18 August 2004

B I L I K K E C I L I T U # 6
rilis pada: 18-8-2004
penulis: dhani ahmad
sumber inspirasi masa menulis:
1] kenangan sewaktu MILLEF exhibition
2] kenangan di KLCC bersama si dia. :)
3] rakan-rakan dikasihi (nikeda-zaza-mar-toni-berry-shon-matpit-pakwan), dan wardina.
4] PADI -save my soul





SEBULAN DI BULAN 7 AKU MUFLIS GILA. TAPI ENJOY JUGAKLAH. SEBAB BANYAK BENDA MENARIK BERLAKU.
1.7.04
:- aku buat spek baru yang berharga rm160. aku buat spek yang jenis frameless dan cermin dia *fotogrey.[fotogrey=kalo kena matahari,cermin aku bertukar warna menjadi kelabu, dan kalo tak kena matahari, cermin dalam warna yang normal]. canggih tak spek aku? leh tukar-tukar kaler tau. :) hehe
19.7.04 - 25.7.04:- seminggu ni aku asyik berulang alik ke UIA jerk sebab nak tolong kawan-kawan jayakan exhibition yang mana kami turut menyertainya atas nama FNBKL.secara keseluruhannya tujuan kami terlibat dalam exhibition ni tercapai.kira best gak ah sebab banyak awek cun yang datang tanya nak tahu pasal fnb. :). hehe.kalo nak tengok gambar-gambar kitorang kat exhibition ni, masuk ah website ni: www.geocities.com/merahdanhitam
25.7.04:- dah tamat exhibition tu, kitorang [yang sama-sama jaga booth masa exhibition] ramai-ramai pakat pergi ke "Lost Generation Space: not that balai art festival" untuk melihat beberapa indiependent movie screening. Lost Generation Space punya tempat artistik gila. best!
23.7.04:- oh lupa lak. hari ni aku gi ambik kawan aku yang baru sampai Malaysia dari Jakarta buat pertama kalinya. nama kawan aku ni Fajri Andri. dia datang sini sebab nak antar adik dia masuk belajar kat Ling Kok Weng Universiti. gila kaya punya orang ni! Fajri hadiahkan 2 album Padi yang aku kirim dari indonesia. :).original press from indonesia tau. hehe.
26.7.04:- berry, shon, dan aku bertolak dari UIA ke Chinese Assembly Hall, KL untuk melihat The Great Malaysian Debate:I.S.A Yes or No? debat yang dianjurkan oleh DAP Socialist Youth ini menemukan Lim Kit Siang [DAP] dengan Mohd Nazri [UMNO]. masa mula-mula sampai kat hall ni rasa terkejut gak ah. bukan apa, polis ramai giler. rasa macam nak masuk lokap pulak.nak masuk kena guna invited card tau. tak ada card, polis tak lepas. apapun, aku harus berbangga dengan perkara ini kerana hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat tengok debate yang tak pernah berlaku dalam sejarah malaysia ini.
28.7.04:- kelmarin aku ponteng kelas. hari ni aku pergi kolej, sunyi giler. tak ada orang. rupanya-rupanya kolej cuti sebab busy nak prepare untuk 1st convest. hampeh tul! nak cover punya hal, aku pergi gak ah ke kafe buat-buat mcm tunggu orang. :) hehe. lepas tu aku pergi ke low yat. pusing tengok perkakasan pc, secara tak sengaja aku terbeli thumbdrive.aku beli thumbdrive 256mb dengan harga rm135.duit cukup-cukup tambang balik jerk lepas beli thumbdrive ni. gila.
31.7.04:- tiba-tiba pulak aku tahu ada PC Fair kat PWTC sekarang. hampeh tol. nyesal pulak aku beli thumbdrive kat low yat. banyak lak tu thumbdrive yang murah kat pc fair ni. dah bukan rezeki aku agaknya.apapun, aku ke pc fair tu dengan satu niat, iaitu nak beli kamera digital. selepas hampir 5 jam aku dan kawan-kawan pusing-pusing kat pc fair yang orang ramai giler tu, akhirnya aku berjaya membeli kamera digital yang berharga ________. opppssss!!! aku terpaksa rahsiakan harga kamera ni. bukan apa, harga kamera ni yang agak mahal dan mampu bikin mak aku mem-fire aku. dah ler mak aku cakap aku ni boros orangnya. :). hehe. sungguhpun mahal harganya dan diluar bajet yang aku sediakan [sampai berhutang dgn berry rm50.],tapi aku sangat berpuashati dengan kamera ni. so
skarang, aku dah ada kamera digital.meh aku amik gambar korang meh! :)
1.8.04:- berry, mat pit, pakwan dan aku bergerak ke KL [lagi] untuk ke satu lagi program yang agak politikal iaitu program "The Struggle Lives On At 44" yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan I.S.A. pada program ni diorang ada buat screening movie dan juga dialog tentang I.S.A oleh bekas tahanan dan juga isteri tahanan I.S.A.banyak ilmu berguna pasal I.S.A aku dapat hari ni. tapikan, hari ni tak pasal-pasal kitorang di cop sebagai SB. bukan apa, aku asyik amik gambar jerk, si berry pulak asyik merakam program hari ni dengan menggunakan video kamera. maklum ajalah, kan semalam kitorang baru beli kamera/video kamera. so ari ni kira sesi percubaan guna barang baru ah. :). hehehe.

