30 August 2007




28 August 2007

Nisfu Shaaban
hari ni, banyak orang puasa, sebab hari nisfu shaaban. semalam, banyak orang baca surah Yasin sebab nisfu shaaban. masjid kat sebelah rumah aku juga tak ketinggalan menganjurkan majlis bacaan surah Yasin berjemaah. aku tidak ketinggalan membacanya. [saje nak beritau yang aku baca gak.. hehehe.;p]. sebelum mula membaca Yasin, imam tu ada bagi speach 2-3 patah. dia cakap, selalunya malam ni orang baca Yasin sebanyak 3 kali, dengan 3 niat. bacaan pertama diniat agar panjang umur. bacaan kedua diniat agar murah rezeki. bacaan ketiga diniat agar tetapkan iman. tapi tok imam tu cakap, "malam ni saya nak buat pelik sikit. selalunya orang baca yasin 3 kali. tapi saya nak baca sekali jek. baca sekali je dengan niat sekaligus ketiga-tiga niat tersebut. dan saya nak tambah satu lagi niat, iaitu: KEKALKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN YANG SEDIA ADA". aku tersenyum bila mendengar ayat tersebut.:)

19 August 2007

hembusan udara sejuk dari corong aircond membelai kulit. sejuk. otak mentafsir apa yang kulit rasa. tidak terlalu sejuk sebenarnya, menyebabkan aku tidak bertindak untuk mematikan aircond tersebut, mahupun untuk memakai baju sejuk. fikiran tidak henti-henti memikirkan tentang hidup. tentang kekasih. tentang kerja. tentang kekasih. tentang kereta. tentang kekasih. tentang projek yang belum disiapkan. tentang kekasih. tentang kekasih. tentang kekasih. dan tentang kekasih. rindu! aku mencapai handphone lalu menelefon kekasih. panggilan dijawab agak lambar, dengan suara sayup-sayup kedengaran dan tersekat-sekat. suara bangun tidur. pasti. perasaan rindu ingin mendengar suaranya bertukar menjadi rasa bersalah. bersalah kerana mengganggu dia tidur. aku melihat pada jam yang tergantung di dinding. baru jam 9 malam. masih awal bagi aku untuk tidur. perasaan ingin berbual panjang melalui talian telefon terbantut. aku memendekkan bual bicara. dengan lafaz: gud nite sayang... muahs!

16 August 2007

JUDUL LAGU: Sandaran Hati
ARTIS: Letto
DEDIKASI:
"saya nak tujukan lagu ni kepada tunang saya,
G, yang kini berada di Nilam Puri, dengan ucapan,
I LOVE U SO MUCH~ :)"



JUDUL LAGU: Sebelum Cahaya

11 August 2007

"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka kehidupan" - Kahlil Gibran

01 August 2007




http://www.fnbkl.cjb.net/ <------ see more detail here.:)