21 April 2004

bilik kecil itu dicipta bukan untuk mengejar populariti murahan, bukan juga untuk dikenali semua, malah bukan untuk menyebarkan mesej, jauh sekali untuk mencetuskan revolusi.

bilik kecil itu adalah ruang ciptaan penulis untuk terus mengecap keseronokan hidup (melalui penulisan) di duniawi semata-mata. [syok sendiri punya kerja ni…]

bilik kecil itu tidak mengandungi sebarang jenis dadah merbahaya. penghasilannya juga adalah bebas dari segala jenis bentuk penindasan.

bilik kecil itu adalah sesuatu yang berkenaan dengan penulis dan keadaan sekelilingnya. selamat digunakan oleh semua peringkat umur.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

aku membunuh diriku lagi…
// + sepertimana aku percayakan kehidupan selepas mati, aku juga percaya selagi dunia belum hancur, setiap kematian akan dilengkapi dengan kehidupan baru. setiap minit ada manusia yang mati dan setiap minit juga ada manusia baru yang dilahirkan oleh ramai ibu. ini adalah kitaran kehidupan di bumi. kehidupan disaat menanti kematian menyambar kehidupan duniawi pernah aku lalui. dengan limpah kurniaNya aku masih tetap di sini untuk menikmati alam yang indah. apa pun aku akan terus membunuh diriku lagi…

bercinta + putus cinta = mati
// + setiap kali aku bercinta, aku sering bertemu dengan putus cinta. namun aku tidak takut untuk bercinta lagi dan lagi sehingga aku menemui cinta yang sehati yang mampu mengiringi aku disaat kematian menjemput aku…

aku adalah gila; begitu juga engkau!
// + “bercinta jarak jauh apa kau dapat? nak kuar dating pun susah. jumpa setahun 5 kali. stakat bercinta kat telefon baik tak payah!”

“aku takut dikecewakan”- kawan 1
// + “kalau takut kecewa, kenapa kau buat juga? kan dulu aku dah cakap jangan buat.” – kawan 2
“alah, apa nak takut? tak matinya kalau kau kecewa sekali pun”- kawan 3
“lain ah kalau kau kecewa pastu kau terjun bangunan, itu baru mati” – kawan 4
“kalau terjun bangunan dari tingkat 1 tak mati kot. hehehehe”- kawan 5.

*moral: isap dadah tu tak bagus. abis isap rokok tu bagus ah?

takut sangat-sangat [part 1]
// + aku dah lupa tarikh hari tu. cuma aku masih ingat hari tu aku ponteng kerja (praktikal) sebab nak tengok final game piala thomas, Malaysia lawan Indonesia (keputusan: Indonesia menang). lepas jer abis tengok game tu, aku terus ambik kereta bapak aku untuk pergi melepakkan diri kat rumah kawan aku. 10 minit kemudian mak aku call. mak aku berkata, “ada kat mana tu?”. aku jawab, “kat rumah kawan”. mak aku cakap lagi, “balik cepat sikit. tak payah lepak lama-lama. tadi polis cari kamu”. dengar jer ayat tu, aku cuak giler. takut. terkejut. tak percaya. nak pengsan. emosi memang tak stabil giler. aku tak bajet benda lain kecuali tentang zine Sebutir Bintang Merah. seingat aku, aku tak pernah buat kesalahan undang-undang kecuali mengeluarkan bahan cetakan secara tidak sah [baca: haram]. dah ler buat cara tak sah [baca: haram], tulisan pulak semuanya menghentam kerajaan. mana polis tak cari. gila!

cerita dulu-dulu
// + dulu aku ada band yang bernama Chenta Tiada Restu. aku berada di posisi vokalis dalam band ni. aku rasa musik yang kitorang main tak der lah hebat sangat. cuma disebabkan nama band yang bunyinya macam unik sedikit telah menyebabkan Chenta Tiada Restu telah dikenali semua. secara tak langsung telah menyebabkan aku turut menjadi popular. .hehe. tapi itu dulu laa… sekarang aku dah tak main dengan band Chenta Tiada Restu lagi. jodoh aku dengan band tu tak lama.memang tak der restu lah orang kata. tapikan, walaupun aku dah tak main dengan band tu lagi, aku masih dikenali sebagai salah seorang dari line-up Chenta Tiada Restu. ye ke aku dikenali? ke aku je yang perasan?

jalan apa lagi yang kita ada? [hanya jalan raya]
// + pilihanraya yang lepas banyak mengajar aku tentang keterlibatan dalam politik kepartian. ini semua gara-gara aku menolong bapak kawan aku yang menjadi calon dalam pilihanraya tersebut. terima kasih kepada kawan aku yang tak jemu-jemu mengajak aku menolong bapaknya berkempen. hasil pujuk rayunya, aku cair! walaupun aku tak berparti, aku tetap tolong dia dan bapak dia. bukan kerana parti, tapi kerana semangat setiakawan.
pilihanraya yang lepas juga telah memperlihatkan betapa kotornya politik yang dicanang oleh kerajaan dan betapa ramainya orang yang terpedaya dengan dahyah dan tipu helah kerajaan. kemenangan pihak kerajaan dalam pilihanraya tersebut memang sudah aku jangkakan. lagi pun, pembangkang tak ada isu yang menarik untuk menentang kerajaan. cumanya aku agak terkejut dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh kerajaan BN. jika pilihanraya tersebut dilakukan dengan telus, ini bermakna makin ramai rakyat di Malaysia yang telah ‘dibutakan’ oleh kerajaan. tapi aku percaya yang rakyat semakin bijak. dan kemenangan besar pihak kerajaan adalah hasil taktikal jahat yang telah dirancangkan dengan teliti.
pasti orang-orang yang menyokong kerajaan marah dengan apa yang aku katakan ini. terserah. aku cuma keluarkan pandangan aku yang merupakan seorang yang tidak berparti. yang mana baik aku ambik. yang mana tak baik aku tentang! kerajaan dan pembangkang sama je. semuanya nak kuasa! “ woi! umur tak cukup 21 tak yah cakap pasal politik lah!”

takut sangat-sangat [part 2]
// + aku buntu. tak tahu nak buat apa. zine banyak giler kat rumah. semuanya jenis political tahap mengancam keselamatan negara punya. takut gak aku kalau zine-zine tu jadi bukti/sebab untuk polis tangkap aku. lepas bincang dengan kawan-kawan aku, diorang setuju nak running zine-zine yang ada kat rumah aku tu. kitorang terus meluncur laju ke rumah aku. sampai je kat rumah, aku usha kawasan sekeliling rumah. line clear! terus aku masuk dalam rumah dan packing zine-zine yang aku ada dan pass kat kawan aku. aku tak cakap banyak. suasana kat rumah pun macam suram jerk. seram sejuk jugak aku dibuatnya. lepas jer kawan-kawan aku balik dengan satu beg zine-zine dan bahan bacaan politikal milik aku, baru aku rasa lega sikit. bukti dah tak ada. polis nak tangkap aku? tangkap ah. aku tak kisah pun….(ceh. ayat berlagak!).

pakaian cermin imej kendiri?
// + ayat ni aku jumpa kat dalam zine Jalan.Jatuh.Lari#3. korang baca ni. “…segala yang diperjuangkan dan yang dimimpikan pasti sukar dicapai sekiranya kita terus bertelagah sesama sendiri dan juga memangkah pihak lain. tanpa disedari, perlakuan begini akan membawa kepada kemusnahan komuniti punk/hc. apa yang berlaku ternyata mengecewakan. masalahnya ialah perkara sebegini tiada penghujungnya. tidak hairanlah sekiranya ada diantara kita yang mengambil langkah keluar dari komuniti punk/hc…”. tak ada apa aku nak cakap sebenarnya. cuma skang ni aku banyak dengar muzik-muzik emo-indie-pop-rock. pakaian pun dah ala-ala budak indie. persoalannya, indie kah aku?

