07 June 2004

BILIK KECIL ITU [edisi empat]
Penulis: Faisal
Tarikh Keluar: 1/6/2004
Kontek: merahdanhitam@yahoo.com
Website: www.bilik.cjb.net

//////////////////////////////////////////
AKU BUDAK INDIE[PENDENT].
++ banyak kawan aku berpendapat perjuangan itu adalah lebih efektif dengan adanya organisasi dan akan gagal bilamana ianya dilakukan secara individual sepertimana aku sekarang yang tetap (dan sering) keseorangan mempertahankan individualitas diri aku dalam berjuang. atau dalam bahasa yang lebih popularnya: aku tetap independent !

KONFLIK IDENTITI [bahagian 2]
++ nama asal aku dalam bahasa arab ialah Ahmad Faisal yang bermaksud dalam bahasa melayu-nya "terpuji" "penyelesaian". disebabkan dalam bahasa melayunya bunyi macam terbalik, so aku pun letak nama aku secara suka-suka dengan nama Faisal Ahmad [ = Penyelesaian Terpuji.] Tahun 2000 yang lepas, aku jatuh cinta dengan musik dari band Dewa 19 (sekarang DEWA), terus aku letak nama nick aku dengan nama Dhani Ahmad. J. Terpulanglah kepada korang nak panggil aku dengan nama Faisal atau Dhani. tapi rasanya adalah lebih rock sekiranya korang memanggil aku Dhani. :). hehe.

p/s: kalo orang tanya kenapa Dhani dan kenapa Faisal? aku akan jawab: Faisal nama dalam sistem, dan Dhani nama di luar sistem. :)

YANG PENTING BAGIKU ADALAH...
++ aku adalah orang yang tidak banyak membaca. sehinggakan banyak sekali istilah-istilah ilmiah yang tak aku kuasai dalam mengungkap isi fikiran. keadaan ini terjadi adalah (mungkin) disebabkan perjalanan pendidikan sekolah yang aku tempuhi yang selama ini berada di luar lingkungan ilmu pengetahuan sosial. juga disebabkan oleh penguasaan bahasa inggeris yang lemah, apalagi dengan bahasa-bahasa asing yang lain.bahan bacaan asing amat sedikit dapat aku baca dan inilah salah satu sebab aku tidak dapat menguasai metod keilmuan dengan baik. yang aku miliki hanyalah nafsu atau emosi untuk berfikir dan terus mencari kebenaran dan berusaha untuk menegakkan kejujuran dan kebaikan. kerana itulah fikiran-fikiran yang aku kumpulkan dalam tulisan-tulisan lebih banyak sebagai suatu analisa ilmiah diri aku sendiri. kebanyakan isi fikiran aku adalah sekadar hasil renungan-renungan sewaktu makan, sebelum tidur, sepanjang berjalan kaki, tengok wayang, minum petang, lepak-lepak dan lain-lain tanpa suatu dasar ilmu mencukupi.

ANTARA ILMU DAN DIA.
++ sejak akhir-akhir ni, dapat aku rasakan ilmu-ilmu yang aku perolehi agak 'cepat'. mungkin ini efek daripada proses pembelajaran aku di semester pendek yang segala-galanya berlangsung dengan cepat. atau mungkin juga kerana kelembutan dan keayuan wajahnya mempengaruhi proses pembelajaran aku? [ dan aku mahu ke kuliah setiap hari untuk terus melihat wajahmu. setidak-tidaknya ia mempercepatkan lagi degupan jantungku setelah melihat wajahmu. :) ]

APA AKU NAK KERJA NANTI?
++ apa kerja yang aku ingin jalani? mengembangkan pemikiran-pemikiran dibidang politik, sosial, agama dan kebudayaan? atau hanya sekadar menjadi seorang pakar dalam bidang komputer? ntahlah, masih belum aku fikirkan sepenuhnya. jika untuk menjadi juruteknik komputer aku perlu belajar selama 3 tahun, makanya jika aku mahu menjadi seorang yang bakal dipanggil 'orang
politik', aku perlu studi formal lagi. studi sains politik cukup 3 tahun, studi filosofi cukup 2 tahun, studi sosial 3 tahun. haruslah aku melalui tempoh pembelajaran bertahun-tahun lagi supaya aku punyai dasar yang kuar sebagai pemikir. tapi untuk semua itu aku perlu ada: WANG. kerana pendidikan tidak dibekalkan secara percuma.

p/s:- sampai saat ini aku punyai hutang sebanyak 20 ribu dengan PTPTN, dan aku masih belajar. gila!

NASIONALISME. [part 1]
++ hari tu aku ada belajar pasal nasionalisme dalam subjek Malaysian Studies. lecturer cakap, selepas malaya kena tipu dengan jepun (selepas dijajah jepun), hanya satu perkara yang bagus yang dapat orang melayu pelajari dari jepun iaitu semangat nasionalisme. nasionalisme membawa maksud manusia sanggup lakukan apa saja untuk bangsa mereka. damn!!! apa kejadahnya korang sanggup mati untuk bangsa?! sebenarnya nasionalisme ini ada pro daan kontranya. benda ni dah sering sangat aku dan kawan-kawan perdebatkan. kalau korang nak betukar idea dengan aku pasal isu ni pun boleh jugak. tapi sebelum tu cuba penuhkan dulu ilmu didada korang pasal nasionalisme ni. dan kemudian baru kita bincang perkara-perkara ni sesama ok. fikir!

PER + PERPUS + PERPUSTA + PERPUSTAKA + PERPUSTAKAAN.
++ aku tak tahu kenapa aku sering membandingkan kolej ini dengan politeknik aku yang dulu. mungkin kerana sewaktu aku belajar di politeknik dulu adalah atas dasar minat aku sendiri. tapi sekarang aku telah dipaksa belajar tanpa kerelaan aku dan aku perlu juga penuhi ketidakrelaan ini untuk melayakkan aku bergelar seorang mahasiswa yang berjaya setelah memiliki setidak-tidaknya segulung diploma. aku tidak mampu melawan keadaan ini dan aku terus membuntuti kehendak sistem ini. (sistem hidup katanya)
tidak semua orang tahu yang aku punyai minat membaca. apa jua bahan bacaan yang aneh akan aku baca. sewaktu aku di politeknik dulu, jika aku punyai masa terluang akan aku ke perpustakaan di politeknik itu. disana akan aku baca apa jua bahan bacaan yang menarik mahupun yang tidak menarik. ini kerana aku percaya membaca akan menghasilkan kemajuan-kemajuan pada diri aku (walaupun aku tidak sedarinya secara langsung).
baru-baru ini aku ada terbaca satu laporan research yang mengatakan kemajuan intelek seseorang sangat dipengaruhi oleh kepustakaan (buku-buku di perpustakaan).
aku mula berfikir tentang fakta tersebut, dan ternyata buku memang membekalkan perbendaharaan ilmu kepada seseorang. dengan niat yang berkobar-kobar, aku berhajat untuk ke perpustakaan kolej. tapi bila aku fikir balik suasana perpustakaan tersebut, aku rasa adalah lebih baik untuk aku mengajak kawan-kawan untuk minum-minum di kedai mamak sambil menghirup udara segar.

p/s:- tidak pula aku mengatakan perpustakaan kolej berada dalam keadaan yang tidak bagus. cumanya aku yakin keadaan tersebut mampu disediakan dalam keadaan yang lebih baik.

DARI CRUSTY KE EMO KE INDIE. [pop Indon juga]
1998-2002 :- peace crusty
2002-2003 :- emo violence
2003-2004 :- emo rock
2004- ++ :- indie rock

dari 1999 sampai sekarang :- GUE TETAP LAYAN POP INDONESIA [balaDEWA + sobatPADI] :)

AKU MERASA BERSALAH.
(ditujukan buat seseorang yang aku cintai…)
++ langsung tidak ada setitik niat dihatiku untuk mempermainkanmu atau mengikatmu dalam ketidakpastian. tapi aku betul-betul rasa bersalah dengan mu bilamana yang aku maksudkan selama ini adalah kenyataan sebenar. rasanya aku ingin datang bertemu denganmu dan menjelaskan perihal pola fikiran-fikiranku yang sebenar terhadapmu. kerana mungkin selama ini aku kurang bersikap jelas. tapi aku sangat takut kehilanganmu apabila aku menjelaskannya nanti (walaupun sekarang aku masih belum memilikimu). Ya Tuhan; aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang. hatiku benar-benar terpesona dan terpikat dengan keindahan makhluk cantik ciptaan Mu itu...

MEMBACA MIMPI ADALAH SULIT. JADI, BACA BUKU AJA SIH !
++ ilmu sememangnya harus dicari kerana ianya tidak akan datang sendiri. kerana itu ilmu harus dikejar, diburu dan dipeluk seerat yang boleh. dengan modal intelektual yang (kurang) cukup yang diselimuti emosi yang menyala-nyala dalam pemburuannya, maka ilham yang diperolehi setidak-tidaknya cukup untuk dimuatkan ke dalam dadaku yang masih kosong ini.seiring dengan itu, seharusnya membaca menjadi sangat perlu, tentu saja!. membaca, membaca dan terus membaca. bacalah apa jua sekalipun, buku, majalah, artikel, alam, masyarakat, manusia atau mimpi sekalipun.aku membaca bukan hanya untuk tahu (dan bukan untuk jawab soalan peperiksaan), tapi aku juga ingin apa yang aku baca itu turut membentuk sebahagian dari pandanganku. dengan itu, bermodalkan intelektual dan keperibadian yang sudah ada, aku terus membaca dan membaca dengan harapan mudah-mudahan aku akan dapat memperkayakan lagi keperibadian aku dengan intelektual yang sedia ada. agar aku lebih bersedia untuk bergelut dalam apa jua situasi yang memerlukan hadirnya nilai-nilai intelektualisme yang tinggi.

SEKOLAH PUNYA CERITA.
++ sekarang ni banyak pula kes gaduh yang berlaku kat sekolah (dulu pun dah banyak.Cuma tak didedahkan jerk). sampai tahap bunuh-bunuh pulak tu. ngeri tul. sebut pasal pergaduhan kat sekolah ni, teringat pula zaman persekolahan aku dulu. masa kat perhimpunan cikgu disiplin selalu pesan: "kalau awak gaduh sesama kaum, sekolah yang akan ambil tindakan. tapi kalau awak gaduh antara kaum yang lain (cth: melayu gaduh dengan cina, cina gaduh dengan india, etc), automatik ianya jadi kes polis." oh, lupa nak cakap, dulu aku sekolah kat Penang. so pepaham lah yer. apa? korang tak paham eh? lantak korang ah!

INTELEKTUAL ITU APA SIH?
++ intelektual? entahlah. aku pun tak tahu apa itu intelektual tu sebenarnya. aku main sebut jerk. :) hehehe. eh, ok, aku mulakan ceritanya. pada suatu malam yang hitam, bertemankan suasana sebuah bilik kecil yang keras, aku membaca sebuah buku klasik yang ditulis oleh penulisnya pada tahun 1969. aku terbaca satu artikel pendek yang bertajuk:

-Kontradiksi-Kontradiksi Kaum Intelektual-
>> seorang intelektual selalu dipenuhi oleh kontradiksi-kontradiksi, yakni kontradiksi 1. intelektual dengan masyarakat; 2. intelektual dengan penguasa; 3. intelektual dengan teknokrat (murni); 4. intelektual dengan politisi; 5. intelektual dengan kaum intelektual sendiri; 6. intelektual dengan diri sendiri; 7. intelektual dengan mitos-mitosnya.


jadi, apa yang aku dapat dari artikel itu? tidak banyak yang aku dapat. cumanya sekarang aku tahu bahawa manusia intelektual adalah bermacam-macam jenis. tapi intelektual itu apa? cuba tanyakan soalan ini kepada orang cerdik pandai kerana mereka adalah jawapannya.

NASIONALISME. [part 2]
++ " nasionalisme atau kaumiah atau kebangsaan dan ianya juga disebut 'asabiyah adalah fahaman ciptaan manusia dan para ulamak telah bersependapat menolak fahaman ini kerana ianya bertentangan dengan kehendak Islam. (rujuk kepada keputusan Seminar ulamak seluruh dunia di Madinah pada 27 Safar 1397 bersamaan 17hb. Julai 1977 ) "
tulisan kat atas ni adalah petikan yang aku ambil dari buku NASIONALISME-SATU KRITIKAN yang ditulis oleh A.K Hidayat. kalau korang berminat nak tahu/baca buku ni, aku boleh tolong fotostatkan. tapi bagi ah $eringgit kat aku untuk aku cover kos fotostat. itu pun kalau korang nak tahu perlu ke tak semangat nasionalisme dalam hidup kita ni. buku ni memang susah nak cari kat kedai. kalau ada pun, mesti harga dia beribu-ribu ringgit yang hanya akan membuat korang hanya mampu menelan air liur apabila melihatnya.

tambahan: barangkali juga buku ni telah pun diharamkan penerbitannya di Malaysia.

FAKTOR KETAKUTAN
++ aku merupakan salah seorang peminat rancangan FEAR FACTOR. motivasi berguna yang aku dapat dari rancangan ini adalah apabila hos rancangan berkenaan menjerit-jerit menaikkan semangat peserta-peserta dengan mengatakan "TIADA APA YANG PERLU ANDA TAKUTKAN. SEMUANYA DALAM KEPALA KAMU!!!".

PENULISAN TIADA ORIGINALITI?
++ entahlah. aku pun tak tahu. mungkin ya. mungkin tak. atau aku masih mencari identiti dalam penulisan aku. tapi aku rasa aku tahu format atau bentuk penulisan aku. cumanya penulisan aku seringkali dipengaruhi dengan apa jua bahan bacaan yang aku baca ketika itu. jika aku menulis selepas aku membaca bahan bacaan santai, maka santailah bentuk penulisan aku. jika aku
membaca bahan bacaan serius, maka seriuslah penulisan aku. boleh tak aku kata yang aku ni menulis ikut mood? tapi aku rasa memang bentuk penulisan aku sejak dari sekolah rendah lagi adalah jenis serius dan formal pengolahannya.





*nota kaki: aku mula berfikir untuk memperlahankan pengeluaran bahan bercetak yang bernama Bilik Kecil Itu. mungkin untuk isu-isu selepas ini tidak akan muncul dalam tempoh sebulan dua yang terdekat ini. apa pun, lawatilah website rasmi Bilik Kecil Itu untuk mengikuti perkembangan terkini tentangnya.terima kasih kerana sudi membaca tulisan bebas ini. terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan bahan bercetak ini.

No comments: