08 May 2004

BILIK KECIL ITU #EDISI 2

p/s:- jika kamu mahukan Bilik Kecil Itu versi cetakan, sila hubungi saya.ok.


soal ketidakmungkinan?
yah! aku masih muda, tidak punyai banyak wang, idealis, penyabar, pemikir, pemalu, penulis bebas, dan aku juga seorang pemimpi yang sering cuba meraih mimpi-mimpi indah ciptaan sendiri. aku hidup dalam dunia yang penuh kebusukan yang bertopengkan kemajuan. aku amat benci keadaan ini. tapi aku tak bisa lari dari kenyataan dan aku ingin hidup. kerana ini, keadaan sering menyebabkan aku menjadi orang kiri yang pemarah yang sering memberontak. malah aku juga adalah sang pencari cinta pelengkap kehidupan. apa jua tentang cinta akan ku kutip untuk dibenihkan dalam kehidupan. semuanya soal aku adalah tentang HIDUP. kerana ianya [hidup] sementara, maka aku akan cuba meraih sebanyak mungkin mimpi-mimpi indah yang aku idamkan. soalan vital untuk aku sendiri, mungkinkah aku bisa menjadi peraih mimpi yang berjaya? atau aku hanya sekadar mampu menjadi pemimpi semata-mata? dan jawapannya ada pada kamu kerana kamulah yang bisa membantu aku meraih mimpi…

apa ada dengan nama?
killing me softly? i killed myself again? my reflect untrue view on my eyes? termenung di jendela? dilambung ombak? and you can take my heart away? dan kamu bisa mengambil hatiku pergi? malam kian panjang? bilik kecil itu? berlari ke langit? hmmmmm…. masalah jugak ni. nak letak nama apa ek? entahlah. pening….pening…

malam kian panjang
jam di dinding berdentum lagi, menandakan sekarang adalah pukul 4 pagi. namun mata ini masih terkebil-kebil menatap syiling yang bersawang. aku pun hairan kenapa payah benar untuk aku melelapkan mata malam ini. sudah 4 jam aku melewati masa tidur kebiasaan aku. sudah 4 jam juga aku telah dan masih memikirkan tentang DIA. walaupun telah lama aku mengenali dia, tapi pertemuan aku dengan dia petang tadi benar-benar membuat aku jadi tak keruan.gelisah.resah.basah.(J). dan keadaan ini terus berlarutan… mungkin aku mampu mengawal perasaan sewaktu bersamanya, namun aku tak mampu untuk membohongi diriku lagi yang aku sangat meminati dan mencintainya. tapi apa yang harus aku lakukan? ntahlah. aku buntu. lalu aku memejamkan mata, dan aku tidur…

*dia = ezlynn [Hi Hi Bye Bye]. :) heheheehehe

belajar sampai pandai tua.
*English 4 *business communication *multimedia technology design *computer organization *data communication & networking *database management system *project management in it *mathematic *ibadah camp *intro to Arabic language *entrepreneurship *Islamic ibadah *Islamic ethics *data processing *intro to e-commerce. pergh!!! 17 subjek lagi aku nak kena ambik baru aku habis belajar??? gila banyak!

pertama kali berzina dalam hidup
apa, ko ingat aku dah tak tahu pasal dosa pahala ke? berzina? mintak simpang jauh-jauh…


libraisme (sept 23 – ock 22)
“now is no time to keep secrets, particularly from love partners and other special people in your life. Try to reach a consensus of sort” ك aku terbaca benda alah ni kat paper Malay Mail. personalinya aku memang tak pernah ikut dan tak pernah terlintas dihati untuk percaya dengan “bintang-bintang” ni. cumanya aku nak cakap kat korang yang tarikh sambutan harijadi aku ialah pada 22 oktober setiap tahun. jadi sekarang korang dah tahu tarikh harijadi aku. so, pepahamlah yer… J hehe

