07 July 2004

bilikecilitu[edisi LIME.]
merahdanhitam@yahoo.com
www.bilik.cjb.net
cetakpada:7.7.04

=================================

[INTRODUKSI-ISI-HATI]
++ pada saat dan ketika ini, anda sedang membaca BILIK KECIL ITU edisi lima. dan buat julung-julung kalinya aku menulis "ucaptama" dalam publikasi ini. mungkin ada dikalangan anda yang baru pertama kali membaca B.K.I ini. jadi, ini sedikit penjelasan kepada anda.
EMO! PERSONAL! GILA! - inilah perkataan-perkataan yang sesuai untuk aku menggambarkan secara kasar apa yang ada dalam B.K.I. penulisan yang aku garap dalam B.K.I adalah sesuatu hal yang sangat berkenaan dengan diri aku. dan juga banyak sekali penulisan yang aku garapkan berdasarkan teoritikal mimpi/khayalan semata-mata. ini kerana semua orang tahu yang aku adalah seorang pemimpi yang berjaya. 
sedikit pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu, B.K.I adalah medium yang aku wujudkan untuk aku meluahkan apa yang aku rasakan perlu walaupun ianya sesuatu yang sangat tidak perlu dibaca oleh anda. yah! aku menulis untuk aku lebih mengenali siapa aku. maka aku tidak perlu menulis atas dasar telunjuk orang lain. namun, aku tetap memerlukan pengkritik profesional. setidak-tidaknya kritikan mereka dapat memajukan diri aku dimasa akan datang.
jika anda berpeluang mengikuti B.K.I sejak dari edisi pertama, pastinya anda akan melihat pelbagai itonasi/gaya bahasa yang aku gunakan. serius, bersahaja, formal dan sebagainya. aku tidak mampu mengawal penulisan aku dalam satu jenis bentuk gaya sahaja. ini kerana penulisan aku sangat bergantung kepada mood dan feel aku ketika itu.
dan perkara yang paling penting yang aku mahu semua orang ketahui adalah, BILIK KECIL ITU BUKANLAH SEBUAH PUBLIKASI PUNK/HARDCORE. mungkin ramai yang terkeliru di sini. kerana aku adalah seorang anak punk, jadi ramai yang menyangkakan B.K.I juga satu publikasi punk/hc. tidak. apa yang aku tulis dalam B.K.I tidak ditulis berdasarkan hukum-hukum punk/hc, tetapi ianya ditulis atas dasar aku seorang manusia yang beragama Islam. jadi, B.K.I adalah sesuatu yang sangat tidak sekular. dengan kata lainnya, sangatlah tidak punk rock. :).
kerana ianya bukanlah sesuatu yang sangat sekular (dan aku tahu untuk menjadi tidak sekular adalah sesuatu yang agak ketinggalan zaman pada masa sekarang), jadi penyebaran B.K.I adalah amat terhad sekali. aku hanya mencetak B.K.I cukup sekadar 20 salinan sehaja untuk setiap keluaran. dan ianya akan diberikan kepada rakan-rakan terdekat sekeliling aku secara percuma. namun, B.K.I tetap boleh dibaca secara online di website: www.bilik.cjb.net
disepanjang pengeluaran B.K.I, agak banyak juga komentar yang aku terima (keadaan ini yang aku mahukan) dari rakan-rakan. terima kasih kepada semua yang memberi komen dan kritikan. semoga kritikan sebegitu diteruskan agar aku lebih mengenali siapa aku. sampai saat ini aku masih tidak tahu sampai bila aku mahu meneruskan B.K.I. cumanya aku sangat pasti yang aku benar-benar enjoy dengan apa yang aku dapat melalui B.K.I. mungkin lebih sesuai aku katakan B.K.I adalah tempat untuk aku "syok sendiri". 
eh, panjang pulak ucaptama yang aku tulis ni. ok lah, aku berhenti kat sini dulu. sampai jumpa dilain edisi. teruskan pembacaan anda. membaca, membaca dan terus membaca kerana membaca sangat mempengaruhi nilai intelek diri anda. akhir kata:
BERSAMA MEWUJUDKAN MASYARAKAT AKTIVIS !


[AKU DAN DIA] ++ perjalanan hidup berseorangan membuat aku mendapat kawan-kawan yang bisa mewarnai kehidupan dengan lebih ceria dan bermakna. dalam keseronokan berkawan, tanpa dirancang kawan-kawan aku telah memperkenalkan aku dengan dia.mulanya aku tidak begitu mengendahkan kehadiran dia. namun setelah sering kali aku bertemu dan beraktiviti bersama kawan-kawan dan dia, aku mula merasakan perasaan aneh terhadap dia mula muncul dalam diri ini. apa perasaan aneh ini yang dinamakan cinta? apa aku sudah jatuh cinta? aku tidak pasti tentang ini kerana sememangnya aku tidak arif tentang cinta...pertemuan aku dan dia bermula sekitar tahun 1998. setelah setahun mengenali dia secara bersahaja, perasaan aneh yang mulanya sedikit ada dalam diriku ini kian menebal. aku cuba menjelaskan tentang perasaan aneh ini kepada rakan-rakan. dan tanpa was-was rakan-rakan menyatakan aku telah jatuh cinta kepadanya. aku bingung memikirkanya. apa benar aku sudah jatuh cinta?aku cuba menstabilkan keadaan diri aku yang kurang stabil ekoran wujudnya perasaan aneh ini dengan meluahkan perasaan ini kepada dia secara bersemuka. aku cuba menghilangkan kegelisahan ini dengan menyatakan hasrat dan harapan aku keatasnya. dan seperti yang aku harapkan, dia sudi menerima kehadiran aku dalam hidupnya. sekarang baru aku tahu yang mana perasaan aneh itu tadi adalah rasa cinta. Ya, betapa halusnya rasa cinta...kehadiran dia dalam hidup aku memberi impak yang sangat besar. hidup aku mula berubah kerana dia. aku menemui kehidupan sebenar kerana dia. aku mula mengambil tahu tentang kemanusiaan kerana dia. kerana dia jugalah hidup aku berjalan di atas landasan yang aku tentukan sendiri dan bukannya mengikut telunjuk orang lain. pertemuan antara aku dan dia yang sememangnya telah ditentukan oleh pencipta alam ini berlarutan hingga sekarang. aku hidup bahagia dengan dia. pahit manis kehidupan diharungi bersama... dikesempatan yang ada ingin aku ucapkan terima kasih kepada dia yang sudi berkongsi hidup dengan aku. aku akan cuba mencintaimu selamanya. aku cinta kamu dan dia... *nota: DIA= aktivisme. :) hehehe /TAMAT/


[MALAYSIA: NEGARA ISLAM ATAU NEGARA DEMOKRASI SEKULAR? (part 2)] ++ islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? islam atau demokrasi? tak tahulah. aku rasa rakyat malaysia ni belum cukup demokrasinya. bagaimana pula dengan islam? sudah cukup islamkah rakyat malaysia ini? /TAMAT/


[M.E.R.C.Y ?] ++ surat bertarikh 31 may 2004 yang dihantar oleh MERCY Malaysia betul-betul membuat aku gembira. [sama seperti 4 tahun lepas sewaktu aku mendapat surah daripada Amnesty International Malaysia]. aku gembira kerana permohonan aku untuk menjadi ahli/sukarelawan/aktivis MERCY hampir berjaya. cuma tinggal aku nak kena pergi kursus "Volunteers Induction Program [VIP]" jerk. lepas aku gi kursus VIP ni, makanya aku adalah seorang ahli MERCY yang sah! 
oh! mungkin korang tak tahu MERCY tu apa. MERCY ni stand for Medical Relief Society atau dalam bahasa melayunya Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia. misi dan visi MERCY ni menarik beb. korang boleh baca apa yang MERCY ni buat di website: www.mercy.org.my dan kalau korang berminat nak jadi ahli MERCY, korang boleh isi borang keahlian secara online yang ada kat website tu. Ayuh semarakkan aktivisme di malaysia! /TAMAT/


[MIMPI LAGI] ++ hidup aku kat kl ni memang banyak bergantung pada bas-bas awam kalo nak bergerak kemana-mana. [nak beli kereta tak ada duit. nak beli motor lesen lak tak ada.] pada suatu pagi tu, masa kat dalam bas on-da-way aku nak ke kolej, tiba-tiba ada seorang awek cun yang nak pergi kerja agaknya duduk kat sebelah aku.pergh!awek lawa duduk sebelah aku.apa lagi, kontrol macho ah beb. hehehe. aku tengok cara dia duduk pun sama macam aku jerk, kontrol ayu tak ingat nyer. hehehe.alih-alih,boleh pulak warna baju yang kitorang pakai sama. secara terus menerus membawa aku ke alam khayalan yang mana aku dan dia sekarang seolah-olah sedang duduk di atas pelamin persandingan. 5 minit kemudian, bas dah nak sampai kat kolej. aku bangun tekan loceng dan turun. aduh! baru nak layan mimpi indah, dah pun sampai kolej. potong stim betul! hampeh! "woi faisal. sedar ah sikit diri ko tu. pergi kolej pun naik bas, ada hati nak kawin. ko kerja dulu, kemudian beli kereta beli dan rumah dulu baru fikir pasal kawin!" - seekor jembalang hitam yang tidak aku kenali berkata kepada aku. p/s:- eh, boleh tahan tinggi jugak tahap khayalan aku nie. . hehehe /TAMAT/


[MALAYSIA: NEGARA ISLAM ATAU NEGARA DEMOKRASI SEKULAR?] ++perkara ni telah aku fikirkan secara serius setelah aku membaca artikel/berita yang mana ketua pembangkang sekarang, Lim Kit Siang telah dikecam keras oleh wakil-wakil kerajaan di sidang parlimen selepas membangkitkan isu Malaysia bukan negara islam tetapi negara demokrasi sekular. aku tidak berada di mana-mana pihak. bukan pembangkang, bukan juga kerajaan. cumanya hujah yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang betul-betul membuat aku berfikir dan aku rasakan apa yang Lim Kit Siang katakan agak tepat dengan negara kita sekarang, atau lebih spesifiknya di kuala lumpur ini. boleh tak korang tunjukkan pada aku apa sangat nilai-nilai islam yang telah diterapkan oleh kerajaan di malaysia ini? apa sangat yang islamnya? setakat nak heboh kat dunia yang malaysia ni negara islam tapi tak pernah apply secara keseluruhan apa yang islam suruh baik tak payah! aku masih ingat, lepas zaman kegawatan ekonomi tak lama dulu, Indonesia pernah mengeluarkan kenyataan dalam Majalam Time dengan mengatakan pusat maksiat yang terbesar di asia tenggara terletak di sebuah negara islam [merujuk kepada Genting Highland, Malaysia]. kenyataan ini sama sekali telah menjatuhkan maruah malaysia yang kononnya sebuah negara islam. sekarang ni sebagai bukti yang malaysia ni sebuah negara islam, kerajaan cuba mewujudkan ISLAM HADARI. aku memang tak faham apa itu islam hadari. cumanya, pada pilihan raya yang lepas, aku ada menerima risalah dari pihak pembangkang yang mengatakan islam hadari yang diperkanalkan oleh kerajaan adalah haram. kerana katanya pihak kerajaan cuba memperbaharui islam.atau dengan kata lainnya, cuba memodenkan islam. huh! benarkah begitu? buat masa sekarang aku tak sempat lagi nak kaji apa itu islam hadari. cumanya aku ada terbaca sedikit tentangnya yang mana menyatakan hadari adalah bermaksud "civilize". civilize? hmmmmm.... entahlah. aku pun tak tahu nak cakap apa. mungkin aku boleh katakan mengikut pengalaman sebenar yang aku lalui sehari-hari dengan mengatakan: TANPA DISEDARI KITA MENGANUT SEKULARISME. setuju? /TAMAT/


[PROGRAM KHIDMAT NEGARA?] ++program khidmat negara [national service] telah dilaksanakan julung-julung kalinya di malaysia dengan tidak berjaya sekali. setiap hari ada saja berita yang melaporkan pelbagai masalah timbul di kem latihan khidmat negara. bergaduh, merusuh, merogol, tak cukup makan, mati lemas, cedera dan macam-macam lagi kes yang timbul. sehinggakan parti pembangkang yang dulunya bersetuju dan turut menyokong perlaksanaan program khidmat negara ini meminta agar program ini dihentikan serta merta.apa pendirian aku ke atas perkara ini? mudah saja. aku menentang perlaksanaan program khidmat negara ini sejak awal lagi [sebelum ianya dilaksanakan]. kerana pada aku, niat untuk menyatupadukan kaum dan menerapkan semangat nasionalisme melalui program ini adalah alasan politik semata-mata. jadi apa alasan sebenar kerajaan disebalik program ini?? itu aku tidak pasti. cumanya, mungkin juga kerajaan cuba mewujudkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada kaum keluarga/kroni masing-masing melalui program ini.mungkin saja... .aku persoalkan niat kerajaan jika benar pkn ini adalah untuk menyatupadukan kaum. bagaimanakah program selama 3 bulan ini mampu menyatupadukan kaum sedangkan sepanjang tempoh persekolahan selama 11 tahun [darjah 1-tingkatan 5] pun mereka tidak mampu untuk menyatupadukan kaum?! mahu menerapkan nasionalisme? huh! nama sahaja negara islam, tetapi mahu menghidupkan nasionalisme. tahukah mereka islam menolak nasionalisme???pemaksaan agar pelajar lepasan spm wajib menyertai pkn ini juga merupakan satu tindakan diluar batas kemanusiaan. ini adalah penindasan! pemaksaan berarti satu ketidaksetujuan! makanya, aku masih tetap dengan pendirian aku yang dulu, program khidmat negara tidak harus dilaksanakan demi kebaikan semua. mansuhkan program khidmat negara! /TAMAT/


[18.6.04:JUMAAT:BLIND DATE (lagi?)] ++blind date? pergh! macam tak caya pun ada gak ni. bukan apa, dah lama sangat dah aku tak wat blind date ni. seingat aku, last skali aku wat blind date ni kurang lebih 2 tahun yang lepas. dan hari ini aku blind date lagi. :).eh lupa nak cakap, aku blind date dengan seorang awek ni... :) hehe.tapi cara berinteraksi buat kali pertama pada blind date kali ini memang best. seawal pertama kali jumpa sampai waktu berborak-borak memang best. rasa macam kitorang dah lama kenal. tak ada aksi-aksi nak mengontrolkan diri. tak ada aksi malu-malu. semuanya main belasah jerk. keadaan ini berlaku mungkin sebab kami satu kepala kot. atau mungkin sebab kami masing-masing dah berpengalaman dalam hal-hal macam ni. :). hehe.emosi aku pun terkawal pada masa tu. walaupun sewaktu tu aku sedang duduk berhadapan dengan awek cun. gila kau, bos mana yang nak seketeri dia tak cun. . macam mana aku kenal dia? eh, mana boleh cakap. bukan apa, kalo aku cakap nanti takut korang cakap aku perasan pulak. . hehehe. apapun, kau memang punk rock ah nanako! . p/s:- “eh, nanti kalo ko nak gi kenduri kawin, ajak aku eh. boleh makan free. hehehehe” /TAMAT/


[EDISI SIASAT MELAPORKAN...] ++siapa yang tak tahu pasal Edisi Siasat yang disiarkan oleh NTV7 tu. semua orang tahu yang Edisi Siasat adalah pembela rakyat. tapi seharusnya juga semua orang tahu Edisi Siasat juga tidak selalunya betul. setuju? tak setuju eh? tak kisah. masing-masing punya pendapat.  . aku tak nak cerita banyak pasal Edisi Siasat. cumanya pernah satu ketika dahulu aku meng-email pihak Edisi Siasat untuk menjelaskan kepada mereka secara kasar apa itu punk/hardcore. aku terpanggil untuk menjelaskan kepada mereka setelah mereka menyiarkan satu cerita yang bertajuk "punk makan sampah". huh! apa benar begitu? setelah beberapa susulan aksi membalas email antara aku dan pihak Edisi Siasat, aku dapat rasakan tindakan dan matlamat aku untuk menjelaskan kepada mereka apa itu punk yang sebenar adalah hampir berjaya. sampaikan mereka berminat untuk menyiarkan kebaikan punk di televisyen. tapi, bukan sampai tahap itu yang aku inginkan. aku cuma inginkan mereka lebih prihatin dalam mengutarakan setiap isu yang ingin disiarkan. kerana aku sangat percaya media adalah salah satu alat untuk mendidik massa. apa semua anak-anak punk setuju dengan tindakan aku ini? ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. (malah ada anak-anak punk yang turut mengemail Edisi Siasat setelah aku berbuat demikian). pada aku ini adalah normal. setiap orang ada cara mereka yang tersendiri. dan aku tetap dengan cara aku. tidak perlu untuk aku meminta kebenaran daripada sesiapa untuk melakukan sesuatu perkara selagi aku rasakan tindakan aku tidak akan menyusahkan orang lain. “huh! panjang jugak artikel aku ni. eh, kenapa artikel aku untuk isu kali ini panjang-panjang ah?” tambahan: kalo korang nak baca apa yang aku emil kat Edisi Siasat, sila emil aku ok. /TAMAT/


[AKU TAHU TAPI AKU TIDAK TAHU] ++ aku tahu jika kau buat itu, aku berdosa. aku tahu semua itu. bukan aku tidak tahu. tapi kenapa aku masih lakukan itu walaupun aku tahu ianya berdosa? ini yang aku tak tahu. aku tak tahu kenapa aku masih lakukannya walaupun aku tahu jika aku lakukannya aku berdosa... adakah aku terlalu lemah untuk menangani perkara ini? ya! aku terlalu lemah! iman didadaku tidak setebal mana yang bisa menghumban aku kelembah durjana. dan aku sangat bimbangkan keadaan ini. semoga ianya tidak berterusan. ya Allah, lindungilah hambamu yang lemah ini... /TAMAT/


[CINTA ITU ADALAH......] ++ sekarang aku sedar yang aku harus berhati-hati berbicara soal cinta dikhalayak umum. kerana aku tahu manusia sukar melafazkan rasa cinta kepada insan yang mereka cintai secara terang-terangan. jadi mereka selalunya akan mencintai seseorang itu tanpa pengetahuan orang tersebut. dan keadaan ini seringkali terjadi. kepada mereka yang mencintai aku secara diam-diam, tampilah kehadapan. luahkan rasa cintamu itu kepadaku kerana aku sangat dahagakan belaian kasih sayang dan cinta darimu... "woi faisal. ada ke awek yang minat kat hang?"  /TAMAT/


[TIADA LAGI TEMPAT YANG SELAMAT BARANGKALI] ++ sampai sekarang aku masih tidak mampu mencari tempat yang paling selamat didunia ini… /TAMAT/

No comments: