aku tegur kau. bukan maknanya aku marahkan kau.
kalau aku marahkan kau sekalipun, kau patut bersyukur sebenarnya.
kau buat salah, sebagai kawan, aku tegur.
sehabis baik aku pikir, aku susun ayat, untuk tegur kau.
dengan harapan kau tak terguris.
tapi, kau tak nampak semua tu.
kau pikir aku mahu sekolahkan kau barangkali.
bila aku cakap, kau nak merebel pulak.
rebel lah sangat.
aku tegur kau sikit jek. bab commence sense je pun.
kalau orang sakit, kau tau ke nak buat apa?
kalau jiran nak pergi mekah, kau tau apa nak buat?
kalau tok bilal ajak pergi masjid, kau pegi tak?
bab ni je pun.
bila aku tengok kau macam tak reti nak buat, aku tegur.
ok aku bukan tegur, tapi aku bagi cadangan sebenarnya.
tegur dgn cadang apa bezanya? entahlah. aku pun konfius.hehe.
tapi kau tak boleh terima cadangan aku barangkali.
nak merebel pulak.
sebelum ko nak merebel, nak tunjuk protest, ko fikir dulu cadangan aku tu baik ke tak.
jangan reti nak protest aja.
aku ni kawan kau bai. kalau aku bukan kawan kau, takde maknanya aku nak tegur.
alahai kawan.
nota: ni bukan sajak ataupun puisi. ni tulisan biasa jek. cuma aku buat dalam bentuk ni. saje nak kasi nampak lebih stylo sikit. haha.
3 comments:
info menarik :)
info menarik :)
mantap :)
Post a Comment