“menikmati keseronokan sebenar adalah dengan membuat dosa” – [Original Sin.]
tak sembahyang. mendedahkan aurat. berjudi. minum arak. mencuri. bersekedudukan. berzina.mencabul. merogol. membunuh. benda-benda ni memang dah sebati sangat dengan masyarakat malaysia yang sememangnya sangat terkenal sebagai sebuah negara islam. walhal dalam agama islam perkara-perkara tersebut adalah dilarang dan haram sama sekali. dengan kata lainnya berdosa jika dilakukan. tapi tu lah, benda yang berdosa ni ah yang seronok dibuat. betul tak? ke tak betul? sebagai seorang muslim, aku sedih dengan keadaan ini. semoga Allah kuatkan iman ku agar tidak terjebak dalam perkara yang dilarangNya. amin…

dan aku tidak takut untuk jatuh cinta lagi…
masa aku belajar kat politeknik dulu, aku rasa aku tak der lah seteruk sekarang. bukan apa, sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari aku jatuh cinta dengan budak kolej aku. (J hehe). padahal kalau nak kira, kolej ni 4 kali ganda lebih kecil daripada politeknik aku dulu. bukan maksud aku nak cakap yang awek-awek kat poli dulu tu tak cun, tapi memang ramai awek-awek cun kat kolej ni. patut ah kawan-kawan aku selalu cakap “oh, ko study kat kolej islam eh. awek kolej tu cun-cun beb.”. maka terbuktilah cakap kawan-kawan aku tu ada benarnya. jangan kata awek kolej, lecturer kolej pun cun-cun beb! muda-muda pulak tu. :) hehehe.

dari politeknik ke kolej islam
orang lain dari ipts masuk ipta. aku dari ipta masuk ipts. terbalik! itulah, dulu masa mak ayah suruh masuk maktab, aku berdegil nak masuk politeknik. sekarang tengok apa dah jadi? nak sambung diploma pun tak boleh! lain kali ikut cakap mak ayah!

p/s:- yang penyebab aku tak leh sambung diploma bukan sebab pointer aku, tapi sebab memang kos aku tu tak ada diploma. abis, macam mana nak ada diploma sedangkan apa yang kitorang belajar kat peringkat sijil tu pun dah sama taraf dengan diploma. aku hantar surat kat kementerian suruh diorang mansuhkan kos tu, tui tapi diorang buat tak tahu jek. gila punya orang!

ayuh mati bersama!
aku tak isap rokok. tapi aku tahu aku adalah: PEROKOK PASIF. terima kasih setulus hati aku ucapkan kepada semua perokok yang telah menjadikan aku salah seorang perokok pasif. ayuh mati bersama kerana rokok!

“macam-macam adaaaaaa…”- Pak Cik Astro.
- pagi tengok tv
- petang tengok tv
- malam tengok tv
- matilah kau depan tv!
* Pesanan penaja: tutuplah tv dan nyalakan kehidupan.

antara tiga buah negeri berbeda.
aku pernah tinggal kat kelantan. aku pernah juga tinggal kat pulau pinang serta kuala lumpur. ternyata ketida-tiga negeri ini punyai kelebihan yang tersendiri. apa yang aku dapat katakan, bandaraya kuala lumpur adalah terlalu pantas untuk aku. di kuala lumpur segala-galanya pantas. nak pergi kerja kena pantas. nak masuk ofis kena pantas. nak makan pun kena pantas. dan keadaan ini begitu kontradik sekali dengan keadaan di kelantan. di kelantan pula segala-galanya perlahan. nak pergi kerja pun tak payah keluar awal-awal pagi untuk elak jamm. pembangunan pun tak berlaku dengan pesat macam kat kl. dan yang agak cool pada aku adalah pulau pinang. kehidupan yang aku lalui di pulau pinang agak menyenangkan, tidak terlalu pantas atau pun perlahan. keadaan ini sudah mula menyebabkan aku berfikir untuk membina kehidupan aku yang lebih kukuh di negeri pulau pinang tercinta. “eh, hidup kat pahang best tak?”- faisal bertanya kepada siti salehah dengan mesra. :) hehe.





editor: dhani ahmad
penulis: faisal
tarikh keluar: 11 mei 2004
tarikh luput: seminggu selepas dibaca
emil: merahdanhitam@yahoo.com