31 May 2009

ZINE DOK ROCK SKEPING ABOK?
dalam kerakusan para pembida membida zine Hilang Punca #4 Mei 2003, kini muncul zine punk terbaru dari cikgu fazri. tak perlu bayar sampai rm50 untuk dapatkan zine DRSA #8 & 10 ini. anda cuma perlu membayar cuma rm5 untuk zine ini. sungguh!


























sila klik sini untuk maklumat lanjut mengenai zine ini.

27 May 2009

HENPON HIJAU PUTIH.
(bukan untuk ahli pas sahaja)

setelah sehari suntuh mentelaah produk-produk yang Sony Ericsson keluarkan. akhirnya gua buat keputusan untuk beli henpon hijau ni esok atau lusa. yang pasti, by lusa henpon hijau ni dah ada dalam genggaman tangan aku. sungguh!


GUA BUAT SAJAK?

gua ada baca sajak Minor Threat pipiyapong kat blog dia. dan tiba tiba gua pun teringat gua ada buat sajak jugak tahun 2006 dulu. dan gua cari cari cari cari cari. dan jumpa. giler punya sajak. geli pulak bila baca balik. haha. tapi publish kat e-sastera punya forum beb. gila rare! ahaks.:p.

lu nak baca sajak leleh gua tak? kalo nak baca, klik link kat bawah:

LEMAS : http://www.esastera.com/komuniti/message.asp?c=11&ID=5030

MUKJIZAT CINTA : http://www.esastera.com/komuniti/message.asp?c=11&ID=5032

SABDA CINTA : http://www.esastera.com/komuniti/message.asp?c=11&ID=5031

tapikan. kena sign in dulu baru boleh baca. nasib ah saper yang tak leh baca. haha! :p



26 May 2009

PAPAKERMA KEMBALI LAGI... (baca dgn tone: "tora datang lagi...")

setelah sekian lama kami (papakerma) berhibernasi. akhirnya kami akan kembali menganjurkan beberapa konsert kecil bersempena dengan kedatangan band kawan-kawan kitorang dari jepun. perancangan untuk acara ON THE ROAD untuk kali ke 6 ini sedang dijalankan. nanti semua dah finalize baru flyers akan dikeluarkan. kepada naga, nanti kita jumpa kat ON THE ROAD kl ok. jangan lupa pakai baju hitam! :)


senarai aturcara:

12/8 (Wednesday) - Studio Shop Space Welcoming Gig, Kuala Lumpur
13/8 (Thursday) - Embrace Hall, Johor Bharu
14/8 (Friday) - Crawlspace @ Straits Records, Singapore
15/8 (Saturday) - Noisy Studio, Kuala Lumpur
16/8 (Sunday) - Sightseeing in KL



RAIS YATIM MEMANG SANGAT UMNO!
rais yatim dah mula dah! rais yatim cuba nak panjangkan ketidakterbukaan minda rakyat malaysia ke atas Parti Komunis Malaya. rais yatim cuba nak panjangkan prejudis rakyat malaysia ke atas PKM. rais yatim cuba nak panjangkan komunisme-fobia. rais yatim cuba nak sekat kebebasan maklumat mengenai PKM yang sedang kita nikmati sekarang. rais yatim memang sangat UMNO!


klik sini

25 May 2009

KISAH DUA MINGGU
seminggu minggu lepas aku langsung tak masuk opis. aku cuti sakit. bukan sakit apa pun, demam jek. demam campak. apa kes dah tua bangka baru nak kena campak? tapi aku masih ingat beb, masa kecik memang aku dah kena campak. ntah macam mana aku boleh kena campak untuk kali kedua. nasib baik kena campak. kalo kena denggi cane? doktor dah saspek denggi tu. nasib baik bila check darah, negatif denggi. fuh... nasib baik. nasib baik demam campak jek. kalo influenza h1n1 cane? apapun, disebabkan kena campak, seminggu aku melepak kat umah. best gak. tak payah dok fikir pasal kerja kerja kat opis. hehe. :).

itu cerita minggu lepas. cerita dua minggu lepas apa cerita?

hari jumaat 2 minggu lepas kawan-kawan sol-jah menjejakkan kaki ke bumi kelantan. aku antara 4 orang pemandu yang pergi jemput diorang kat stesen keretapi kat wakaf baru. masa memula jumpa diorang, dah abis salam dgn semua sol-jah, naga dan vovin berebut rebut nak naik kete aku. pipi pun nak naik kete aku jugak. tapi aku tak kasi. aku suh pipi naik kete jera.haha. ok ok. aku tak nak citer banyak lah pasal program BEKWOH MASKARA SHORTIES kat kb ni. tak ada apa yang menarik pun aku nak cerita. cerita yang tak menarik pun kalau boleh aku tak nak cerita. tapi aku cerita sikit lah ek.;P.

