begitu lah hidup. setiap yang hidup pasti akan mati. itulah juga nasib yang diterima oleh penjara pudu. walaupun kematian penjara pudu mungkin sebab kerakusan manusia, aku tetap meratapi kematiannya dengan perasaan yang sangat sedih. ini kerana, fasa kehidupan aku mencatat detik detik bersamanya. tidak pernah aku menjadi penghuni penjara pudu. tapi pernah beberapa kali aku berkampung dihadapannya sambil menanti kawan-kawan yang ditahan keluar dari mulutnya. walaupun cuma seketika memori aku bersama penjara pudu, aku tetap merindui saat-saat tersebut. dan jauh disudut hati, aku sangat berharap agar kematianmu dinafikan sama sekali. aku akan merindui mu...
2 comments:
dhani,
pudu jail runtuh aku tak kisah sangat. kalau pudu raya aku marah..
akupun sedey gak..eloknya menteri yang sokong pudu jail diroboh itu patut dihumban kedalamnya...barulah dia tahu menghargai nilai sesuatu bangunan lama..
Post a Comment