23 May 2004

B.I.L.L.I.K--K.E.C.I.L--I.T.U--edisi tiga
[kontek gue untuk dapatkan B.K.I versi bercetak.ok.:). enjoy pembacaan kamu sayang...]
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU BERBICARA TENTANG
rindukan peristiwa besar, tapi
Aku tidak senang dengan kebekuan ini. Tapi bagaimna bisa aku membebaskan diri? Aku rindukan pada peristiwa-peristiwa besar. Tapi aku sendiri (sedikit) takut menghadapi peristiwa-peristiwa besar dalam diriku. Serba kesulitan silih berganti menimpa. Dan aku diam. Melarikan diri dalam tulisan-tulisan dan buku-buku.

dua sebab
Hatiku meronta-ronta ketika berbicara dimuka umum. Sebabnya salah satu dari dua atau kedua-duanya. Pertama: perbicaraanku tidak lancar, tidak ada “touch” dengan pendengar-pendengar, sementara aku mengerti bahawa “touch” betul-betul tidak ada. Mulutku melantur-lantur bebas, berbicara menurut pendapatku sendiri yang berpandukan kisah sebenar hidup dilalui kebanyakannya. Kedua: perbicaraanku mengingkari isi hatiku sendiri, kerana patuh pada aturan-aturan organisasi. Disinilah aku kehilngan semangat intelektual. Tragis!

diri sendiri
Tak ada yang bisa kubanggakan sebagai laki-laki. Aku cuma punya satu nyawa seperti umumnya orang yang bergelar orang. Jadi apa yang orang bisa harapkan dariku? Kerana itulah aku merasa salah untuk terlibat dalam suatu permainan yang melibatkan janji dan pemenuhannya. Tak ada yang bisa ku janjikan keculi CINTA dan KESETIAAN.

cinta
Cinta itu kudus dan shahdu. Saat berada dipangkuan mu adalah saat yang paling bahagia. Saat dimana setiap kerinduan cinta mampu dirungkaikan. Baru sehari aku tidak bertemunya, tapi aduh! Aku sangat-sangat rindukanmu…

perubahan dalam diri
Salah satu sebab mengapa aku tidak mahu menulis ialah, ketakutan akan perubahan-perubahan dalam diriku sendiri. Aku manusia yang selalu siap untuk berubah, sebagaimana aku siap untuk tidak berubah. Biarlah aku menemukan diriku sendiri terlebih dahulu dalam bentuk yang lebih mantap. Tapi bila kemantapan itu akan tiba? Siapa tahu dalam setahun atau dua tahun mendatang.

melepaskan belenggu
Lama aku memendam rasa berupa misteri ketakutan pada wujudnya aturan otoriti. Lama aku ingin berbicara tentang suatu pemikiran. Pemikiran yang akan mendorong lahirnya perubahan. Namun tak ada arena. Tak ada forum. Ingin berbicra…tapi takut!
Begitu terus menerus dan akhirnya organisasi menjadi lambang yang menakutkan sebagai setan yang selalu membuntuti kemana saja aku pergi. Aku fikir semua ini harus diakhiri. Aku tak boleh kehilangan diri. Setan yang menakutkan harus dilawan. Caranya: aku berbicara dan berbicara dengan betul. Semuanya menjadi jelas. Setan itu muncul dengan jelas. Nah, tak ada jalan lain: hilangkan sumber ketakutan itu iaitu: ikatan organisasi otoriti.

masuk pasar
Belajar dan merenung dalam kamar saja tidak cukup. Fikiran-fikiran perlu disegarkan dengan kenyataan-kenyataan yang hidup dalam masyarakat. Kerana itu pagi tadi aku berjalan kaki masuk ke pasar untuk melihat orang jual baju, orang jual air, orang jual makanan dan sebagainya. Celah-celah kehidupan masyarakat selalu memperkayakan rohani.


CINTA SEJATI
Dapatkah anda melihat sesuatu di dalam kotak disebelah? Perhatikan betul-betul kerana ada cinta sejati didalamnya…

16-27 OKTOBER : PENYU
: ingin mengenali dirimu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahirmu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah diketegorikan dibawah :. Hah! Itulah antara ayat-ayat yang aku terbaca dalam Majalah Remaja di bawah tajuk “Haiwan dan Zidoak mu.Ada 8 ekor haiwan yang dikategorikan dengan tarikh-tarikh tertentu. Antara haiwan-haiwan tersebut adalah kucing, tikus, arnab, singa, merpati, penyu, monyet dan harimau kumbang. Tarikh lahir aku pula termasuk dalam kategori penyu. Diorang tulis macam ni, PENYU: sikap lemah lembut memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walaubagaimanapun, kamu adalah seorang teman yang tidak bersikap seperti “talam dua muka”. Hmmmmm…camner ek? Nak percaya ke tak ni? Ah! Tak yah ah!

TENGAH HARI [JUMAAT] TELANJANG.
Hasbi : Rilek nampak. Ko dah makan? Eh, tadi ko gi smayang jumaat kat ner Ardi?
Ardi : Aku tak gi smayang jumaat ah tadi.
Hasbi : Apsal? Ko uzur eh? Hehehehe
Ardi : Bukan apa. Ku tengok kasut aku ni. RM500 sepasang ni beb. Pergi smayang kan tak pasal-pasal aku balik kaki ayam!

LAPAN BELAS TANDA SOAL (18?)
18? Apa tu? Pernah tak korang ternampak graffiti 18? ni yang ada kat merata-rata Kuala Lumpur tu? Mesti pernah kan. Kalau tak pernah, korang cuba tengok kat sekitar kawasan stesen putra lrt Pasar Seni. Graffiti 18? Tu ada merata-rata kat area tu. Font yang diorang guna pun cantik. Ala-ala font bebudak hip hop gitu. J. Apa pun, pasti masyarakat akan mengatakan itu adalah perbuatan vandalisme. Tapi tahukah diorang apa maksud vandalisme yang sebenarnya? Lupakan dulu soal vandalisme. Kembali kepada 18?. Setelah melihat banyaknya graffiti 18? Yang menghiasi dinding-dinding bangunan di sekitar Kuala Lumpur, aku mula tertanya-tanya apakah mksud yang ingin disampaikan disebaliknya? Persepsi pertama aku tentang grafitti 18? Itu adalah sesuatu yang berkenaan dengan Program Kidmat Negara (PKN). Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan PKN lalu melepaskan rasa tidak setuju mereka dengan mengindahkan pemandangan di K.L dengan semburan graffiti 18? tersebut. Namun setelah diselidik dan dirisik [eh, bapak saudara aku sorang perisik tentera. J], aku mula mendapat mesej yang sebenar. Apa mesej sebenarnya? 18? bacanya begini : mana 18 orang lagi? Soalan ini ditujukan kepada Pak Lah yang berjanji mahu menyebut 18 nama orang-orang kerajaan yang terlibat dengan rasuah. Namun Pak Lah tidak mengotakan janji tersebut. Maka mereka yang tidak berpuas hati ini mula melakarkan pertanyaan mereka dengan nombor 18? tersebut. Aku tidak mahu mengulas lanjut perbuatan melakarkan graffiti itu. Cumanya pada aku vandalisme adalah tidak salah kerana vandalisme bererti sepasang kekasih yang melakarkan nama mereka di atas sebatang pokok. :) hehehe

POLITIK BUKAN HANYA TENTANG PARTI POLITIK
Ramai orang ingat perihal politik hanyalah apabila kita mula berbicara tentang parti politik negara, soal kerajaan ataupun soal pembangkang. Apa yang korang faham tu dah betul dah sebenarnya. Cuma luaskan sedikit skop pendefinasian politik korang bahawa: apa yang kita lakukan sehari-hari ini adalah politik.

MARI MEMPERSENJATAI HASRATMU, PERANG TELAH LAMA DIMULAI.
Kenapa sejak zaman dahulu sampai sekarang peperangan sentiasa berlaku? Punca sebenar yang korang tak tahu adalah ianya disebabkan oleh kewujudan negara. Ini kerana sememangnya negara menghalalkan peperangan berlaku. Tapi dengan syarat askar perang dengan askar. Tapi kalau dah perang tu, rakyat biasa juga lah yang jadi mangsanya. So macam mana nak hentikan perang? Senang saja. Kita mansuhkan negara. Nak mansuhkan negara kita kena mansuhkan kerajaan. Bila dah tak ada kerajaan, negara automatik tak ada. Bila negara dah tak ada, perang pun tak ada ah. Senangkan nak hentikan peperangan? “stakat tulis memang senang ler dhani oi…” :) hehehe

MENGGAPAI MIMPI
Dengar citer kolej ni ada menyediakan program lanjutan pengajian dengan universiti kat oversea. Ada dua universiti yang bekerjasama dengan kolej ni iaitu:
1] Universiti of East London, UK
2] Universiti of Southern Queensland, Australia
mulai sekarang aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan yang aku berjaya menghantar diri aku ke salah sebuah universiti tersebut.

BERSAMA MEMBENIH REVOLUSI
Tahun 1998, aku mula mengenali kewujudan dunia alternative Tanpa aku sedari, tahun 1998 juga titik temu dimana aku mula mengambil semula hidup aku untuk aku corakkan sendiri. Belum sempat aku mengenali diri aku sepenuhnya, politik Malaysia diletupkan dengan ledakan reformasi. 1999 zaman kegemilangan era reformasi yang sangat memberi kesan ke atas hidup aku.

Mula mengenali dunia alternative di tahun 1998, diacu sebati dengan benih-benih reformasi pada tahun 1999 benar-benar melahirkan seorang manusia yang mahukan perubahan. (revolutionis, bukannya reformis)

Namun pemberontakan kaum reformis tidak terus kekal tegas. Malah makin hari makin dilenyapkan oleh jentera kerajaan yang menggila. Kerana itu aku tidak berminat untuk bergelar reformis. Dan kehidupan seharian aku banyak dibenihkan dengan tulisan-tulisan yang berkenaan dengan revolusi anarkisme. Dan revolusi anarkisme pada aku lebih solid untuk sebuah perubahan jika dibandingkan dengan idea reformis. Tapi aku sangat tidak mampu untuk bergelar anarkis kerana makin lama aku mempelajari tentang anarkisme makin aku tidak mengerti.

Jadi aku tidak mahu ambil pusing. Makanya adalah lebih senang untuk aku melabelkan diri aku sebagai seorang aktivis sosial. Yah! Seorang aktivis yang punyai pelbagai jenis kawan-kawan. Kenapa aku sangat yakin untuk bergelar aktivis? Setidak-tidaknya aku tahu yang aku adalah aktivis Amnesty International [Malaysia] disaat aku membayar yuran tahunan kepad Amnesty International sebanyak RM5 setiap tahun. :) hehehehe. BERSAMA MEWUJUDKAN MASYARAKAT AKTIVIS!

p/s: kalo korang tak paham apa maksud dunia alternative tanyalah aku. nanti aku terangkan ok. ayuh berkomunikasi dong!

RUTINITAS HIDUP: BELAJAR, KERJA, KAWIN DAN MATI
Bila dah grad nanti, aku nak kerja yang best-best, kumpul duit banyak-banyak, lepas tu aku nak beli kereta dan beli rumah. Bila dah beli rumah, aku nak kawin dengan awek aku pelajar A
Eh kejap. Nak tanya sikit, kau ada awek ke? pejalar B
Awek pun tak ada! Ada hati nak cakap pasal nak kawin dengan awek. Hahahahhhahhhhahha pelajar C

KONFLIK IDENTITI (antara FAISAL dan DHANI…)
Eh Faisal, ko kenal Dhani kan. Dhani tu saper ek? orang bertanya kepada ku. :)

KEMPEN SEBARKAN CINTA
Adalah amat tidak arif untuk aku berbicara soal cinta. Kerana aku sendiri tidak mengerti secara mendalam tentang erti cinta. Apa itu cinta? Siapa cinta? Dimana cinta? Kenapa cinta? Bagaimana cinta? 1000 perkataan pun belum mampu untuk merungkapkan erti cinta yang bisa dipelbagai ertikan. Jadi apa yang aku laungkan tentang cinta selama ini sih? Cinta itu sesuatu yang indah yang wujudnya antara aku dan aku, aku dan dia, aku dan kamu, kamu dan kamu. Apa jua yang indah untuk semua adalah cinta. Jadi tunggu apa lagi? Ayuh sebarkan cinta sayang. Mari bercinta bersama-sama

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dan Kau Bisa Mengambil Hatiku Pergi…
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NAMA RISALAH: Bilik Kecil Itu [edisitiga] // PENULIS: Ahmad Faisal // PENERBIT: Dhani Ahmad // HARGA: Percuma + Cinta // CETAKAN: __ / 30 // TARIKH CETAK: 24.5.04 // EMIL: merahdanhitam@yahoo.com // WEBSITE: www.bilik.blogspot.com << l i f e i s k i l l i n g m e
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments: