14 November 2007

KETERBUKAAN MELAWAN KETIDAKTERBUKAAN.
langit terbuka luas. seluas luasnya. tidak ada sekatan untuk kita menjejak langit. pergilah ke langit, dan berjalanlah di sana, sebebas bebasnya. sebebasnya tanpa ada sekatan apa pun. ya, itu di langit. sangat kontradik sekali keadaanya bumi, yang penuh sekatan.

aku salah seorang mangsa sekatan. tentu sekali sekatan dari pemerintah yang aku maksudkan. terlalu banyak sekatan yang diwujudkan. sampai pergerakan jadi tak bebas sama sekali. seolah ada saja tangan pemerintah yang mengontrol setiap gerak geri aku.

sudahnya hidup di negara sendiri tak punya kebebasan, aku cuba untuk lari dari keadaan tersebut. dasar tertutup yang diapply pemerintah aku mahu buang jauh-jauh dari kelompok kecil keluarga aku. aku tak mahu jadi tertutup, aku mahu jadi sebaliknya. terbuka.

memangnya suami itu pemimpin keluarga. dan memang tidak mudah untuk menjadi pemimpin yang terbuka sifatnya. tapi aku cuba. itu yang aku mahukan untuk keluarga aku. dan pastinya aku perlukan isteri yang juga bersetuju dengan aku. yang bersetuju dengan keterbukaan yang cuba dibangunkan dalam kehidupan. ya, pastinya isteri aku juga harus terbuka. untungnya aku, dianugerahkan isteri yang terbuka sikapnya. opppsss! bakal isteri maksud aku.:). syukur kehadrat Ilahi untuk anugerah yang tak ternilai ini.

jika aku sikapnya terbuka, isteri aku juga terbuka, kami saling memahami. seharusnya keadaan jadi sangat indah. tapi, ego dalam diri aku ini masih tebal. sehinggakan sikap ke-ego-an kadang-kadang menutup keterbukaan yang aku amalkan. aku akui, aku masih lemah dalam mememimpin. masih juga lemah menguruskan ego diri. tapi aku akan cuba dan terus mencuba, untuk menjadikan diri dan keluarga aku sebuah keluarga yang autonomi bukan autoritarian. aku, tak mampu lakukan semua ini seorang diri, ya, aku perlukan sokongan isteri. yang senantiasa mengingatkan aku disaat aku leka melayan ego diri. hidup bersama untuk kepuasan bersama, bukan kepuasan diri sendiri. i need you. and i love you sayang.muahs!

No comments: