuba sesuatu yang aku tak pandai.jadi, ini kritikan aku untuk filem Bukak Api. eh sekejap. kritikan? aku tidak berniat untuk mengkritik.sebaliknya, aku berniat untuk menceritakan serba sedikit tentang filem Bukak Api. bukan mengkritik. bukan juga untuk menulis sinopsis tentang filem tersebut. aku cuma hanya ingin menceritakan sedikit tentang Bukak Api. Bukak Api adalah sebuah kisah tentang kehidupan malam para pekerja seks yang terdiri daripada golongan maknyah atau lebih popular dengan perkataan pondan (ada juga tentang pekerja seks perempuan.tapi fokusnya tentang kehidupan pekerja seks maknya). Bukak Api "Salahkah Aku Memilih Jalan Ini?", banyak memaparkan tentang hak-hak para maknyah, tentang semangat setiakawan, tentang cinta (cinta songsang?) dan juga tentang pendidikan. ya, Bukak Api banyak mendidik supaya kita mengamalkan cara hidup sihat (contoh:melakukan hubungan seks bebas dengan memakai kondom. ada juga diajar cara-cara bagaimana untuk memakai kondom!).Yang menarik tentang filem Bukak Api adalah, ianya dihasilkan oleh manusia-manusia aktivis untuk tujuan pendidikan. jadi, adalah sangat menarik untuk anda semua menonton Bukak Api dan melihat keindahan kuala lumpur dari sudut lain (selain sudut KLCC atau sudut KL Tower).


p/s:-Tajuk entri diatas adalah salah satu skrip dalam filem Bukak Api. dan Bukak Api banyak dihiasi dengan skrip yang sebenar (bahasa pasar.bukan bahasa buku). malah para pelakonnya juga adalah yang sebenar (pondan yang sebenar). dan lakonannya juga adalah lakonan yang sebenar (bukan lakonan, tapi kehidupan sebenar).


Dealova
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena, langkah merapu tanpa dirimu
karena, hati telah letih....

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memuja mu
tanpa mu, sepinya waktu merantai hati
ooo bayangmu, seakan-akan....

kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang ku hela yang kau selalu ada....

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa gila
dan sepi
dan sepi


nota: "dealova" adalah tajuk lagu nyanyian si Once sang vokalis Dewa.aku tujukan (lirik) lagu diatas kepada seseorang.;)


Menara Maybank Yang Manusiawi
++aku kira menara Maybank yang terletak di pusat kuala lumpur itu cukup berperikemanusiaan. kerana apa? kerana pihak menara Maybank membenarkan para manusia tidak berumah (homeless) "berumah" diperkarangan menara tersebut pada malam hari sementara menunggu hari siang.walaupun setiap hari hampir satu tan sampah telah dibuang oleh manusia merdeka (termasuk homeless) dikawasan perkarangan menara Maybank tersebut.dan kerana ini, pihak menara Maybank terpaksa menugaskan (mengupah) dua orang pekerja untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap ini setiap hari. sepatutnya perkara ini (membuang sampah merata-rata) tidak berlaku. kerana, sudah lebih dari cukup tong sampah disediakan dikawasan tersebut.tapi mungkin kerana tiada kesedaran sivik (bukan serviks) dalam diri, atau mungkin kerana ego, aktiviti membuang sampah merata-rata masih berleluasa.apa cara yang berkesan untuk mendidik masyarakat dalam hal-hal asas seperti ini (hal membuang sampah) ya? oh, sudah tersasar tulisan aku ini rupanya.kembali kepada hal menara Maybank tadi.dan aku secara rasminya mengumumkan bahawasanya pihak menara Maybank lebih manusiawi jika dibandingkan dengan pihak menara Alor Setar. tidak berapa lama dulu, pernah aku dan kawan-kawan menikmati keindahan malam di Alor Setar selepas jam 12 malam. sedang kami merayau-rayau bebas, tiba kami di perkarangan menara Alor Setar. kami duduk berehat seketika di perkarangan menara tersebut sambil menikmati keindahan menara tersebut yang seakan-akan menara Kuala Lumpur itu. tiba-tiba, muncul lembaga hitam yang tak diundang. setelah dipastikan, lembaga hitam itu adalah pak guard (bukan hantu) yang datang untuk meminta (menghalau) kami supaya meninggalkan kawasan tersebut.niat kami hanya untuk menikmati keindahan alam malam disitu.untuk bersiar-siar.itupun kami tidak dibenarkan.bersiar-siar pun tidak boleh, apatah lagi untuk tidur.ya, memang banyak tempat yang menusiawi dan banyak juga yang sebaliknya.aku menulis tentang menara Maybank yang manusiawi kerana setiap pagi hari aku akan berada disitu untuk menunggu bas untuk ketempat kerja.;).hehe.apapun, terima kasih aku ucapkan kepada pihak menara Maybak yang memberikan sedikit ruang kepada para homeless untuk merehatkan badan.ya,homeless juga manusia.


Nombor Ke-Dua Saya.
hai kawan2. saya ada nombor handphone yang baru dibeli tadi pada tanggal 6.10.05.no baru saya ialah: 017 2245234 tapi saya hanya guna nombor ini pada waktu malam sahaja.pada waktu siang saya tetap akan guna nombor lama. dengan kata lainnya, saya guna dua nombor sekarang. jadi, save kedua-dua nombor saya dalam phone book kamu ok. terima kasih. ;)

p/s:- guna 2 nombor, tapi handphone ada satu jek. itu yang kena ikut shift tu. hehe.

No comments: