11 August 2011

Surat Makluman

Muhammad Firdaus

Desa murni

Hospital Universiti Sains Malaysia

Kubang kerian

Kelantan

YB Abdul Fatah Mahmood

Exco Belia, Sukan & NGO

Kerajaan Negeri Kelantan

Aras 1 Blok 1,

Kompleks Kota Darul Naim

15503 Kota Bharu

Kelantan 8 Ogos 2011

Tuan

Makluman Aktiviti Kayuhan Basikal Bulanan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami di bawah nama Kelantan Critical Mass (KCM) telah melakukan aktiviti kayuhan basikal secara berkumpulan pada hari Jumaat terakhir setiap hujung bulan. Aktiviti ini secara rasminya dilakukan di Kelantan bermula pada tanggal 29 April 2011.

3. Kelantan Critical Mass merupakan platform kepada gabungan diantara banyak kumpulan kecil kelab basikal diserata negeri Kelantan, yang mana menjadikan facebook sebagai medium utama sebagai lapangan untuk berbincang dan menganjurkan aktiviti kayuhan basikal bulanan ini.

4. Setelah beberapa kali aktiviti ini dilakukan, ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul walaupun pada hakikatnya aktiviti ini dianjurkan secara maya, non-hierarki, konsensus dan saksama.

5. Dengan rasa rendah hatinya, saya memaklumkan aktiviti bebas ini kepada pihak tuan dan dalam masa yang sama meminta kerjasama baik dari pihak tuan untuk acara bulanan ini. Semoga dengan kerjasama semua pihak dapat melancarkan aktiviti sihat ini.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar;

................................................................

(Muhammad Firdaus)

s.k

Timbalan Ketua Polis Kelantan

No comments: