14 September 2006

JARINGAN PERTEMANAN ROAD TOUR REPORT.
Tarikh: 5.9.06 - 11.9.06
Lokasi: Jakarta dan Bandung
Pelakon Utama: Faisal, Fad dan Irah.


PRAKATA
+ kisahnya bermula lima bulan yang lalu. setelah membaca iklan kos penerbangan murah Air Asia di surat kabar, aku menghubungi teman2 untuk sama2 ke Jakarta. aku send sms kepada Fad dan juga Toni, mengajak mereka ke Jakarta. Toni membalas sms dengan jawapan tidak boleh pergi kerana dia harus menjalani persediaan untuk menunaikan haji pada akhir tahun ini. manakala Fad membalas dengan jawapan yang positif. Fad bersetuju ke Jakarta bersama aku. dan Fad meminta aku membeli tiket secepat mungkin. masalah timbul krn aku tidak mempunyai kad kredit untuk membeli tiket. jadi, Fad berusaha mengajak temannya yang lain dalam masa yang sama mampu membeli tiket.:). Fad berjaya mengajak Irah, temannya sekampusnya. akhirnya tiket dibeli. sah, kami bertiga akan ke Jakarta dan Bandung. soal penginapan dan segala urusan disana tidak perlu dirisaukan, kerana aku punya ramai teman di sana. dan dalam rencana, kami akan menginap di rumah Kak Dete [kakak angkat aku] dan juga di rumah Erin [teman baik aku. (sekarang sudah aku anggap sebahagian dari famili aku)].

EPISOD BERMULA
+ hari ini 5.9.06. hari yang dinantikan tiba. sehari sebelum tarikh keberangkatan, kami sibuk menyiapkan kelengkapan ke sana. yang paling dititik beratkan ialah soal souvenirs dari malaysia untuk teman2 di indonesia. Fad dan Irah menyediakan makanan2 tempatan untuk dibawa ke sana untuk diberi kepada 2 keluarga, iaitu keluarga Kak Dete dan juga keluarga Erin. aku pula membeli baju "welcome to Malaysia" sebanyak 6 helai untuk dikasi kepada 2 keluarga tersebut.:P.

jadual penerbangan kami dari KL ke Jakarta ialah jam 9 pagi. 2 jam sebelumnya kami harus check in. bererti, jam 7 kami harus ada di LCCT airport. dengan kata lainnya, jam 5 pagi kami harus keluar dari rumah untuk ke KL Sentral dan seterusnya ke LCCT. timbul sedikit masalah bagaimana kami harus tiba awal di LCCT. public transport belum beroperasi seawal jam 5 pagi. akhirnya, dengan bantuan Yang Kuasa, nazier, teman se-papakerma aku menawarkan diri untuk menghantar kami ke KL Sentral. masalah selesai.

jam 4.30 pagi. aku bangun dari tidur-tidur ayam. ya, aku tidak bisa tidur nyenyak malam ini. terlalu teruja mungkin.:). jam 5 pagi nazier tiba di rumah aku, di Gombak. seterusnya kami ke rumah Irah di Sri Gombak untuk mengambil Fad dan Irah. dan seterusnya ke KL Sentral. tiba di KL Sentral jam 5.40 pagi. menunaikan solat subuh dan seterusnya ke LCCT menaiki bas. terima kasih buat nazier yang menghantar kami ke KL Sentral.

BERKONGSI SEGALANYA
+ bermula hari ini dan untuk seminggu seterusnya, susah senang, suka duka, akan kami lalui dan kongsi bersama.penginapan, transport, makan minum, dan segalanya akan kami kongsi bersama. dengan kata lainnya, pengaliran wang kami untuk membiaya apa saja yang mempunyai kepentingan bersama adalah dikongsi secara kolektif. kerana hal ini, Irah mengatakan grup ini namanya "The Back-up" kerana kita saling backup antara satu sama lain. tapi ada juga nama lain untuk grup ini, iaitu "The Bokers".hehe. tapi "The Bokers" itu tidak sesuai utk kami, tapi cuma utk Fad.hehe.:P. akhirnya tidak ada nama khusus untuk grup kami ini.hehe.

HARI PERTAMA. [5.9.06 - selasa]
+ bertolak dari KL airport jam 10 pagi waktu Malaysia. tiba di bandara [airport] Soekarno Hatta jam 11 pagi waktu Indonesia. lewat 20 minit dari jadwal asal. kami menunggu Hanny datang menjemput. Hanny ialah anak saudara kepada Kak Dete. setelah sejam menunggu Hanny di bandara, akhirnya Hanny tiba bersama temannya, Fikry. jalan macet kata Hanny. makanya mereka telat. seterusnya kami di bawa Hanny dan Fikry ke Kebun Jeruk untuk lunch. di sana kami di jamu dengan satay kambing dan juga nasi serta tongseng. makanan ni best giler.;)

setelah selesai makan-makan, kami dibawa ke Monumen Nasional [MONAS]. MONAS ialah sebuah menara tinggi seperti KL Tower yang menjadi mercu tanda Jakarta. kawasan sekeliling MONAS luas dan cantik. menjadi tempat rekreasi utk orang ramai berkunjung. kami menaiki MONAS setelah membayar tiket yang tidak melebihi rm5 seorang. sangat murah! di puncak MONAS, kami dapat melihat seluruh kawasan Jakarta sambil menikmati kedinginan udara. diperhatikan, Jakarta tidak mempunyai banyak bangunan tinggi. rata-ratanya bangunan sederhana tinggi.

puas berada di puncak MONAS, kami turun ke Museum Sejarah Nasional yang terletak di bawah menara MONAS. museum yang agak luas. banyak memaparkan gambar2 sejarah tentang Indonesia. aku kepenatan. tidak cukup tidur. mengharap dapat tidur atas flight. tapi gagal. kepala mula pening.

hari sudah petang. kami berjanji untuk bertemu Erin di Plaza Senayan jam 6 petang. sebelum bertemu Erin, Hanny dan Fikry membawa kami bertemu Kak Dete di ofis Kak Dete yang terletak berhampiran dengan Plaza Senayan. berhampiran juga dengan Universitas Profesor Dr. Moestopo, universiti tempat Erin belajar. berdekatan antara satu sama lain. setelah tiba di ofis Kak Dete, kami berbual mesra buat seketika, dan seterusnya ke Plaza Senayan untuk bertemu Erin.sebetulnya, ini ialah kali pertama aku bertemu Kak Dete setelah hampir 3 tahun kami berkenalan.di internet.:)

jam menunjukkan 6.30 petang waktu jakarta. hari sudah gelap. sudah masuk waktu maghrib. dari ofis Kak Dete ke Plaza Senayan cuma 5 minit. dan di sana aku bertemu Erin dan teman2nya. seperti juga Kak Dete, ini juga merupakan kali pertama aku bertemu Erin yang telah aku berhubung sejak 3 tahun lalu. ya, aku terlebih dahulu berhubung dengan Erin dan kemudiannya dengan Kak Dete. pertama kali bertemu setelah sekian lama berhubung, adalah perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. yang pasti, ianya detik2 indah dalam perhubungan.:)

kini semuanya berkumpul di Plaza Senayan. berbual mesra. berkenalan antara satu sama lain. merancang apa aktiviti seterusnya selepas ini. dan keputusan di ambil. iaitu, kita semua bersetuju untuk dinner bersama-sama di Blok M. Blok M adalah tempat yang agak popular di Jakarta. di Blok M ada mall, foodcourt dan ada juga penjual di kaki lima. dari Plaza Senayan ke Blok M, aku bersama Erin, Nisa dan Lela berjalan kaki ke Universitas Profesor Dr. Moestopo untuk menaiki kereta Lela yang di parking disana. Fad, Irah, Kak Dete, Hanny dan Fikry terlebih dahulu pergi ke Blok M menaiki van Fikry. kami berpecah buat seketika dan akan bertemu di Blok M.

setelah semuanya berkumpul di Blok M, kami semua makan beramai2. makan nasi ayam goreng. setelah abis makan, kami jalan2 di mall Blok M dan kawasan2 sekitarnya. setelah itu, kami ke satu tempat lepak yang ada live band perform. aku lupa nama tempat tu, tapi ianya berhampiran dengan Blok M. setelah menikmati beberapa lagu di situ, kami mengambil keputusan untuk pulang. hari juga sudah lewat. dan kami kesemuanya sudah penat. oh ya, sebelum pulang, kami ada berbincang tentang jadwal aktiviti kami keesokan harinya. setelah berdiskusi, semuanya bersetuju bahawasanya esok kami bertiga akan ke Bandung bersama Erin dan Lela. ke Bandung menaiki kereta Lela. Kerana, kata Erin, tidak ada apa yang menarik untuk lama2 di Jakarta. sip! esok kita ke Bandung.:)

Erin, Nisa dan Lela pulang ke rumah masing2. Aku, Fad, Irah, Kak Dete, Hanny dan Fikry pulang ke rumah Kak Dete yang terletak di Pondok Gede. Pondek Gede agak jauh dari Kota Jakarta, iaitu kira-kira sejam tiga puluh minit perjalanan dari kota Jakarta. sampai di Pondek Gede, aku, fad, irah mengeluarkan buah tangan yang kami bawa dari malaysia dan diberikan kepada Kak Dete sekeluarga. mereka mencuba makanan yang kami bawakan itu. aku juga memberi baju Malaysia untuk mereka. setelah mencuba semua makanan, Fikry dan Hanny pulang ke rumah mereka. aku mandi dan kemudiannya bersiap untuk tidur. jam 12 malam, aku tidur dalam keadaan pening kepala akibat tak cukup tidur semalam. hari yang sangat memenatkan. rasanya macam nak demam.

HARI KEDUA. [6.9.06 - rabu]
+ bangun pagi dengan keadaan yang sangat best. keadaan dimana aku dapat recover balik tidur yang tak cukup sebelumnya.:). tubuh yang semalam rasanya nak demam, kembali normal dan sihat walafiat. jam 9 kami dihidangkan sepinggan nasi lemak indonesia sebagai breakfast. setelah selesai menyiapkan diri, dari Pondek Gede kita menuju ke ofis Kak Dete untuk menemui Erin yang ingin menjemput kami disana. jam 11 kami tiba di ofis Kak Dete. jam 12, Erin dan Lela tiba. Jam 12.30 kami bertolak ke Bandung Lautan Api.:).

setelah 2 jam lebih di perut kereta Lela, kami tiba di Bandung. cuaca di Bandung agak mendung. aku fikir hari mau hujan. rupa2nya, memang cuaca di Bandung sentiasa bergitu. ya, Bandung agak sejuk cuacanya, berbanding Jakarta. tiba di Bandung, kami menuju ke Toko Buku Ultimus untuk bertemu Pam dan Dani yang katanya ada meeting di sana. ya aku mahu bertemu Pam. siapa tak kenal Pam? lagendaris politikal punk di Indonesia. sekitar jam 3 kami tiba di Ultimus. dan ternyata Pam dan Dani masih belum tiba. jadi aku, Fad, Irah dan Lela melepakkan diri di cyber cafe yang terdapat di Ultimus.erin cuma memerhati disebelah aku dan lela. beberapa ketika kemudian, Norman dan Shaiful tiba di ultimus. ya Norman dan Shaiful dari singapura. mereka sedang bercuti di indonesia. sama seperti aku.hehe. aku quit dari dunia online untuk bertemu teman2 di dunia nyata. fad, irah, dan lela masih di atas talian. aku dan erin bersama teman2 di ruangan lepak di belakang ultimus. Pam dan Dani juga sudah tiba. kami ngobrol terus sampai sore. sambil menunggu Nisa yang datang dari Jakarta semata2 untuk menemani anak2 malaysia di Bandung.

hari makin gelap. sudah hampir jam 6 petang. aku dan erin mengajak fad dan irah serta lela untuk keluar mencari sesuap makan. di rancang setelah makan, kami kembali ke ultimus.dan ternyata kami nyasar di Bandung. nyasar sampai hari gelap! hehe. setelah menunaikan solat maghrib, kami mengambil Nisa di Mc D yang baru tiba di Bandung. setelah itu kami mencari hotel di kawasan Dago. kami berjaya mendapatkan hotel yang lumayan bagus dengan kos yang murah. cuma rm40 sehari. dengan accomodation yang bagus. ada tv, aircond, king size katil, toilet ada air panas, dan breakfast free. hotel yang kami menginap ni namanya Hotel Bukit Dago. kami menyewa selama 4 hari dan 3 malam. kata kawan aku, hotel yang kami menginap ni femes port couple buat projek.hehe. dan terbukti ianya mesra untuk buat projek, bila mana toiletnya tak ada kunci. tak pasti kunci rosak atau sengaja dirosakkan. yang pasti, ianya bebas dimasuki siapa saja sama ada sewaktu ada orang kat dalam toilet atau tak.hehe.:P.

Lela terus balik ke Jakarta setelah dapat hotel. ada urusan di Jakarta katanya. setelah kami meletakkan barang2 di hotel, kami keluar makan. "kawasan warong jalanan" di depan hotel kami sangat panjang. kami menaiki "angkot" untuk ke warong makan yang lebih meriah. selepas lepak2 dan makan2, aku, fad, irah, erin dan nisa jalan2 di sekitar Dago. cuaca dingin mula meresap di tulang kering. "macam kat Genting"-kata fad. setelah abis jalan2, kami pulang ke hotel untuk tidur. fad, erin dan irah tidur. aku dan Nisa lepak kat kafe hotel bersama 2 orang anak Bandung, iaitu Ivan dan .... [aduh aku lupa nama sorang lagi nih.maaf ya pak.hehe].dua2nya kawan Nisa. kita ngobral macam2 perkara. tapi asasnya, banyak tentang perbandingan Malaysia dan Indonesia. kita lepak sampai lewat malam. jam 2 pagi, ada lagi 2 orang kawan nisa datang. sorang namanya Ramdan (bassis Burgerkill) dan sorang lagi Venus (vokalis Salient Insernity). kami lepak sampai pukul 3 pagi.kemudian tidur.

p/s:- korang sedar tak berlaku free-mingling kat sini? hehe.:P

HARI KETIGA. [7.9.06 - khamis]
+ seawal jam 8 pagi aku bangun. yang lain smua masih nyenyak. jam 9 pagi Ucok Homicide mau datang minum kopi bareng sama aku. sambil menunggu Ucok, aku jalan2 di sekitar kawasan hotel. jam 9 lebih Ucok call cakap dia dah sampai kat lobi hotel. aku bergegas pulang ke hotel. bertemu Ucok. ajak Ucok lepak kat kafe. pekena kopi. Erin sms aku tanya aku kat mana. sms-nya bilang suruh pulang ke bilik segera.urgent katanya. dari kafe aku bergegas ke bilik. cis! ternyata tak ada apa2 yang urgent. dia cuma risaukan aku. erin...erin... so aku ajak erin turun ke bawah. lepak sama2 dgn Ucok. erin setuju. akhirnya kami breakfast beramai2. Aku, Ucok, Erin, Nisa. dan Ramdan serta Venus juga breakfast bareng sama kami. Ucok tidak bisa lepak lama2. dia kerja. sebelum pergi, Ucok hadiahkan aku 2 buah buku dan juga t-shirt Homicide. "aku tahu kamu suka membaca. ini buat kamu"- kata Ucok. aku terima buku Rain dan juga Berani Beli Cinta Dalam Karung?. aku pula menghadiahkan Ucok senaskah Goblog dan juga button Goblog.

setelah selesai breakfast, kami pulang ke bilik dan bersiap2 untuk meneruskan agenda seterusnya. Fad dan Irah telah keluar menjejaki Factory Outlet [FO] sejak pagi tadi. ya, mereka cuma pergi berdua. aku, erin, nisa, iva, linda dan beberapa orang teman2 di Bandung pula menjejaki distro-distro popular yang ada di sekitar Bandung itu. sekitar 10 distro telah kami jejaki, dan aku tidak membeli apa2 pun. sehinggalah ke distro terakhir kami jejaki iaitu distro Omuniuum. di Omuniuum aku dengan gelojohnya membeli 5 buah buku, iaitu: Nietzsche, Teori Pergerakan Sosial, Sekolah Itu Candu, Matikan TV-Mu!, dan Tiga Angka Enam. kesemua buku ini aku beli dengan harga rp100 ribu. bersamaan dengan rm40. murah banget!!! aku juga beli 2 button. dan jam 7 malam. aku janji dengan Dani dan Chotax di Ultimus jam 6an. sudah lewat! kami bergegas ke Ultimus.

30 minit dari Omuniuum, aku, erin, ivan dan nisa tiba di Ultimus. Dani "Beyond The Barbeb Wire" dan Chotax "Subsiety Records" sudah menunggu. aku melakukan urusan trade stuff sama Chotax. setelah selesai, aku masuk ke kedai buku Ultimus untuk membeli novel Perang yang dikirim kawan aku. dah habis lepak2, Erin, Nisa dan Ivan pulang ke hotel. aku mengikut Dani pulang ke rumah Pam. menaiki motosikal. aduh!!! sejuk giler beb naik motor kat Bandung malam2. macam nak beku!

tiba dirumah Pam. tak pasti jam berapa. jarak rumah Pam dari Ultimus menaiki motosikal kira2 30 minit.dekat jek. tapi sbb sejuk sangat, rasa macam lama jek duduk atas motor.hehe. rasa sedikit kekok kat rumah Pam. maklum ah 1st time. lepak2, ngobrol2, tengok tv, baca2 megazine. tiba2 kami tengok berita kat TV akan berlaku gerhana bulan bermula jam 12 malam until jam 3 pagi. jadi, kitorang [aku, dhani, pam dan isterinya] naik atas bumbung, untuk menikmati gerhana bulan. cuaca kat luar sejuk giler. rasa macam kat kutub utara/selatan.hehe. bulan terang. keadaan sekeliling cerah. kami berbual2 sambil menunggu bulan ditelan naga. suasana sewaktu gerhana bulan ini agak meriah. rasa macam nak raya pun ada jugak. ini kerana setiap masjib/surau berkumandangnya takbir raya. pertama kali aku melalui suasana begini selama hidup. dan tentu aja tak ada di malaysia orang takbir raya bila gerhana bulan.lama giler tunggu, pukul 2 pagi baru bulan kena "gigit" sedikit. dah penat menunggu, dah lenguh tengkok, dan dah nak beku lepak kat atas loteng tu, kitorang masuk tidur.


HARI KEEMPAT. [8.9.06 - jumaat]
+ bangun pagi jam 12 tengah hari.haha.:P. agak lewat sbb semalam tidur lambat sbb tgk gerhana bulan.hehe.tengok2 berita, ternyata gerhana bulannya cuma sipi-sipi jek. buat penat jek tunggu. aku ingatkan gerhana penuh! kat berita jugak ada tunjuk kepercayaan2 kuno manusia kalau berlakunya gerhana bulan. setelah selesai makan siang hasil masakan Pam, jam 2.30 petang aku dan Dani keluar pergi ke Kota Kembang untuk membeli vcd, dvd dan t-shirt Dewa.:). oh ya. aku dapat beli vcd best. aku dapat vcd MARSINAH: cry justice. Marsinah ni tokoh femenis Indo yang mati dibunuh aparat. dah abis shopping, kami [aku dan Dani] pergi ke Ultimus untuk bertemu Erin, Nisa dan Ivan di sana. sekitar jam 6 kami semua bertemu di Ultimus.

ngobrol-ngobrol,lepak-lepak, last skali aku masuk cc. nak upload gambar di indonesia kat blog. masa tengah lepak cc, Erin, Nisa dan Ivan decide utk pergi jumpa kawan Nisa kat mana ntah. Dani pulak ajak aku gi jumpa Ucok kat ofis ucok.sip! aku ikut Dani.dan tiba2, terjongkol muka Ucok dan Dani kat tepi tingkap cc tu.terkejut aku. "kejap-kejap.5 minit lagi ok. nak upload gambar jap.hehe"-aku berkata.dah upload gambar, aku keluar lepak dengan Ucok dan Dani. sembang2 pasal projek, pasal hidup dan macam2 ah.sembang sampai Dani tertidur.hehe. aku cakap kat Ucok, Munir (gambar lelaki di baju Homicide) tu adalah best friend kepada Kak Dete [kakak angkat aku]. Kak Dete ada citer kat aku pasal perjuangan Munir dan saat2 kematian Munir. tapi aku mahu tahu detail tentang Munir. aku minta Ucok suggestkan buku Munir yang mana aku harus baca untuk lebih kenal siapa Munir. dan Ucok sarankan aku beli buku MUNIR: Sebuah Kitab Melawan Lupa. dan aku beli buku tu. selain buku Munir, aku juga beli buku Aku. ya buku "Aku" dari Chairil Anwar yang korang tengok dalam citer Apa Ada Dengan Cinta tu.hehe.:P. sambil cari-cari buku best untuk dibeli, aku belek juga t-shirt2 yang tergantung di situ. akhirnya aku jatuh cinta dengan t-shir yang tertulis: "Pengabaian Perempuan Adalah Kejahatan". aku beli t-shirt feminis tersebut. dah habis beli2, Ucok balik. aku masih di Ultimus. lepak dengan Memet Domestik Doktrin sementara menunggu Dani bangun. 10 minit jam 9 malam, Dani bangun. jam 9 aku dan Dani berangkat ke hotel penginapan aku. harus cepat ke hotel, sebab kunci hotel ada dengan aku. pasti yang lain tak boleh masuk bilik tanpa aku.hehe. beberapa minit kemudian aku dan Dani tiba di hotel. semua kawan2 dah ada menunggu aku.hehe.

selepas letak barang2 yang dibeli kat bilik, kami semua pergi makan.kat warong tepi jalan dekat2 area hotel.malam ni malam last kami di Bandung. jadi, order apa saja dong. kami belanja! hehe. kami order makanan special yang tak ada kat malaysia, iaitu "indo mee rebus kornet". haha! :). dah abis makan, kami pulang ke hotel. lepak dan borak2 sampai pagi. maklum ah, ini kan last night di Bandung. kitorang packing barang sebelum tidur. dah setel packing barang, kami tidur.

HARI KELIMA. [9.9.06 - sabtu]
+ katanya jam 7 mau bangun. tapi semuanya bangun jam 9.haha. tapi aku tetap champion dalam bab bangun pagi. gua orang pertama bangun beb! hehe. semua dah ready untuk berangkat, Erin call teksi. ya kami naik teksi dari hotel ke stesen keretapi. sementara menunggu teksi tiba, kami breakfast kat kafe. yang ada pagi ni ialah Erin, Fad, Irah, Nisa, Venus, Ramdan dan juga Ivan. jam 10 aku, Ivan, Erin, Fad dan Irah berangkat ke stesen keretapi untuk pulang ke Jakarta. Nisa pulang berasingan dengan kitorang.

jam 11.15 kami [aku,Erin, Fad dan Irah] bertolak dari Bandung ke Jakarta. terima kasih terutama sekali buat Ivan yang sudi menemani kami sepanjang kami berada di Bandung. terima kasih sangat2 sbb sudi jadi guide kami di Bandung. dan terima kasih juga kepada teman2 Bandung yang lain. terima kasih kepada Dani, Ucok, Pam, housemate Ivan, Ramdan, Venus dan semuanya! aku rindu kalian semua!!!!!;(

setelah hampir 3 jam dalam keretapi, kami tiba di jakarta. dalam train tadi, aku banyak cakap tentang Everybody Loves Irene dan segala hal2 "scene" dengan Erin. aku rasa inilah masanya aku dan Erin berbual secara serius dan detail apa yang ingin dibualkan. hari-hari lainnya banyak dihabiskan dengan berjalan2 sama teman2 yang lain. tiba di stesen Jakarta. kami turun. perkara yang tak dapat dilupakan kat stesen keretapi ni ialah ada sorang auntie terjatuh dari eskulator. betul2 depan kami. nasib baik ada orang tarik auntie tu cepat. kalo tidak, dengan kami semua pasti tergolek sama. saat yang mengerikan! dari stesen keretapi, ambik cab balik ke rumah Erin kat kawasan Kebun Jeruk. dah sampai rumah Erin, kami beramah mesra dgn famili Erin. mak ayah, abang kakak Erin peramah giler. semua baik. mereka senang dengan kedatangan kami dan kami senang dengan layanan mereka.mereka baik sangat2.:)

kami berehat.sambil tunggu Yudhi.habis maghrib, Yudhi sampai jemput kami.nak bawa jalan2 kat Jakarta. tapi tujuan utama kami keluar malam ni adalah untuk ke konsert yang mana band The Upstairs, Goodnight Electric, Siksa Kubur, Nidji dan banyak band lagi. konsert yang kami nak pergi ni konsert besar. dari siang tadi lagi dah start. tapi kami plan cuma nak pergi malam jek. sampai2 ke venue konsert, orang ramai giler. kebanyakannya "A.B.G" [Anak Baru Gede]. kitorang ambik keputusan tak nak masuk konsert. layan 2-3 lagu dari luar, kitorang beredar mencari sesuap nasi untuk dinner malam ni.

dalam perjalanan ke tempat parking kereta, tiba-tiba ada perkara yang tak diingini berlaku.hehe.apa perkara tu? Fad nak boker! huhu.:P. kenapa aku gelak? hehe. memang ini perkara agak lucu dan mengerikan bagi Fad.hehehe.:P. aku tak pasti waktu tu pukul berapa, tapi yang pasti supermarket dah start tutup. Yudhi dan Fad bergegas masuk supermarket mencari kamar kecil. turun naik tangga. turun naik lif. mencari kamar kecil. dan ternyata semuanya mengecewakan. semua kamar kecil kat mall tu dah dikunci pintunya. kesian giler kat Fad. tapi aku, erin dan irah macam biasa, masih layan bergambar dan posing dgn gaya tersendiri.dan kami merakamkan detik2 bersejarah bagi Fad itu.hehehe. memang kesian kat Fad. dan dalam masa yang sama kelakar jugak.eehehe. memang tak leh lupa ah detik2 bersejarah nih.hehe. dah berpeluh cari kamar kecil kat mall dan gagal, kitorang ambik keputusan cari kamar kecil kat McD. dari mall nak ke McD kena naik kete. kitorang naik kete. keluar jek mall, jalan macet giler!!! Yudhi suruh Erin, Fad, dan Irah turun kete dan lari ke McD yang tak berapa jauh dari mall tu. mereka bertiga lari ke McD. aku dan Yudhi masih stuck dalam jamm. beberapa minit kemudian, Yudhi dapat berita gembira. Fad berjaya dengan misinya.hhuhuhuhuu. aduiiii... kelakar giler beb.hehe. risau pun ada gak. bukan apa, risau takut terboker dalam kereta.hehehe.:P.

abis adengan berkejaran mencari kamar kecil tadi, kitorang pergi dinner kat mana ntah. tapi kata Yudhi, itu port geng2 trendy lepak. foodcourt tepi jalan jek. tapi itu ah port awek2 cun, mamat2 kereta mahal tayang barang terkini mereka. dan memang ramai awek cun kat sini.:P. aduh, masa ni, suara aku dah tak leh kuar langsung. aku hilang suara! dari maghrib tadi aku batuk2.dan sekarang langsung aku tak ada suara. aku diam membisu. "Sal, kenapa diam? mau boker ke? selalu orang diam sbb nak boker.hehe"- Yudhi perli aku.eh, perli aku ke perli Fad? heehehehe.:P. dah abis makan, sekitar jam 12 mlm, kitorang balik rumah. memula plan nak balik lewat malam. tapi semuanya penat. semuanya tak sihat. jadi, balik tido!

HARI KEENAM. [10.9.06 - ahad]
+ pagi-pagi lagi Yudhi datang jemput kami. hari ni Erin ada reheasal untuk konvo esok. kami semua menuju ke Jakarta Convention Centre. tempat Erin reheasal konvo. sebelah hall Erin rehearsal, ada PC Exhibition. jadi, sambil menunggu Erin setel reheasal, aku, Yudhi, Fad dan Irah cuci mata kat PC Exhibition. PC Exhibition kat Jakarta tak ada beza dgn PC Exhibition kat KL. cumanya awek2 promoter PC Exhibition kat KL lagi seksi dari awek promoter kat Jakarta.hehe.

Erin dan setel rehearsal, kami lunch kat tepi Jakarta Convention Center tu. G-Boy dan Bambang [kawan2 Erin+Yudhi] join lunch sama-sama. apa yang kitorang makan hari ni? kitorang makan "Nasi Gila".haha. memang gila! :P. dah abis lunch, Yudhi drop kami kat Mangga Dua, untuk shopping buat kali terakhir sebelum balik. oh ya, on da way ke Mangga Dua, kami sempat lihat satu demonstrasi jalanan yang di anjurkan salah satu parti. tak salah aku, Parti Golkar. aku sempat ambil gambar demonstrasi tersebut. dan sempat jugak ambil flyers yang diorang spread. demo ni kecik jek. dan ianya demonstrasi aman. kami shopping di Mangga Dua dari jam 2 sampai jam 6.30 malam. lama gila! Fad dan Irah memang shopping sakan. aku cuma beli kain sembahyang dan kain serban buat mak ayah aku. sebagai buah tangan dari Indo. dan aku jugak beli VCD filem Indonesia. yang tak bestnya apa tau, diorang tak cetak rompak filem2 indonesia. "haram" mencetak rompak filem2 indonesia, tapi "halal" mencetak rompak filem2 bukan indonesia. aku beli 4 vcd, iaitu: Ekskul, Apa Artinya Cinta?, Lentera Merah dan Gie. citer Gie ni diharam-ditayangkan kat Malaysia. kerajaan Malaysia takut rakyat berdemonstrasi bila tengok citer Gie ni kot.haha. walaupun Gie tak masuk Malaysia, aku dah tengok citer Gie ni sewaktu ianya baru2 ditayangkan. aku dapat salinan Gie yang di donlod kawan aku kat internet.hehe. walaupun aku dah tengok, aku tetap beli film Gie ni sebagai koleksi peribadi aku. so skang, aku ada citer Gie dan juga buku Soe Hok Gie. ada saper2 nak pinjam tak? hehe.:P. siang tadi aku ada jumpa Ricky dan Pongah kat A&W Mangga Dua. aku lepak dgn Ricky kejap jek. passing cd kat Ricky dan terus gi shopping. terima kasih kat Ricky sbb sudi datang jumpa aku. Rick, kirim salam sama teman2 broadcast lu okeh.hehe.:)

hari dah malam. dari Mangga Dua, kami [aku, erin, fad & irah] ke Soho Music kat Plaza Semanggi.menaiki teksi. plan asal nak jumpa Aulia [line up Everybody Loves Irene]. tapi Aulia tak leh datang. jadi aku cuma menanti Rama Wirawan datang ke Soho. aku ajak Rama lepak Soho sebelum aku balik esok.:). Rama Wirawan adalah penulis buku Perang. dalam pukul 8 Yudhi sampai. 30 minit kemudian Rama Wirawan Negara sampai dengan aweknya. kitorang lepak sampai Soho tutup.hehe. Soho Music ni best giler. ianya tempat jual musik yang digabungkan dengan restoran ala-ala starbuck. tempat dia cool giler. menarik! boleh lepak2 makan minum, sambil dengar musik. boleh rekues lagu jugak kalo nak. aku rekues lagu dari White Shoes and The Couples Company dan juga lagu Opick.hehe.:). oh ya, aku beli cd lagu Goodnight Electric dan juga cd Opick kat Soho Music. aku nak beli cd The Upstairs, The Brandals, Sajama Cut, Sore dan band2 indie lain, tapi tak ada. sold out. eh jap, aku ni anak punk ke anak indie? apsal layan lagu indie pop je semuanya? siap layan Opick lagi tue.hehe. korang mesti tak tahu siapa Opick kan.kalo korang nak tau, Opick lah yang buat lagu Dealova yang korang suka giler tu.:). masa lepak dengan Pam aritu, Pam ada tanya aku: "kamu suka musik apa?". dengan selambanya aku menjawab "musik pop".hehe.:P. Soho dah tutup, kedai2 lain pun dah tutup. jadi kami balik. agak penat. tapi masih mau enjoy menikmati malam terakhir di Jakarta. sebelum balik rumah, Yudhi bawa pusing2 Jakarta.


HARI KETUJUH.HARI TERAKHIR. [11.9.06 - isnin]
+ hari ni hari terakhir kami di indonesia. hari ni juga hari Erin konvo. di Indonesia tak ada istilah konvokesyen. yang ada ialah HARI WISUDA. [wisuda=konvo]. jam 10 pagi Yudhi datang jemput kami untuk ke Jakarta Convention Center. untuk tengok Erin wisuda. Erin dan mak ayah dia pagi2 lagi dah keluar. hampir jam 11 kami sampai ke hall yang mana memuatkan wisudawan dan wisudawati. kami sampai ngam-ngam dengan turn Erin gi ambik scroll. kiranya dapat tengok ah Erin ambik scroll.hehe.Tahniah Erin.;).

keadaan konvo kat sini sedikit berbeza dengan keadaan konvo kat malaysia. konvo kat indo lagi happening. siap ada nyanyi2 lagik. maksud aku, ada sorang dua budak2 yang grad ni naik stage khas untuk menyanyi. ada geng koir yang nyanyi jugak sepanjang acara berjalan. happening kan! :). dan di indonesia, tak ada tradisi bagi bunga kepada wisuda+wisudawati.jadi, tak ada orang jual bunga kat sekitar kawasan konvo.

