23 March 2008

KETIDAKSEPAKATAN DALAM UMNO MENONJOLKAN KEBODOHAN
makin meluat pulak aku tengok perangai geng geng umno dalam memilih calon menteri besar ni. kebodohan dah pun berlaku dalam memilih MB Perlis. sekarang kebodohan berterusan dalam memilih MB Terengganu pulak. dan yang sangat bodoh adalah, sekiranya calon MB Terengganu pilihan pihak istana tu menerima perlantikan beliau sebagai MB Terengganu, maka keahlian umno beliau akan terlucut kerana mengengkari arahan Umno Malaysia (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). dah lah itu hari Pak Lah dah tunjuk "taring" dalam perlantikan MB Perlis yang sememangnya berlawanan dengan kehendak Raja. dan sekali lagi Pak Lah menggunakan kuasanya untuk menafikan keputusan Raja dalam melantik MB. sekarang ni aku nak tanya, SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BERKUASA DALAM MELANTIK MENTERI BESAR? dan satu soalan lagi, SIAPAKAH RAJA KAT MALAYSIA NI SEBENARNYA?

No comments: