memang murah. tapi kalo nak harga tiket rm40, booking hari ni, tahun depan baru dapat pergi Jakarta. :P. apapun, aku tertarik dengan iklan tersebut. terlintas untuk aku log on ke website airasia untuk melihat informasi detail tentang iklan tersebut. tapi sekarang aku di kampung. tak ada access internet. jadi, aku hantar sms kepada fad dan toni mintak diorang login website airasia cek tiket murah ke Jakarta, dalam masa yang sama aku ajak diorang pergi ke Jakarta bersama-sama hujung tahun ni. Toni reply sms, cakap dia tak dapat pergi sebab hujung tahun ni dia nak pergi Mekah. Fad juga reply sms. Fad cakap nak pergi. Fad suruh aku booking tiket. tapi aku tak ada kad kredit nak beli tiket. Fad pun tak ada kad kredit jugak. jadi, fad ajak Zafirah yang ada kad kredit.hehe. zafirah stuju nak pergi bersama. jadi, zafirah booking/beli tiket untuk kami semua. selama seminggu, bermula 5.9.06, faisal+fad+zafirah akan berada di Jakarta. kepada Kak Dete, Hanny, Eva, Erin E.L.I, Sayap Imaji, Ibu Novianni, Rama Wirawan dan rakan-rakan di sana, tunggu aku di Jakarta. :) 26 April 2006
memang murah. tapi kalo nak harga tiket rm40, booking hari ni, tahun depan baru dapat pergi Jakarta. :P. apapun, aku tertarik dengan iklan tersebut. terlintas untuk aku log on ke website airasia untuk melihat informasi detail tentang iklan tersebut. tapi sekarang aku di kampung. tak ada access internet. jadi, aku hantar sms kepada fad dan toni mintak diorang login website airasia cek tiket murah ke Jakarta, dalam masa yang sama aku ajak diorang pergi ke Jakarta bersama-sama hujung tahun ni. Toni reply sms, cakap dia tak dapat pergi sebab hujung tahun ni dia nak pergi Mekah. Fad juga reply sms. Fad cakap nak pergi. Fad suruh aku booking tiket. tapi aku tak ada kad kredit nak beli tiket. Fad pun tak ada kad kredit jugak. jadi, fad ajak Zafirah yang ada kad kredit.hehe. zafirah stuju nak pergi bersama. jadi, zafirah booking/beli tiket untuk kami semua. selama seminggu, bermula 5.9.06, faisal+fad+zafirah akan berada di Jakarta. kepada Kak Dete, Hanny, Eva, Erin E.L.I, Sayap Imaji, Ibu Novianni, Rama Wirawan dan rakan-rakan di sana, tunggu aku di Jakarta. :) 15 April 2006
12 April 2006
Utusan Dari Taman Bayu.
Aku bukan insan pilihan
Aku punya nafsu dan perasaan
Yang sering melaku kesalahan
Dan selalu berbuat kejahatan
Aku lemas dalam kenikmatan
Dalam mencari kesempurnaan
Di dunia hedonisma
Yang tak punya batasan
Aku yang kelemasan
Terpedaya dengan para syaitan
Yang memimpin ke neraka jahanam
Yang tersedia segala kepedihan
Hidup adalah kematian
Lapangan mahsyar diwujudkan
Untuk dihisab segala amalan
Dua hukuman sebagai balasan
Indahnya jika neraka tak diadakan
Tanpanya, syurga kita ditempatkan
Namun kebenaran sangat menyakitkan
Nerakalah tempat para syaitan
Aku yang lemas dilautan
Perlukan seseorang tarikku ketepian
Perlukan cukup cuma seorang sebagai teman
Yang bisa membimbing ke jalan kebenaran
Kau yang diciptakan
Taman Bayu engkau dibesarkan
Muncul diisaat aku merlukan
Sangat-sangat memerlukan...
// 12.4.06 // Bukit Subang //
*rangkap tulisan di atas diinspirasikan oleh Toni dan ditujukan khas untuk Toni. :)
nota:
Toni minta saya buatkan sajak untuk dia. Tapi saya tak reti. Malah saya tak pernah menulis sajak pun sebelum nie. hehe. Jadi saya buat lah tulisan kat atas ni. Sajak ke yang saya buat ni? Ke pantun? hehe. Bagi saya, sekarang tidak penting apakah itu sajak, pantu, puisi, prosa, cerpen, solilokui, atau apa2lah. Kerana intinya hanya satu di atas itu semua: kita sedang mencuba jujur pada diri sendiri. :) . Lihat gambar Toni yang cantik di sini: http://www.friendster.com/user.php?uid=3025395 ;)
10 April 2006
04 April 2006
PEN[DAHULU]AN? 2. Idea asal menerbitkan buku ini tercetus setelah saya merasakan: sudah sampai masanya untuk zine dibaca oleh semua golongan masyarakat. Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu zine. Secara asasnya, zine merupakan buku yang dikeluarkan sendiri oleh penulisnya. Bermula dari proses menulis isi zine, mereka-letak [lay-out] zine, mencetak zine, mengiklan dan mempromosi zine, sehinggalah kepada proses memfotostat dan mengedarkan zine tersebut. Semua proses-proses ini dilakukan sendiri oleh pembuat zine dengan kudrat dan inisiatif masing-masing. Membuat zine sebetulnya bukan suatu perkara remeh. Ianya soal: kebebasan. "selama ini, zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak di publik yang lebih luas, sementara sebenarnya secara karakteristik, tak ada beza antara zine yang biasa diedarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan buletin-buletin Jumaat di masjid-masjid "
3. Web-blog merupakan medium penulisan terkini. Semakin hari semakin ramai penulis web-blog yang
muncul. Ini kerana, untuk membina web-blog adalah sangat mudah, malah untuk mengemaskini juga mudah. Kebanyakan penulis blog akan menulis apa saja yang mereka rasakan perlu untuk dikongsi baca bersama teman-teman. Dan kebanyakan mereka menulis tentang kehidupan seharian mereka. Penulisan tentang kehidupan peribadi. Ya! Ini yang saya mahukan untuk GOBLOG! “hidup adalah perjuangan mencari diri sendiri” – Fauz Noor, Tapak Sabda4. Buku ini sememangnya mengekalkan tulisan asal sepertimana para penulis menulis artikel di web-blog mereka. Jadi, segala kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa, kesalahan struktur ayat dan apa jua kesalahan yang terdapat dalam buku ini sememangnya disengajakan. Ya pastinya terlalu formal itu kadang-kadang agak membosankan. Jadi, santai aja dong!
5. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepad semua yang terlibat dalam menjayakan buku ini. Terima kasih kepada En. Basri+Geng Jurnal, Ruhayat X, Fathi Aris Omar, [penulis kata pengantar], Nazier, Dean, Novianto Rachman, dan Zairi. Tidak dilupakan juga kepada semua penulis dan kepada semua teman-teman yang banyak membantu. Terima kasih kepada anda juga yang sanggup berkorban [duit+masa] untuk membeli dan membaca buku ini. Untuk sebarang komunikasi sila hubungi kami di web-blog penulis masing-masing atau kunjungi kami di http://www.goblog2006.blogdrive.com/
sang penyelenggara:
[Dhani Ahmad]
02 April 2006
p/s:- semua gambar di bawah adalah sedara mara sepupu sepapat aku. geng orang BESAR kelantan. aku sorang jek orang kecik. :). sila klik gambar di bawah untuk paparan gambar yang lebih besar.








