10 TAHUN : REVIEW
dah lama aku nak tulis review aku pasal cerita doku 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA [10TSM]. masa 1st time tengok 10TSM lagi aku dah terniat nak tulis review, tapi tak punya kesempatan. dan sekarang, setelah 3 kali aku tengok cerita ni, aku nekad mencuri waktu untuk review serba sedikit tentangnya.
10TSM, sebuah filem doku yang hebat. baik dari faktor kualiti gambarnya, muzik mahupun jalan ceritanya, semuanya tergabung dengan sungguh cantik. ternyata pengarahnya tidak mengambil masa yang singkat untuk menghasilkan filem yang cantik ini. meskipun ianya sebuah produk D.I.Y, namun, kualitinya sangat diluar jangkaan. masa aku tengok filem ni, kadang-kadang aku rasa macam tengok dokumentari filem kat channel Astro pulak.
dalam filem ni, selain konteknya, aku paling suka cara diorang [pengarah+krew filem] ni ambik gambar. sangat abstrak dan cantik! masa aku lepak dengan pengarah filem ni tempoh hari, terbuku satu soalan yang tak terluah dalam dada aku "kau guna berapa kamera ek?". tapi daripada pengamatan aku, lebih satu kamera digunakan.
konten dan jalan ceritanya seperti judul filem tersebut, iaitu satu pendedahan sebenar perkara yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka. keadaan kesedaran rakyat yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada British. pendedahan ini diceritakan semula oleh 5 orang tokoh utama yang terdiri daripada Lim Kean Chye, Yahya Nassim, Zainuddin Andika, Majid Salleh dan Hashim Said. dan kelima-lima mereka ini adalah para pemimpin parti kiri yang wujud pada waktu itu. paling dibanggakan, kesemua mereka ini dapat bercerita dengan baik, dan mereka semua berumur lewat 80-an. penerangan yang mereka utarakan sangat jelas. dibantu pula dengan sarikata bagi setiap bait-bait perkataan yang disebut. penerangan mereka diselang-seli dengan adunan muzik-muzik yang rancak yang bisa membuat kaki aku akan berdetak setiap kali mendengar muzik. kebanyakan muziknya adalah daripada band-band punk rock. muzik yang politikal dan sangat bersemangat!
filem dokumentari yang memakan masa 35 minit ini ada membuat perbandingan antara Perlembangaan Federasi dengan Perlembagaan Rakyat. Perlembagaan Federasi dikeluarkan oleh parti kanan, dan Perlembangaan Rakyat dikeluarkan oleh parti kiri. alangkah beruntungnya kita sekiranya Perlembagaan Rakyat diterima oleh pihak British. aku ulangi, alangkah beruntungnya kita sekiranya Perlembagaan Rakyat diterima oleh pihak British. kenapa aku kata begini? nah! tontonlah filem ini dan dapatkan jawapannya.
masa aku tengok filem ni buat kali ketiga, aku tengok dengan ayah aku. ayah aku yang lahir pada tahun 1939 dan pada tahu 1947 ayah aku masih kecil, dan tak sempat mengingati apa yang berlaku pada tahun tersebut. masa selesai tengok filem ni, ayah aku berkata "patut bagi hadiah kat *orang-orang ni"
*orang-orang = pejuang kiri.

No comments:
Post a Comment