MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN ZINE.
episod satu.
dah kurang membaca. dah jarang menulis. dan jarang berfikir tentang politik. dan jarang berpolitik. ini keadaan aku sekarang. keadaan aku di kelantan. sangat berbeza dengan keadaan ketikamana aku di kuala lumpur.sangat berbeza.
episod dua.
baru baru ni aku dapat 2 zine baru yang kawan-kawan aku buat. satu zine dari johor yang aku beli. dan satu lagi zine dari sabah yang aku dapat secara percuma. ini pertama kali aku sentuh zine dalam tahun 2008.
episod tiga.
minggu lepas, aku pergi kl. jumpa kawan-kawan lama kat tempat gig. aku tak masuk gig tu. aku cuma lepak luar. ramai kawan-kawan terkejut jumpa aku kat gig. terkejut sebab dah lama tak jumpa aku kat gig. keadaan kat gig masih macam biasa. masih punk rock. masih ramai yang menngenakan pakaian hitam pada hari tersebut.tapi aku tak pakai baju warna kelabu. warna kelabu kelihatan sedikit tidak punk rock. tapi, apa ada pada pakaian? punk in my blood la beb!
episod empat.
rindu. aku rindukan zaman kegemilangan zine seperti di era awal 90-an. pada zaman tu, kalau seratus orang ada kat gig tu, hampir 80 orang yang buat zine masing-masing. aku tidak terkecuali. berikut merupakan zine yang aku hasilkan: Sebutir Bintang Merah (politikal punk). Abstained Agogo(politikal punk). Roti Dan Ros (anarko punk). Epitome Of My Life (emo). Forget My Name (emo).
episod lima.
dulu, aku lebih dikenali sebagai Dhani Sebutir Bintang Merah. ini kerana, aku adalah orang yang mengeluarkan zine Sebutir Bintang Merah yang berjaya dikeluarkan sehingga tiga issue. di atas faktor keselamatan, aku hentikan penerbitan Sebutir Bintang Merah buat seketika, yang kemudiannya aku menghasilkan zine-zine yang berlaian nama.
episod enam.
niat asal aku untuk menghentikan pengerbitan Sebutir Bintang Merah buat seketika adalah gagal. kerana, setelah bertahun-tahun masa berlalu, zine Sebutir Bintang Merah tetap tidak diterbitkan dengan issue baru. ternyata niat asal aku gagal.
episod tujuh.
bukan cuma aku gagal. tapi ramai yang gagal menerbitkan zine mereka. sehinggakan kewujudan zine dalam komuniti punk hampir pupus sama sekali. namun, masih ada yang gagah berusaha untuk meyambung-nyawa zine-zine mereka agar dunia punk di malaysia ini tidak kepupusan zine.
setelah membaca dua zine pada tahun ini, terlintas di fikiran aku untuk menerbitkan semula Sebutir Bintang Merah. aku tak nak tulis pasal personal stuff dalam zine aku ni. aku nak tulis pasal politik punk. dan aku bercadang nak buat kupasan mengenai punk dan kesan sampingannya pada masyarakat. soalan yang aku nak masyarakat jawab adalah:
apa yang anda faham / tahu mengenai punk ?
No comments:
Post a Comment