LUARAN DAN DALAMAN.
hari tu aku ada pergi satu talk show yang bertajuk "What Do They See In Islam". ada 3 orang ahli panel yang berucap.sorang profesor cina yang masuk islam. sorang lagi journislis kristian yang masuk islam. dan sorang lagi wardina safiya. apa,korang tak kenal wardina eh? ala...wardina si artis/pelakon tu ah... :). memula masa aku masuk dewan tu aku tengok majoriti orang laki pakai kopiah, sedangkan aku seperti biasa memakai cap.ntah kenapa lak tetiba terasa ringan tangan aku nak buka cap. hehe. mungkin sebab malam tu aku dok depan skali kot. dan ler ramai yang pakai kopiah, duduk pulak dekat dengan penalis. rasa macam tak manis pulak pakai cap. [ini kes pengaruh alam sekeliling ni. :) hehe].secara keseluruhannya kontens talk show malam tu memang best. dan kata-kata akhir wardina betul-betul buat aku menyesal buka cap malam tu. wardina yang banyak bercakap pasal personaliti dan keterampilan dalam islam berkata: "dont jugde people internal or external, but judge yourself".

AKU TAHU TAPI AKU TIDAK TAHU -bahagian seterusnya-
aku tahu siapa aku. aku kenal diri aku. tapi aku masih tak mampu nak bentuk diri aku sepertimana yang aku kenali aku. mungkin aku boleh jadikan faktor sekeliling antara penyebab kenapa aku tak mampu nak bentuk diri aku. tapi yang harus dipersalahkan juga [malah yang wajib dipersalahkan sebenarnya] adalah aku yang tak mampu untuk mengawal aku. habis, sampai bila nak biarkan keadaan ini berlarutan? kau nak tunggu sampai bila faisal? nak tunggu sampai tua? yakin ke kau akan hidup sampai tua? jangan kata esok, kejap lagi pun kau belum tentu masih hidup!

MALAYSIA : NEGARA ISLAM ATAU NEGARA DEMOKRASI SEKULAR? (part 3)
pada suatu hari, sedang aku ber-sms dengan zaza (hah! mesti korang ingat aku nak ngorat zaza kan.biasa ah tu. ini tanggapan normal.kalau korang terserempak aku keluar dengan sepupu pompuan aku sekalipun, mesti korang ingat sepupu perempuan aku tu awek aku kan.tapi takpe. aku sms dengan zaza ni bukan apa. aku baru jer dapat no tepon zaza ni setelah setahun aku kenal dia.[setahun kenal dia, aku tak pernah pun mintak no tepon dia. tapi kan, dia ada simpan no tepon aku. oh, terharu tul. :). hehehe]. yang bestnya apa tau, handphone kitaorng ni jenis yang sama. kiranya taste aku dengan zaza ni sama gak ah. hohohohohoho. mesti zaza geli tekak baca tulisan ni. hehehe. uih! dah jauh tersasul ni. sorry-sorry. :)) aku ada terbaca satu berita tentang isu yang menggegarkan malaysia iaitu kes Majlis Fatwa dan Majlis Mufti-Mufti mengharamkan kuiz melalui sms dan konsert sure heboh. macam biasa ah, ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju. antara orang kerajaan persekutuan yang tidak bersetuju dengan pengharaman ini ialah peguam Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim? saper ni? tak kenal pun! tak kisahlah siapa Zaid Ibrahim ni. tapi kenyataan Zaid sedikit sebanyak menggambarkan tentang negara Malaysia. "ini kerana, penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama, sebaliknya diputuskan di parlimen seperti yang ditetapkan dalam perlembangaan malaysia"- Zaid berkata yang menyanggah majlis fatwa yang dikatanya telah menetapkan undang-undang sesuka hati. jadi mungkin sudah terjawab persoalan
malaysia sebuah negara islam atau negara
demokrasi sekular dengan penjelasan zaid yang tidak seberapa ini...

6 OGOS 2004 (JUMAAT): "a journey of..."
hari ni antara hari bersejarah dalam hidup aku. buat pertama kalinya aku terlibat dalam proses pengeditan movie [ceh! bapak punya senang rupanya nak buat movie. movie yang cikai-cikai ler…:) hehe]. sebenarnya aku ada tolong berry buat penyuntingan dan memasukkan tulisan dalam filem pertama yang berry hasilkan setelah memberi video kamera digital baru. oh lupa nak cakap, aku jugalah orang yang membuat cover vcd berry ni. lagi satu, aku juga antara "pelakon" utama dalam citer ni. :). hehehe. antara soalan yang aku tanya pada kawan-kawan yang dah tengok movie ni adalah:"hensem tak pelakon-pelakon dalam cerita tu?" :). kawan aku jawab:"hensem?lebih kepada comel kot...hehe". pastu ada gak soalan yang ditanya kepada aku: "kenapa kau asyik tersenyum jer dalam citer tu faisal?". aku jawab: "aku ni pemalu orangnya. hehe. tapi orang kata aku ni mulut manis[suka senyum]. orang kata la.. bukan aku kata..hehe". apapun, kalau korang nak tengok short movie yang bertajuk: EKS-[BERRY]-MENTAL FILM: "a journey of..." ini, korang boleh mintak dengan berry atau aku. citer ni tak dijual kot.ianya koleksi peribadi semata-mata. ok. chow.

TULISAN TANPA HURUF “R” : versi certerpen
aku sendii belum tahu, kemana sebetulnya aah yang haus kutempuhi dalam hidup. bebagai jalan tesedia, tapi semuanya seolah-olah pilihan yang sulit. semua ini membuatkan aku cemas menghadapi masa depan. ghaiah, senang, tenang, tapi dilain sudut : putus asa, takut, cemas dan lain-lain. ini semua membuat aku tak beani mengambil inisiatif yang pasti dalam menghadapi sebahagian masa depanku, yakni: kehidupan bekeluaga.bebeapa kali inisiatif dipelukan dan pelu diyakinkan, tapi yang ada dihati hanyalah CINTA dan KETAKUTAN.omantika dimasa mudaku mungkin akan hilang begitu saja dengan satu dua pengalaman yang tak beati……

p/s:- tulisan ni aku buat selepas aku tengok vcd cerita indiependent Indonesia yang bertajuk novel tanpa hurur “r”.

LUARAN DAN DALAMAN (bahagian ke-2)
mmmm… bosan pulak hari ni. tak tahu nak buat apa. duduk rumah tak dapat apa-apa pun. jadi aku pergi jalan-jalan. saja nak memperkayakan rohani. kat kl ni macam macam jenis orang kita boleh tengok. ada yang rock. ada yang seksi. ada yang pakai tudung. ada yang tak pakai tudung. ada yang punk luaran. tak kurang jugak yang “punk dalaman” :). hehe. sebut pasal tudung ni, teringat pulak aku kat sorang kawan aku. kawan aku ni freehair. aku baru jerk kenal dia. tak sampai dua bulan pun. tapi dah selalu sangat jumpa ah.masa tengah syok lepak berdua-duaan mamadu asmara [:)] dikhalayak ramai kat klcc, tetiba dia tanya aku “tak gi smayang ke?” aku tanpa segan-silu cakap yang aku tak konfident nak smayang sbb aku rasa pakaian aku agak kotor. [jawapan tipikal sangat nie…:)]. pastu dia cakap, ok ah, dia nak gi smayang kejap. aku tersentap! memang aku tak bajet gila yang dia tanya pasal smayang tu sbb dia nak ajak aku gi smayang. memang aku tak bajet langsung. mungkin sbb aku dah terbiasa kot dgn kawan-kawan pompuan aku yang tak pakai tudung ni jarang nak ajak gi smayang. tapi hari tu aku silap. hari tu memang aku malu giler dengan keadaan penyalahtafsiran aku terhadap orang yang tak bertudung ni. maaf dipohon kepada kawan aku diatas penyalahtafsiran sempit aku ini. [yah, aku juga tidak terkecuali dicorak pola pemikiran oleh massa]. dalam ramai-ramai kawan pompuan aku yang tak bertudung, dia ah sorang-sorangnya kawan pompuan aku yang tak bertudung tapi sembahyang. first time dalam hidup aku jumpa kawan macam ni. fikiran aku kembali melayang kepada kata-kata wardina sebelum ni "dont jugde people internal or external, but judge yourself". keadaan selepas dia tinggalkan aku seketika utk pergi smayang hari tu memang lain giler. malu! menyesal! sedih! kecewa! semuanya ada. tapi aku tetap yakin dengan diri aku. setidak-tidaknya aku tidak hipokrit untuk menyatakan hal sebenar.[walaupun ianya melibatkan dosa dan pahala?]. bukan macam setengah orang yang akan lakukan sesuatu perkara kerana “seseorang” [awek/balak]. dalam masa yang singkat tu ah aku fikir macam-macam. last-last skali aku amik keputusan pergi smayang jugak; selepas aku fikir yang aku seharusnya tidak mencari alasan tetapi cuba untuk menyelesaikannya. apapun, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kawan pompuan aku yang satu ni yang telah memberi satu fikiran baru kepada aku terutamanya tentang hal: luaran dan dalaman. terima kasih yah! yang pasti aku tak akan lupa perkara yang telah membuat aku berfikir jauh ini. terima kasih tau. nanti belanja aku minum-minum dan tengok wayang ek. :) [kamu tahu siapa kamu.]. thanx again…

BANGUN SEBAGAI. oleh: mar
tiap-tiap hari kita tidur.esoknya kita bangun.tiada perubahan.bangun kita dalam keadaan kita masih melayu.tapi,siapa yg boleh jamin bahawa hari ini kita tidur,dan esok kita bangun kita masih seorang muslim? kita selalu bertempik bila isu melayu dibangkitkan.tapi,pada akhirnya bukan kemelayuan itu yg akan bawa kita ke syurga.jadi untuk apa?
--------------------------------------------------------------------
kenapa? kenapa kita kena perjuangkan melayu?sebenarnya aku percaya dalam dunia ni ada satu perkataan yang boleh selesaikan semua masalah.BALANCE.bila kita perjuangkan melayu, bukan suruh kita taksub dgn perkauman.konsepnya mudah.bg aku semuanya sbb kita nak tgk orang kita membangun bersama2. kalau boleh dari semua aspek,fizikal spiritual material.
dan lagi satu, biasanya melayu tu sinonim dgn islam. kalau camtu, kenapa kita tak perjuangkan islam je?yang sebenarnya, Islam tu perjuangan utama, cuma yang selalu kita nampak orang islam yang "perlu dibantu dan dibentuk" adalah orang melayu. maksudnya kat malaysia ni, melayu tu macam representasi islam kpd orang lain.
jadi, memastikan pembangunan orang melayu adalah untuk menaikkan martabat orang islam juga di mata orang lain.

komentar kepada tulisan mar daripada: [zaza]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++


aku pernah baca ayat nik aziz yang berbunyi lebih kurang begini [ayat sebenar aku dah lupa]: "melayu, cina, india tak perlu dijaga. yang perlu dijaga adalah ISLAM."
berbalik kepada artikel mar tu, aku rasa agak menarik. dan kritikan zaza keatas topik ini juga agak menarik. cumanya, pada aku untuk memperjuangkan melayu untuk menaikkan islam adalah suatu yang tidak menarik kerana sikap tersebut mampu melahirkan seorang yang bernama: FUNDAMENTALIS MELAYU. apabila namanya sudah fundamentalis, makanya ianya sudah menjadi sorang yang fasis.
oppsss. aku tak berniat nak kupas isu ini secara detail. cuma aku nak cakap, aku ada satu buku klasik yang bertajuk : NASIONALISME.-Satu Kritikan-. buku ini mencungkil perihal kedurjanaan nasionalisme dan betapa tidak perlunya nasionalisme dalam Islam. aku rasa ianya agak bagus untuk dibaca tatkala kerajaan begitu aktif menyebarkan nasionalisme di malaysia.kalo nak buku ni, cakap dgn aku.nnt aku fotostat.sampai jumpa lagi.

komentar kepada tulisan mar daripada: [dhani]
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JAHAT YANG BAIK. oleh: zaza
biasa tak dengar orang kata "aku ni mulut je jahat, tapi hati baik"?
aku biasa. malah kadang-kadang aku pun guna ayat tu(bukan untuk aku la, untuk merujuk kat orang lain sebab aku tau aku memang jahat.haha.)tapi hari tu aku dengar satu talk. speaker tu kata sebenarnya ayat tu tak logik. dia kata kalau seseorang tu baik, hati dia baik, sepatutnya apa-apa yang dia cakap, buat, fikir adalah benda-benda yang baik-baik belaka. tiada yang tidak baik melainkan baik-baik belaka.
kalau tanya aku, aku rasa apa dia cakap tu separuh betul separuh tak. memanglah setiap perlakuan kita akan mencerminkan dalaman kita yang sebenar, tapi kita ni hidup bermasyarakat. men are social by nature. ada masanya kita buat atau cakap sesuatu yang kita dah biasa dengar atau tengok orang buat. pengaruh alam sekitar. contoh: A buat joke. B terasa. padahal A tak bermaksud macam tu. maknanya apa yang keluar dari mulut A tu bukan datang dari hati dia.dari satu segi pulak, cakap speaker tu betul sebab sepatutnya setiap orang, terutamanya sebagai seorang muslim kenalah sentiasa berjaga-jaga dengan setiap tuturkata dan tingkahlakunya.
teringat pulak kat teori af (aku terlibat jugak ke af? ;p). "kalau benda tu tak terlintas kat kepala atau hati kita, kita takkan cakap benda tu."haha.siapa yang paham tu pahamlah.
-------------------------------------------------------------------------------------------


* kedua-dua artikel yang ditulis oleh Mar dan Zaza di atas telah aku ambil secara terus di website blog mereka. bukan apa, dah setahun aku mintak mereka tulis artikel, tapi mereka tak tulis. so aku curi jerk ah kat website diorang.. boleh tak gini? :) . hehe. apa pun, bacalah hasil tulisan mereka di: www.samwan.blogspot.com [mar] dan www.apokobondo.blogspot.com [zaza] eh jangan lupa jugak masuk website www.bilik.cjb.net.-DhaniAhmad

No comments: