hembusan udara sejuk dari corong aircond membelai kulit. sejuk. otak mentafsir apa yang kulit rasa. tidak terlalu sejuk sebenarnya, menyebabkan aku tidak bertindak untuk mematikan aircond tersebut, mahupun untuk memakai baju sejuk. fikiran tidak henti-henti memikirkan tentang hidup. tentang kekasih. tentang kerja. tentang kekasih. tentang kereta. tentang kekasih. tentang projek yang belum disiapkan. tentang kekasih. tentang kekasih. tentang kekasih. dan tentang kekasih. rindu! aku mencapai handphone lalu menelefon kekasih. panggilan dijawab agak lambar, dengan suara sayup-sayup kedengaran dan tersekat-sekat. suara bangun tidur. pasti. perasaan rindu ingin mendengar suaranya bertukar menjadi rasa bersalah. bersalah kerana mengganggu dia tidur. aku melihat pada jam yang tergantung di dinding. baru jam 9 malam. masih awal bagi aku untuk tidur. perasaan ingin berbual panjang melalui talian telefon terbantut. aku memendekkan bual bicara. dengan lafaz: gud nite sayang... muahs!
No comments:
Post a Comment