BOMOH.
sepupu aku. nama dia Sha. seorang gadis. baru grad dari itm. umur setahun muda dari aku. skang keje jadi receptionist hotel sementara tunggu dapat keje dalam bidang yang dia belajar.aku selalu gak gi hotel tempat dia keje tu. buat-buat nak gi jumpa sepupu aku. padahal nak gi tengok kawan dia. awek cun.hehe.:P. tak silap aku dah hampir 7-8 bulan Sha keje kat hotel tu. lama gak. ternyata susah nak dapat keje yang kita nak zaman skang ni. belajar bidang akaun, kerja jadi operator kilang. ini perkara biasa. zaman susah dapat keje. walaupun Sha tak dapat apa keje yang dia nak, aku tengok dia happy jadi receptionist kat hotel tu. tapi langit tak selalunya cerah.
semalam, makcik aku, mak kepada Sha, datang rumah aku. rumah aku dgn rumah Sha dekat jek.dia datang nak kongsi masalah yang Sha hadapi. kongsi dgn mak ayah aku dan juga dgn aku dan abg aku.rupa-rupanya Sha sedang hadapi dugaan hebat sekarang ni.
sepanjang Sha keje kat hotel tu, dia enjoy. itu yang aku nampak. tapi sekarang tak lagi. Sha tak lagi enjoy setelah ada kontraktor hotel tersebut,lelaki umur 30-an, minat kat dia. memang tak salah orang lelaki minat kat orang perempuan. tapi yang salah adalah bila kita memaksa keadaan. lelaki yang minat kat Sha ni dah kawin,dan dah punyai seorang anak. walaupun begitu, dia telah berhasrat untuk memperisterikan Sha. tapi Sha bertegas tak nak terima lelaki tersebut. tapi lelaki tersebut juga bertegas untuk menjadikan Sha isteri kedua dia. tak kira dengan apa cara sekali pun, dia tetap mahu Sha jadi isteri dia. dia siap cakap yang dia nak guna khidmat bomoh untuk buat Sha jatuh ketangan dia. gila punya lelaki. dah orang tak nak, blah ah!
bila masuk bab bomoh-bomoh nih, siapa tak cuak beb. aku pun cuak. aku tak sangka masih ada orang yang tak bertamadun zaman sekarang ni. masih nak main bomoh-bomoh. sebab lelaki tu nak guna khidmat bomoh untuk dapatkan Sha lah makcik aku datang rumah aku semalam. mak mana tak risau kalau anak nak kena bomoh. kalau aku pun, aku risau. makcik aku datang nak kongsi masalah dan juga nak tanya pendapat mak ayah aku. banyak jugak pendapat yang keluar. sekarang aku nak tanya pendapat kau pulak. kalau kau berada dalam situasi Sha, apa yang kau akan buat?
No comments:
Post a Comment