28 February 2006

TERIMA KASIH KAKAK!
gambar di bawah adalah buku yang aku terima daripada kakak Dete Aliah, kakak angkat aku yang kini berapa di indonesia. ini bukan sebarang buku. ini adalah buku yang menghubungkan aku dengan saudara ezam [ketua pemuda parti keadilan rakyat]. sememangnya kak dete adalah teman rapat saudara ezam. dan kalau bukan kerana kak dete yang mengirimkan buku ini kepada aku melalui ezam, aku cumalah rakyat biasa yang mengenali saudara ezam sebagai ikon politik dari puak pembangkang. tapi sekarang, aku kenal ezam dgn lebih kenal. terima kasih aku ucapkan kepada Kak Dete yang memberikan aku 2 buah buku yang menarik ini. [nanti akak datang kl, saya belanja akak makan makanan tempatan orang sini ok. bawak buku salin menunya skali ok. hehe]

buku setebal 385 muka surat yang bertajuk: SOE HOK GIE-"catatan seorang demonstran" merupakan buku yang menjadi inspirasi filem layar lebar GiE yang diharamkan penyiarannya di Malaysia. aku tidak faham kenapa Malaysia mengharamkan cerita ini ditayangkan di Malaysia. padahal cerita ini bukan kena mengena dgn susur galur politik malaysia pun. ah, kerajaan malaysia memang pelik [dan penakut!].

sebuah lagi buku yang aku dapat ialah buku yang bertajuk: PERANG-"sebuah novel subkultur". buku Perang ditulis oleh Rama Wirawan, merupakan kawan sepermainan-internet saya yang tinggal di jakarta. dan kami sering berhubung melalui Yahoo Msger. buku Perang adalah tentang perjalanan hidup Rama Wirawan, seorang anak punk yang sekarang berusia 24 tahun. menceritakan kisah perjalan hidupnya di dunia subkultur punk komuniti. Rama Wirawan telah memberi amaran melalui buku ini bahawasanya: adanya gerakan generasi muda awal abad ke-21 yang memang bergejala di pelbagai kota. termasuk Malaysia! AWAS!
"Saya putuskan bahwa saya akan demonstrasi. Karena mendiamkan kesalahan adalah kejahatan." - Soe Hok Gie
hak bersuara kita dinafikan. maka, biar aja
dinding-dinding yang bersuara untuk kita.

21 February 2006


A DISASTER AFTER VALENTINE'S GIG dilangsungkan dengan jayanya. terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan acara anjuran kami [Papakerma] ini. terima kasih kepada semua. :).


*lihat gambar gig di sini: http://emolagi.fotopages.com

09 February 2006


Papakerma, in collaboration with Artport, presents A Disaster After Valentine's II, where bands like Infinate Delay, The Mindless Show, Portia, My Dear Autumn and Orbit Cinta Benjamin will perform.
There will also be games, screenings, talks and discussion and an artmarket.
Admission is freeArtport, Shah Alam Art Gallery Shah Alam, Selangor
For more info, visit www.papakerma.com

07 February 2006


5.2.2006: Konvokesyen di IIUM.
semalam, buat kali keduanya aku menyertai majlis konvokasyen dalam hidup aku. apa perbezaan antara konvo dulu dengan konvo semalam? tak banyak perbezaan antara dua konvokasyen yang aku lalui ni.
- dulu konvo kat pulau pinang, semalam konvo kat gombak.
- dulu masa nak ambik scroll agak berdebar2, tapi semalam ambil scroll dgn penuh konfiden. hehe.
- dulu konvo sorang2 jek (terasa mcm anak buangan jek.huhu), tapi semalam famili aku ada datang bersama. (terasa diri ini dihargai.hehe)
- dulu konvo aku orang pertama yang ambik scroll (cuak giler jadi orang pertama amik scroll), semalam aku jadi orang ke-9. nak ikutkan nama aku sepatutnya orang yang ke-4. tapi saje aku nak jadi orang ke-9.hehe. apa pun, kedua2 konvo, aku tak terkeluar dari kumpulan "top ten" yang naik stage.:)
- dan yang tetap sama ialah: kedua2 konvo aku tak dapat bunga daripada mana-mana awek. ternyata aku ini adalah mat kental. haha.:P
* sila klik sini utk tengok gambar konvo 2006: http://emolagi.fotopages.com/

01 February 2006

HOMICIDE
"Barisan Nisan"
akan keluar dari usus perut Papakerma Records!
'belati kalam profan' lagu yg anda dengar skrg diambil dari cd Barisan Nisan yang bakal
diriliskan oleh Papakerma Records.