takut sangat-sangat [part akhir]
// + hati dah tenang sikit baru aku tanya mak bapak aku pasal polis yang cari aku tadi. bapak aku cerita, yang cari aku tu ketua Special Branch [SB] kelantan. dia tanya macam-macam pasal aku. sekolah kat mana? umur berapa tahun? no ic berapa? kerja apa sekarang? dan macam-macam soalan lagi lah. bapak aku cakap, dekat setengah jam jugak ah polis tu ambil informasi pasal diri aku. last-last skali SB tu cakap, “oh salah orang rupanya…”. dia [SB] cakap, dia sedang cari orang yang terlibat dalam kes curi kereta mewah. ko ingat aku percaya cakap polis tu? aku tak percaya punya! mengikut teori aku, polis [SB] tu memang cari aku. cuma belum sampai masanya lagi dia nak cekup aku. apa pun, polis tu dah dapat segala informasi tentang aku. so bersiap sedia lah faisal. kalau tak nak kena tangkap, jangan buat zine political lagi. buat zine emo jerk lain kali. –TAMAT-

p/s:- aku tak tahu macam mana nak hilangkan rasa takut pada polis ni. korang tahu tak camne?
- time tu jugak, aku dapat info ada beberapa orang kawan editor di Malaysia ni yang ‘dilawati’ oleh polis. tapi tak der yang kena tangkap rasanya. syukur…

13 cara untuk mencapai revolusi.
// + [1] baca zine/newsletter – untuk cari knowledge
[2] tulis surat/email kepada kawan-kawan – komunikasi adalah kunci!
[3] dengar lagu band-band d.i.y
[4] berpakaian serba hitam – baju cetak sendiri. wajib!
[5] pakai patches – wajib jugak ni…
[6] buat zine/newsletter – untuk spread mesej
[7] buat band sendiri – untuk spread mesej
[8] pergi gig. kalo band sendiri dah mantap, main kat gig ah beb! – wajib spread mesej sebelum nyanyi
[9] rekod lagu, pastu jual – untuk spread mesej
[10] buat kolektif
[11] pergi food not bombs serving
[12] pergi demonstrasi – kalo berani la…
[13] cakap political sikit-sikit, pastu balik tido.

* amalkan 13 cara ini setiap hari selepas makan pagi dan malam.

mengejar revolusi di kaki pelangi…
// + aku kenal dengan ramai orang yang bersungguh-sungguh nak cetuskan revolusi. tapi aku tak pernah lihat aksi [drastic] mereka ke arah tersebut. apa contoh aku nak cetuskan revolusi? ntah! aku pun tak tahu. paling kuat pun, kalau kitorang bincang pasal revolusi masa lepak kat kedai mamak. last-last skali mesti kedengaran ayat ni: “nak cetuskan revolusi besar, buat revolusi ke atas diri sendiri dulu…”. lepas sembang politik kat kedai mamak, kitorang pun balik.

masih tentang revolusi.
// + fakir-fikir balik, macam komfem jerk nak cetuskan revolusi kat Malaysia ni macam tak boleh. kalau boleh pun lambat lagi ah. mana tak-nya, dah ler kuasa rakyat lemah, kerajaan pula wujudkan macam-macam akta nak takutkan rakyat supaya turut cakap mereka. orang-orang yang nak sangat revolusi tercetus pula berjuang cara ala kadar jer.
jadi, alternative terbaik (buar masa sekarang) yang aku fakir adalah, kita cuba buat reformasi dulu. nak buat reformasi senang jer, bayar 5 ringgit dan jadilah ahli parti keADILan.  hehehe. stakat jadi ahli parti aku rasa kita still tak leh nak buat reformasi. jadi kita kena jadi ‘orang besar’ dalam parti tersebut. paling tidak pun jadi calon untuk parti dalam pilihanraya. mana tahu kot-kot ada rezeki, menang bertanding, boleh ah jadi wakil rakyat.
dah jadi wakil rakyat, baru boleh masuk dewan rakyat/parlimen. masa kat dalam dewan rakyat/parlimen tu ah peluang kita nak cetuskan reformasi tu muncul. masa tu juga kita boleh suarakan apa jua yang kita nak. kalau ada orang yang tak setuju dengan apa yang kita suarakan, kita pergi dekat orang yang tak setuju tu pastu tumbuk muka dia laju-laju. tak pun baling kerusi meja ke ok gak. masa kat dewan rakyat/parlimen tu kita bebas beb. stakat nak kutuk-kutuk tu memang boleh sangat ah. tapi kalo sampai nak bertumbuk tu tak boleh arrr… hehehe. sebab tu kalau korang tengok kat parlimen hong kong ke, china ke, diorang selalu gaduh punya.
sebenarnya, kat dalam dewan rakyat/parlimen juga korang boleh buat revolusi. nak pendekkan cerita, korang pergi lepak dengan PM, pastu korang letak/hunuskan pisau kat perut dia pastu korang tanya “nyawa atau kuasa?”.masa tu dia mesti bagi kuasa kat korang punya. kalo dia bagi nyawa, bodoh ar dia. tak pasal-pasal jer dia mati kat situ. ini kalau nak rampas kuasa la. hehehe.
eh, dah jauh tersasul pulak. balik kepada jadi calon pilihanraya tadi. aku rasa kalau korang bertanding atas tiket parti keADILan, korang akan kalah kot. jadi ambil langkah bijak untuk menang dalam pilihanraya, korang jadi calon BN. ini kalau kat kuala Lumpur laaaa. kalau kat kelantan, korang jadi calon PAS. korang ikut cakap aku ni, sure menang punya lah.
tapi kan,nak bertanding bagi peringkat dewan undangan negeri [DUN] kena bayar wang pertaruhan sebanyak 3 ribu ringgit. manakala bagi peringkat parlimen pula 5 ribu ringgit. korang ada duit banyak tu ke sekarang? kalo ada boleh ah bertanding.
tapi kan, fakir-fikir balik, isap rokok memang buang duit kan. aku ingat aku nak berhenti isap rokok ah mulai sekarang. pastu start kumpul duit untuk jadi calon dalam pilihanraya akan datang…


nota kaki: “kau isap rokok ke faisal?” – jamilah bertanya.

6.3.04 : pertama kali dating di tahun dua ribu empat.
// + pertama kali dalam hidup, aku dating dengan awek yang nama dia sama dengan nickname aku. aku kenal dia pun secara tak sengaja jer. sebelum dating ni kitorang pernah jumpa sekali. tapi masa tu kitorang tak kenal pun. so, masa pertama kali dating ni kitorang tak ingat muka masing-masing.
janji jumpa kat central market pukul 12 tengah hari, tapi dia lambat sampai sejam. jalan jamm katanya. boleh pulak hari tu kitorang pakai baju sama kaler [kaler biru]. sedondon ah pulak! dah jumpa kat central market, kitorang gi emo-emo kat midvalley. apa kitorang buat kat midvalley? eh, itu rahsia ah beb. hehehe.
cumanya aku nak cakap kat sini yang aku jumpa dia bukan sebab kecantikan fizikal yang dia ada, tapi sebab nama dia. gila tak alasan aku ni? :). tapi dia memang lawa beb. kalau korang tengok mesti jatuh cinta

p/s:- mesti awek tu tengah "kembang" tatkala dia membaca tulisan ini. :P ekekekeke
-walaupun dia lawa/cantik, tapi dia bukan awek aku.