KERTAS KERJA
PERAYAAN MASSA KRITIKAL
NEGERI KELANTAN
Anjuran:
KOMUNITI PENGGUNA BASIKAL & KENDERAAN ALTERNATIF KELANTAN
Lokasi:
HADAPAN KOLEJ MASTERSKILL (TESCO), KOTA BHARU KELANTAN
Tarikh:
HARI JUMAAT TERAKHIR SETIAP BULAN
1.0 PENDAHULUAN
Critical Mass atau dalam bahasa melayu disebut Massa Kritikal adalah satu acara perayaan yang kebiasaannya diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan di lebih 300 bandar-bandar di seluruh dunia. Beberapa bandar utama di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Seremban, Kuala Terengganu dan Kuantan juga turut merayakan aktiviti ini yang mana masyarakat setempat sudah dapat menerima mesej yang ingin disampaikan melalui aktiviti Massa Kritikal ini.
Perayaan ini diasaskan pada tahun 1992 di San Francisco pada tanggal 29 April 2011 ia wujud di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Tujuan perayaan ini adalah bukan untuk meniru budaya asing yang selalunya dilihat sebagai sesuatu yang negatif tetapi bertujuan untuk membawa sesuatu yang baik kepada masyarakat.
Massa Kritikal biasanya tidak berorganisasi, ia terbentuk di atas keprihatinan beberapa individu yang melihat kenderaan yang digerakkan menggunakan kuasa petroleum khususnya mencemarkan alam sekitar dan ingin melihat dunia ini lebih indah tanpa sebarang bentuk pencemaran mahupun ancaman.
Ia disambut oleh semua pengguna kenderaan alternatif tidak berenjin tanpa mengira kaum, bangsa, agama mahupun usia. Partisipan juga hadir atas sebab – sebab yang berbeza namun disatukan melalui sambutan perayaan ini. Perayaan ini tidak menetapkan laluan khusus kerana ianya bebas untuk melalui mana – mana jalan dan di dalam satu kelompok yang besar.
Bagi sesetengah acara berskala yang lebih besar seperti di Budapest, Hungary, wujud kumpulan khas yang terbentuk di sekelilingnya, menganjurkan dan menyampaikan kehendak serta masalah yang penunggang basikal dan pengguna kenderaan alternatif yang lain hadapi kepada pihak berwajib.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengeratkan hubungan antara penunggang basikal, beca, pengguna papan luncur, pengguna kasut beroda dan pelbagai lagi jenis kenderaan alternatif dengan pengguna jalanraya yang lain.
2.2 Mewujudkan komuniti yang cakna tentang isu alam sekitar seperti pemanasan global yang mana 80% berpunca daripada pembebasan haba daripada kenderaan berenjin.
2.3 Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara penyambutnya serta sifat berdikari dalam diri penyambutnya sesuai dengan konsep perayaan ini iaitu tidak berorganisasi atau berstruktur.
2.4 Mengajar masyarakat sekeliling untuk menggunakan kuasa manusia itu sendiri tanpa bergantung kepada sumber tenaga seperti petroleum dan elektrik yang saban hari semakin meningkat harganya.
2.5 Memupuk budaya berjimat dengan tidak membeli petroleum yang dilihat agak mahal kepada golongan yang kurang berkemampuan.
2.6 Mengajak masyarakat sekeliling untuk beriadah secara sihat.
2.7 Mengajar penyambutnya untuk menjadi kreatif dengan menggunakan apa jua kemahiran yang ada untuk memeriahkan perayaan ini.
2.8 Boleh dijadikan medium perantara masyarakat dengan pihak berkuasa dalam mencari jalan penyelesaian masalah sejagat.
2.9 Mengurangkan budaya merempit dan lumba haram yang dilihat menular ke dalam masyarakat.
2.10 Menyedarkan pengguna jalanraya yang lain supaya sedar bahawa basikal dan juga kenderaan alternatif lain mempunyai hak yang sama rata seperti pengguna jalanraya yang lain.
3.0 PENGANJUR / ORGANISASI
Perayaan ini tiada penganjur, sama konsepnya sepertimana sambutan Hari Krismas, Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kebangsaan mahupun perayaan – perayaan lain yang mana seluruh dunia merainya perayaan Massa Kritikal ini.
Cumanya, sebagai medium perantara untuk berbahagi maklumat mengenai Massa Kritikal ini, sebuah platform di facebook atas nama Kelantan Critical Mass dibina untuk orang ramai berkongsi segala maklumat mengenai aktiviti Massa Kritikal di negeri Kelantan ini.
Tidak ada organisasi khusus di Kelantan Critical Mass. Yang ada cumalah beberapa orang volunteer yang sanggup melakukan kerja-kerja seperti mencipta flyers, peta, leaflet dan sebagainya atas inisiatif sendiri.
4.0 TARIKH, TEMPAT DAN TENTATIF SAMBUTAN
4.1 Tarikh : Setiap hari Jumaat terakhir setiap bulan.
4.2 Tempat : Hadapan Kolej Masterskill (TESCO) Kota Bharu.
4.3 Jadual :
Masa
|
Perkara
|
Catatan
|
9.00pm
|
Komuniti berkumpul di tempat yang ditetapkan.
|
Tempat dan masa mungkin berubah mengikut kehendak semasa.
|
9.30pm
|
Sesi penerangan dan penyebaran peta laluan dan juga risalah – risalah yang berkaitan.
|
Penerangan & pembahagian risalah atas inisiatif masing – masing.
|
10.00pm
|
Acara dimulakan.
| |
11.30pm
|
Acara tamat
|
Tempat penamat mungkin berbeza – beza.
|
5.0 SASARAN
Massa Kritikal Kelantan berharap mendapat sokongan dan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat yang mempunyai atau menggunakan apa jua bentuk kenderaan alternatif tidak berenjin. Selain itu, Massa Kritikal Kelantan juga berharap dengan sokongan daripada orang ramai secara menyeluruh akan member kesan yang baik untuk alam sekitar yang mana secara tidak langsung akan mempromosi budaya hidup sihat dikalangan masyarakat. Massa Kritikal Kelantan juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan bijak untuk sama - sama meraikan perayaan ini untuk kebaikan bersama.
6.0 PENUTUP
Pihak Massa Kritikal Kelantan berharap sambutan perayaan ini dilihat dari sudut pandangan yang positif dan tidak memandang enteng akan mesej yang hendak disampaikan oleh sambutan perayaan Massa Kritikal ini. Massa Kritikal Kelantan juga berharap perayaan ini dapat dijalankan seperti yang dirancangkan dan lancar bagi mencapai objektif – objektif yang dinyatakan di atas. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak tanpa mengira fahaman dan pegangan kerana bumi ini milik kita semua. Semoga ianya juga memberi manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan perayaan ini.
Disediakan Oleh,
.......................................
( )
Volunteer Kelantan Critical Mass
No comments:
Post a Comment