27 December 2012

#BJKB

Buku Jalanan, bukanlah perkara yang alien pada aku. seawal kewujudan Buku Jalanan pertama Malaysia di Shah Alam lagi aku sudah mengetahui perihal aktiviti mereka. Sehinggalah hampir setiap negeri lahirnya Buku Jalanan masing-masing, aku masih lagi dalam radar biasa-biasa saja mengenai kewujudan mereka. Ada juga teman-teman yang menyarankan aku supaya mewujudkan Buku Jalanan di Kelantan, namun perasaan "biasa-biasa saja" itu tak memungkinkan perkara tersebut berlaku. Yang menyebabkan aku berperasaan biasa-biasa saja dengan Buku Jalanan ini adalah kerana, aku tak lagi bernafsu untuk menjalinkan hubungan yang memerlukan komitmen untuk jangka masa panjang. Pada peringkat usia aku yang sudah berumur sekarang, aku lebih suka melakukan perkara yang bersifat one-off (buat-siap-habis-setel). Perjalanan mencapai apa yang dicita oleh Buku Jalanan bukan mengambil masa sebulan dua. Dan aku sudah kurang berminat lagi dengan hal sebegini.

Pengoperasian Buku Jalanan adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan konsep Food Not Bombs (FNB). Jika di FNB, kita harus mencari makanan, menyediakan makanan dan kemudiannya mendistribusi makanan tersebut secara percuma kepada para gelandangan dan mereka yang lapar. namun di Buku Jalanan, ianya lebih mudah. cukup sekadar menyediakan sejumlah buku untuk dibaca dan dipinjam oleh orang awam. Itu saja prosesnya. apapun, untuk hal yang semudah ini, aku tak mampu lakukan kerana hal yang dinyatakan tadi, aku tak punya komitmen untuk "hubungan jangka masa panjang".

Ya, Buku Jalanan bukan hal yang alien kepada aku. Namun yang aliennya, aku tak tau ada sekumpulan manusia yang mahu mengadakan Buku Jalanan di Kota Bharu. Ini sangat pelik. Walaupun aku kurang berminat dengan Buku Jalanan, namun aku sering menerima info-info mengenai mereka. menjadi sesuatu yang pelik juga bilamana aku langsung tidak tahu akan wujudkan Buku Jalanan di bumi Kelantan kerana perihal Buku Jalanan di tempat lain aku sedikit sebanyak tahu mengenai mereka. Dalam pada berkomunikasi dengan teman dari Buku Jalanan Jitra pada tarikh 30.11.12, beliau menyatakan pada hari tersebut aktiviti Buku Jalanan Kota Bharu yang pertama akan diadakan. hampir tidak percaya juga aku dengan hal ini, kerana aku langsung tak mendengar kabar berita mengenai perkara ini. kerana pada kebiasaannya perkara-perkara subkultur seperti ini sering dilakukan oleh mereka dari kalangan orang yang aku kenal, sahabat-sahabat para pengamal aktiviti subkultur maksud aku. Hampir mustahil juga untuk masyarakat awam tahu mengenai Buku Jalanan kecuali mereka pernah terlibat dengannya. jadi, aku jadi penasaran untuk mengetahui siapakan mereka yang menganjurkan Buku Jalanan Kota Bharu ini. Melalui sedikit maklumat dari teman ku di Kedah itu, aku menyelongkar facebook Buku Jalanan Kota Bharu. Setelah diteliti melalui facebook mereka, aku dapati mereka (organizer Buku Jalanan Kota Bharu) tak punya “hubungan mutual friends” antara aku dengan mereka. jadi, tak hairan lagi kenapa aku tak tau mengenai bakal wujud Buku Jalanan Kota Bharu kerana memang info mengenai mereka sudah agak jauh jaraknya dengan aku. Masakan tidak, mereka bukan dari kelompok teman-teman aku.

Walaubagaimana pun, Ternyata, yang maha berkuasa masih memberi kesempatan untuk aku menikmati sejarah yang sedang dicipta. Disampaikan olehNya melalui teman ku yang di Kedah itu, pada petang tersebut, aku terus ke lokasi yang dinyatakan, Taman Tengku Anis.

Mencari kelibat mereka yang bernama Buku Jalanan Kota Bharu, aku ke lokasi yang dihamparkan sejumlah buku yang ditatap orang ramai orang. Mencari juga mereka yang mungkin aku kenal ada di situ. ternyata tak ada. Maksudnya, anak muda yang menganjurkan Buku Jalanan Kota Bharu ini memang bukan dari kelompok subkultur yang aku diami. Kurang lebih ada 3 lelaki dan 3 perempuan muda yang menjadi "tuan rumah" kepada acara tersebut yang menjemput orang ramai membaca buku-buku yang dihidangkan. Untuk ketika itu, keterujaan aku bukan kepada buku, tapi kepada mereka yang menganjurkan Buku Jalanan Kota Bharu. makanya, aku ke sana adalah untuk berkenalan dengan mereka.

setelah beramah mesra dengan mereka, aku merasa bangga dengan mereka. kerana, dalam serba kekurangan buku, kekurangan sukarelawan dan juga keterbatasan masa, mereka tak mengambil perkara tersebut sebagai halangan. malah mereka tekad untuk menjayakan Buku Jalanan di Kota Bharu. Dan mereka berjaya untuk tujuan tersebut. rata-rata dari mereka bukan orang asal Kota Bharu. malah ada diantara mereka yang tinggal lebih kurang 50 KM dari Kota Bharu dan sanggup ke Kota Bharu semata-mata untuk mengadakan Buku Jalanan Kota Bharu.

Setelah berkenalan dengan mereka, secara ringkasnya dapat aku katakan, dengan kekangan mereka, sang penganjur Buku Jalanan pertama di Kota Bharu ini, aku dengan yakin merasakan, memang Buku Jalanan Kota Bharu adalah SEPENUHNYA MILIK AWAM. penganjur buku jalanan kota Bharu yang pertama tak seharusnya menjadi penganjur buku jalanan Kota Bharu yang kedua kalinya Begitu juga dengan yang ketiga dan seterusnya. maksudnya, sesiapa saja boleh (dan harus!) menjadi penganjur Buku Jalanan Kota Bharu untuk edisi yang seterusnya kerana ianya adalah milik bersama. kerana tujuan dan konsep Buku Jalanan itu sendiri adalah untuk kita semua. menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan akan ada buku-buku untuk dibaca dan dipinjam di Taman Tengku Anis setiap petang Jumaat dua minggu sekali. Semoga sukses Buku Jalanan Kota Bharu!

3 comments:

Päk Läng said...

stedi abe stedi

cik kiwi's said...

Buku Jalanan memang satu program yang memupuk orang orang kita ni membaca. dari duk saja tak buat apa kan. :))

zatulitri said...

heyy:)

apparently ada orang buat Buku Jalanan UIA jugak. baru tgk FB dia tadi.