cuma aku boleh cakap, banyak kepincangan yang organizer buat untuk acara ni. aku harap organizer dapat belajar dari kesilapan ni dan dapat improve untuk masa akan datang. ya memang betul organizer kawan aku. tapi aku malas nak ambik port sangat since organizer langsung tak berhubung dgn aku untuk berbicara mengenai event ni. aku cuma dapat call dari kawan organizer sehari sebelum acara berlangsung. masa tu baru aku tahu apa masalah sebenar yang berlaku. dan apa respon aku? NOTHING and SMILE.:)

cumanya, aku tolong serba sedikit yang mana aku boleh tolong lah.tolong as a friend, not as organizer.dan perkara terbesar yang aku tolong untuk event ni adalah aku tolong BELI AIR COKE 2 BOTOL BESERTA AIR BATU DAN KEREPEK untuk geng-geng sol-jah menjamu selera sebelum berangkat ke stesen wakaf baru untuk pulang.hehe.:p. naga teks aku cakap tok rimau haus. nak aku coke dgn ais. dan aku pergi penuhi permintaan tok rimau tu. dari nilam puri ke kb untuk hantar air coke kepada sol-jah. lebih kurang 8 km jugak lah nilam puri dgn kb tu. cukup besar tak pertolongan aku ni? huhu. :p




p/s: terima kasih kepada Abang Naga sebab kasi baju sol-jah secara percuma. adakah aku sorang jek yang memiliki baju sol-jah kat kelantan ni? (soalan riak). haha.:p

14 May 2009

PERAK. PERAK. PERAK. HUH!
boring dah gua dengan kes kat Perak tu. projek apa lah yang sebenarnya yang BN nak sangat kat perak tu. projek buat airport ke? ke projek apa? sampai macam tu skali lah diorang (BN) nak kan Perak.

tak payah nak tunggu keputusan mahkamah lah abang jib. bubar jek dewan. buat pilihan raya.jangan mulut jek cakap berani. tapi tindakan tarak! huh!


--------
klik sini

11 May 2009

hari sabtu malam tanggal 9.5.09, kami makan kek kuning, satay dan ayam goreng tepung bersempena hari istimewa mak kami.



06 May 2009

ini bukan kat KL. bukan jugak kat PERAK. kat Penanti pun bukan.
ini kat GELANGGANG SENI,
KOTA BHARU, KELANTAN.

diulangi,

ini kat GELANGGANG SENI, KOTA BHARU, KELANTAN.




MAT REMPIT : SEBUAH BUDAYA PERLAWANAN
tidak semua mat rempit adalah jahat, seperti mana yang dilaporkan media.

mari kita melihat budaya merempit dari sudut berlawanan dari apa yang kita telah dimomok setiap hari oleh saluran media utama arus perdana.

pertama-tamanya, mat rempit adalah sebuah keadaan subversif yang senantiasa melawan hukum hukum yang dicipta kerajaan. oleh kerana tidak pernah seiring dengan kerajaan, maka mereka dicemuh setiap hari. hakikat yang sebenarnya, orang muda seperti mat rempit inilah yang kerajaan geruni kerana orang muda seperti inilah yang akan membuat kerajaan tidak senang duduk. harus diingat, orang mudalah yang akan membuat perubahan pada tampuk pemerintahan.dan mat rempit adalah anak muda subversif. bahaya!

kedua. semangat berkelompok yang dianjurkan geng mat rempit bisa mengamcam keselamatan negara. bukan mengancam keselamatan negara sebenarnya, tetapi mengancam pemerintah negara. semangat bekerjasama secara berkumpulan jika diterapkan dalam skala yang besar akan menjadikan kumpulan tersebut semakin kuat. dan berada dalam kumpulan besar yang tidak menghiraukan undang-undang yang kerajaan cipta adalah sesuatu yang sangat merbahaya. lebih merbahaya sekiranya kumpulan besar ini akan melawan kerajaan secara total.

ketiga. tiada lagi perasaan takut kepada polis adalah perkara yang sangat membimbangkan pemerintah. kerajaan negara kita memerintah dengan cara menanam ketakutan dalam diri kita. pihak polis adalah senjata utama kerajaan. tidak takut pada polis berarti tidak takut pada kerajaan. dan mat rempit membuktikan keadaan ini bilamana mereka langsung tidak mempedulikan kewujudan polis. polis buat sekatan jalan raya nak tangkap mereka, dengan polis-polis mereka langgar. bukan undang-undang jek mereka langgar. dan keadaan ini sangat merbahaya!

ok dah. cukuplah dulu dengan tiga point ni. nanti ada masa aku tulis lagi pasal mat rempit ni. chow.


nota kaki: baca lebih detail pasal mat rempit kat sini

03 May 2009

BLOG : Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam
agak lambat aku tahu kewujudan blog Kampung Perdamaian Sukhirin. apa pun, aku harus berkongsi kewujudan blog ini bersama korang semua. kerana apa yang terdapat di blog Kampung Perdamaian Sukhirin tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah ciptaan kerajaan Barisan Nasional. jadi, sila melawat blog Kampung Perdamaian Sukhirin di sini : http://matamin.blogspot.com