05 May 2010

KEMBALI. :)

akhirnya, aku menulis kembali. setelah sekian lama tidak menulis di sini. ada beribu alasan kenapa aku sudah lama tidak menulis. tapi cukup dengan satu alasan sudah lah ye, aku malas menulis. itu je alasanya.titik.:). tapi malas aku bersebab. 2 sebab vitalnya ialah; pertama: aku kurang membaca. kedua: keadaan sekeliling aku yang tidak begitu dramatik.

ok. untuk sebab vital pertamanya aku jadi kurang membaca adalah kerana sebab vital kedua. dalam ayat yang lebih mudah, masa aku pack gila. siang kerja pukul 8 pagi sampai 5 petang. malam pulak aku jadi student dari pukul 8 mlm sampai pukul 11 mlm. itu life aku skang. menoton + padat = boring. aku cuma ada masa rehat pada hari minggu jek. hari minggu tu lah aku nak buat aktiviti life yang lain. nak bersosial dengan keluarga, bersosial dgn kawan-kawan, bersosial dengan rumah, bersosial dengan daun daun gugur dan rumput rumput panjang halaman rumah, bersosial dengan buku-buku politik/apolitik dan jugak bersosial dengan kereta. dan dalam masa 2 hari (minggu) aku tak mampu lakukan semua sosialisasi tersebut. aku terpaksa membuat pilihan dan terpaksa menerima kos lepas (guna istilah ekonomi sikit.ehehe). jadi, banyak benda yang aku terlepas sekarang. sangat banyak sebenarnya. dan aku terpaksa menghadapi keadaan ini untuk tempoh 2 tahun lagi, sehingga aku tamat pengajian (dimalam hari).

jadi, agak kukuh sebenarnya alasan kenapa aku sudah lama tidak menulis. hehe. ya, alasan tetap lah alasan.hehehe.:p

CEMBURU 1
terus terang saja aku cemburu bila membaca blog kawan-kawan yang sempat menulis panjang lebar. malah, yang menulis tidak panjang lebar jugak aku tetap cemburu. kerana apa? kerana aku tidak mampu berbuat demikian. titik.

BERTUNJANGKAN KETIDAKADILAN
kita sering disuap dengan fatwa-fatwa untuk kita berlaku adil. walhal, keadaan sekeling kita saja terang-terang keadilan diperkosa. dan kita tidak menafikan keadaan tersebut. kata lainnya, kita membenarkan pemerkosaan tersebut. ini hakikatnya. dan ianya telah menjadi sebahagian kehidupan kita. aku bekerja dalam industri sektor awam yang melarang keras keterlibatan kakitangannya dalam dunia politik kepartian (baca: kepembangkangan). hal ini diikat kuat dengan baiah a.k.a aku janji yang telah dilafazkan secara sedar mahupun tidak sedar oleh setiap penjawat awam. aku akur dengan keadaan ini. bonus buat aku sebenarnya yang berpolitikal view NON-PARTISAN. ya, tidak menyokong, tidak juga menentang mana-mana pihak. aku cuma menyokong kebenaran dan menentang kemunafikan oleh mana-mana parti sekali pun, parti riligus mahupun parti sekular. jadi, menjadi penjawat awam yang tidak terlibat dengan parti politik adalah tidak menjadi masalah kepada aku. cumanya, kenapa aku dan rakan-rakan penjawat awam yang lain diberi surat supaya wajib hadir ke ceramah politik anjuran pihak kerajaan? kenapa aku harus terlibat politik dalam keadaan ini walhal haram hukumnya untuk aku terlibat dalam dulian politik kepartian (baca: kepembangkangan ok. jangan lupa.)? jelaskan keadilan diperkosa di sini. dan pemerkosaan ini direlakan oleh kita semua.

CEMBURU 2
aku bekerja di bahagian support user. semua masalah komputer yang user hadapi, user akan cari aku. aku ulangi sekali lagi, semua masalah komputer yang user hadapi, user akan cari aku.tak perlulah aku senaraikan apa masalahnya. cukuplah aku wakilkan kepada perkataan : SEMUA. jadi, kerja seharian aku agak sibuk. perlu kesana kemari untuk selesaikan masalah yang timbul setiap hari. dari sekecil-kecil masalah (contoh: pc tak hidup sbb suiz tak on) sehinggalah kepada sebesar-besar masalah (contoh: pc meletup dan terbakar motherboard). tidak cuma itu kerja aku. disamping tu aku jugak kena jaga kerja-kerja filing untuk unit aku. tak cukup dengan jadi kerani fail, terbaru, aku kena jadi pencatit minit mesyuarat dan secara automatisnya aku kena buat minit mesyuarat. tu tak termasuk lagi kerja-kerja mengangkut dan membuang air dalam bekas dehumadifire. ya, aku memang cemburu sebenarnya dengan ofismate aku yang lain. mereka cuma buat satu kerja jek mengikut skop kerja mereka. kalau kerani fail tu, cuma jaga file jek. kalau pengawal, kena kawal keadaan kampus jek. kalau driver, cuma pandu transport jek. kalau operator, cuma main dgn telefon jek. dan aku memang cemburu dengan mereka. sangat cemburu sebenarnya.

KICKDAFELLA
alahai. menyampah aku dengar nama mamat ni sekarang. apatahlagi nak tulis. harrrrkkkhhhh tuih!!! (oooppsss. sorry...). bukan sekarang jek, dah lama dah sebenarnya, semenjak dia kena tamat kontrak kerja itu hari lagi.sejak aritu, dia mula menulis ntah apa-apa kat blog dia. dia nak jadi hero sebenarnya. dan yang lebih tepat lagi, dia kurang kasih sayang dari YB Husam dan jugak MB TGNA. dulu kickdafella ni orang kanan YB Husam. tapi dukacitanya beliau kerana YB Husam memilih untuk tidak bersama beliau dalam dunia politik. sejak itu, kickdafella menjadi gila talak. sejak itu bermulalah kerja-kerja memburukkan bekas majikannya beliau. sampaikan husam yang dulu bestfrennya pun dia bantai jugak. memang kesianlah kat brother ni. ah malas aku nak tulis pasal mamat ni. kenapa aku tiba-tiba tulis pasal dia ni ek? korang tahu kenapa aku tulisan pasal mamat ni? menyampah i nak tulis lagi! huh!~

KONFRANTASI
baca buku Ganyang Malaysia memang sangat bagus untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku antara malaysia dan indonesia. walaupun mungkin juga buku tersebut agak bias, tapi, untuk pemahaman basic mengenai KONFRANTASI MALAYSIA DAN INDONESIA, buku ganyang malaysia sangat bagus!


dah lah tu. aku behenti menulis dulu. chow

2 comments:

FastRi said...

beh gok baca bila lama dok baca

salju said...

part bertunjangkan ketidakadilan tu best...

dah baca buku berpetualang ke aceh ?

menyingkap semula hubungan rapat indonesia dengan malaysia melalui kerajaan kesultanan dulu kala....

mencari melalui perjalan rohani..

try check laman:

http://merahsilu.blogspot.com
http://berpetualangkeacheh.blogspot.com

gua dah jatuh chenta dengan buku2 dia...dia buat secara underground....tuh.. check it out! jom support khairil~baru nak berkenalan dengan blog..