15 May 2008

Tak Pernah Mengalah.
tahun lepas, aku apply utk sambung belajar. dukacita keputusannya aku gagal untuk ke peringkat pengajian seterusnya. aku tak pasti atas sebab apa. kata pihak yang membuat proses pengambilan, borang yang aku hantar tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang di minta. aku jadi pelik. kerana, aku yakin dan pasti borang yang aku hantar tersebut lengkap dengan semua dokumen-dokumen yang diminta. aku jadi mushkil. adakah berlaku perkara-perkara sabotaj? aku tak ambil pusing. belum rezeki aku agaknya. aku pujuk hatiku. awal tahun ni, sekali lagi aku mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran. pasrah dengan apa jua keputusan. yang pasti, aku tak mudah mengalah. cuba dan cuba lagi. semalam, keputusan permohonan keluar. aku dengan tenang hati menyemak keputusan. dapat tak dapat aku dah tak kisah lagi. aku mengharap aku layak, tapi harapannya tidak sepertimana tahun lepas. apa pun, dengan tenang, aku memasukkan nombor kad pengenalan di website menyemak keputusan, dan ALHAMDULILLAH, aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke program yang aku mintak. aku tersenyum riang. fikiran mula melayang kepada (bakal) isteri dan keluarga. "ini hadiah untuk mereka", getus hatiku. aku tersenyum syukur.:). tahun lepas aku gagal. dan tahun ini aku berjaya. tahun lepas aku belum berkahwin. dan tahun ini aku (akan) berkahwin. jadi, aku simpulkan, tawaran melanjutkan pelajaran ini merupakan rezeki perkahwinan kami. dan ini hadiah perkahwinan tersirat dari aku buat isteri aku. :)



No comments: