minggu lepas, pada pagi 22 May 2008, aku baca satu berita di Malaysiakini yang bertajuk "Umno: Ezam sahkan minggu depan". dalam berita tersebut ada mengupas cerita mengenai desas desus yang mengatakan saudara Ezam akan kembali menyertai Umno. dan dalam berita tersebut menerangkan bahawasanya Ezam akan membuat kenyataannya mengenai perkara ini sekembalinya beliau dari luar negara nanti. kata Ezam, hari Selasa minggu ini dia akan kembali ke Malaysia. maksudnya, pada minggu ini beliau akan membuat kenyataan rasminya.
dalam tidak percaya bahawa Ezam akan kembali menyertai Umno, hati kecil berasa tidak selesa dengan perkara tersebut. benarkah Ezam akan masuk Umno? pada sebelah malam 22 May 2008, aku mengutus satu sms kepada Ezam yang berbunyi:
"assalamualaikum bang. apa kabar? :). straight to da point ya. saya harap cerita mengenai abang akan kembali menyertai umno adalah TIDAK BENAR. dan semoga abang terus berjuang dengan GERAK. amin..."
walaupun aku tahu Ezam berada di luar negara, dan mungkin tidak akan menerima sms yang aku kirim, tapi aku tetap kirim. sekadar menyedapkan hati yang gundah.
ada beberapa kawan aku sms aku bertanyakan kabar mengenai perkara ini kepada aku. dan aku cuma jawab, ianya mungkin gosip murahan politik. dalam masa yang sama, aku bertanyakan kesahihan berita ini dengan kawan-kawan aku yang boleh dipercayai sumbernya.dan mereka berkata, berita Ezam masuk Umno semula bukan lagi gosip, tetapi kenyataan. walaupun mendapat berita dari sumber yang boleh dipercayai, aku masih tetap cool. dan masih menunggu jawapan yang pasti dari mulut Ezam sendiri.
subuh pagi tadi, 26 May 2008, aku membaca sms dari Ezam yang di utus pada jam 2 pagi.
"salam.. saya kena kotakan janji kalau BPR bebas mesti sedia bantu.. jesteru saya masuk untuk terus lawan.. tk. wslm." - Ezam
sms ringkas tersebut sedikit mengecewakan aku. apapun, aku tetap di sini.

No comments:
Post a Comment