MAT REMPIT : SEBUAH BUDAYA PERLAWANAN
tidak semua mat rempit adalah jahat, seperti mana yang dilaporkan media.
mari kita melihat budaya merempit dari sudut berlawanan dari apa yang kita telah dimomok setiap hari oleh saluran media utama arus perdana.
pertama-tamanya, mat rempit adalah sebuah keadaan subversif yang senantiasa melawan hukum hukum yang dicipta kerajaan. oleh kerana tidak pernah seiring dengan kerajaan, maka mereka dicemuh setiap hari. hakikat yang sebenarnya, orang muda seperti mat rempit inilah yang kerajaan geruni kerana orang muda seperti inilah yang akan membuat kerajaan tidak senang duduk. harus diingat, orang mudalah yang akan membuat perubahan pada tampuk pemerintahan.dan mat rempit adalah anak muda subversif. bahaya!
kedua. semangat berkelompok yang dianjurkan geng mat rempit bisa mengamcam keselamatan negara. bukan mengancam keselamatan negara sebenarnya, tetapi mengancam pemerintah negara. semangat bekerjasama secara berkumpulan jika diterapkan dalam skala yang besar akan menjadikan kumpulan tersebut semakin kuat. dan berada dalam kumpulan besar yang tidak menghiraukan undang-undang yang kerajaan cipta adalah sesuatu yang sangat merbahaya. lebih merbahaya sekiranya kumpulan besar ini akan melawan kerajaan secara total.
ketiga. tiada lagi perasaan takut kepada polis adalah perkara yang sangat membimbangkan pemerintah. kerajaan negara kita memerintah dengan cara menanam ketakutan dalam diri kita. pihak polis adalah senjata utama kerajaan. tidak takut pada polis berarti tidak takut pada kerajaan. dan mat rempit membuktikan keadaan ini bilamana mereka langsung tidak mempedulikan kewujudan polis. polis buat sekatan jalan raya nak tangkap mereka, dengan polis-polis mereka langgar. bukan undang-undang jek mereka langgar. dan keadaan ini sangat merbahaya!
ok dah. cukuplah dulu dengan tiga point ni. nanti ada masa aku tulis lagi pasal mat rempit ni. chow.
nota kaki: baca lebih detail pasal mat rempit kat sini

No comments:
Post a Comment