dalam pada menanti acara konvo selesai, tiba-tiba aku tengok Lela dan kawan dia datang. kawan Lela tu namanya Rida. cun giler Rida nih. serius aku cakap. cun giler. tak tipu punya.:). dan Rida membawa sejambak bunga. bunga yang dibuat sendiri katanya. Lela dan Rida datang lepak dengan Aku dan Yudhi. Yudhi kenalkan aku pada Rida. pertama kali bertentang mata dengan Rida, jantung aku berdegup kencang spt gendang mau perang. darah mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala. otak berpikir bagaimana caranya utk berdua bersama Rida. aku rasa sedang ingin bercinta bila tengok Rida. [eh, lirik Dewa nih.haha].:P. Yudhi mem-foto aku dan Rida. dan juga memfoto Aku, Rida dan Lela. aku sempat candid gambar Rida. dia senyum jek.hehe. aku cakap dia cantik. "makasih..."-Rida jawab tersipu2 malu.hehe.:P. aku cakap kat Yudhi aku dah jatuh cinta. dan-dan Yudhi gi tanya Rida dah ada balak ke belum. memula Rida jawab ada. Yudhi kurang puas hati,dan tanya lagi. pastu Rida jawab belum ada. tiba-tiba aku rasa lega. eh, kenapa aku rasa lega plak? haha. bego lu Fesal! hehehe.:P.

konvo dah abis. mcm biasa ah. sesi bergambar bermula. dah abis bergambar kat konvo, kami ke pajabat mak ayah Erin kat Gedung Parlimen Jakarta. ya, mak ayah Erin kerja kat Parlimen Jakarta. beruntung kan kitorang. siap dapat masuk kawasan Parlimen. bukan calang2 orang boleh masuk kawasan Parlimen tu. terima kasih kat mak ayah Erin yang bawa kami masuk kat situ. kami bergambar kat sekitar kawasan Parlimen. "Sal, lu harus foto di Gedung Parlimen. tempat ini pernah diduduki/dirampas student sewaktu rusuhan besar tahun 1998 dulu"-Erin berkata kepada aku. dah abis bergambar kat Gedung Parlimen, kami ke Otista untuk mengambil beg daripada ayah Hanny dan langsung pulang ke rumah Erin untuk bersiap2 untuk ke airport.

jam 5 petang kami keluar dari rumah ke airport. Yudhi dan Erin menghantar kami. sejam kemudian tiba di airport. sedikit lewat kerana macet. flight kami jam 7.Kak Dete katanya mau hantar kami di airport. tapi hajat Kak Dete tak kesampaian apabila stuck dalam macet. dah check in, kami keluar bertemu Erin dan Yudhi untuk dinner sama-sama buat kali terakhir.kesedihan menyelubungi keadaan. masa tengah makan dan berbual-bual, tiba2 Fad nangis. "fad jangan nangis... gue ga bisa liat orang nangis"-kata Erin dalam masa yang sama mengalirkan air mata. episod nangis di-hold-kan sekejap. biar abis makan dulu baru nangis.hehe.:P. dah abis makan, kami bergegas ke pintu masuk. dah agak lewat. kami harus masuk. berarti aku, fad dan irah harus berpisah dengan yudhi dan erin. sambil bersalaman dan berpelukan, fad, irah dan erin menangis kesedihan. aku dan yudhi juga menangis [dalam hati]. maintain ah konon tak nangis keluar air mata.hehe.:P.aku salam dan peluk Yudhi sama Erin. semua dah setel. dah bagi last words 2-3 patah, kami melangkah longlai masuk ke dalam meninggalkan Erin dan Yudhi. suatu saat yang tak sanggup dihadapi oleh sesiapa pun tetapi harus dihadapi. Erin dan Yudhi hilang dari pandangan mata. yang aku lihat ialah, Fad dan Irah berpelukan antara satu sama lain.dan menangis. aku diam membisu.menghormati keadaan sedih tersebut.;(.

jam 8 kami bertolak dari Jakarta. seharusnya jam 7. delay sejam. sampai airport KL jam 11 malam. tiba di KL Sentral jam 12 mlm. dari KL Sentral ke Gombak kami ambil cab.kami selamat tiba di rumah jam 1 pagi.-TAMAT-.



PESANAN RINDU ISTIMEWA BUAT:
-Fadiah Nadwa yang menjadi teman tour yang best. sangat best! memang enjoy giler lepak dgn Fad. tak kering gusi. setiap masa pasti ada lawak yang dilakukan. dan lawak yang paling best ialah lawak "boker".hehehe.:P. dah lama kita kenal. tapi after tour nih, rasanya kita bukan seperti kawan lagi. malah lebih kepada sebuah keluarga. betul tak fad? :). keluarga yang rock dan best.hehe. nanti kita gi tour sesama lagi okeh.;). Fad memang *comel! hehe. [*comel=banyak cakap].

-Nurzafirah Mazlan memang best giler.:). kita tak pernah kenal sebelum ni kan. tapi kita still dapat berkawan macam dah lama kenal.:). padahal baru kenal sepanjang tour ni je.hehe. Irah memang best!.:). nanti kalau nak pergi indonesia lagi, cakap ah ek. kita gi sama2 lagi.hehe.suka tengok Irah bergaya kalo di foto. ya kamu layak jadi model! hehe. miss ur action sista'.;).


TERIMA KASIH TERISTIMEWA BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN TOUR KAMI INI BERJALAN DENGAN PENUH KECERIAAN DAN KEGEMBIRAAN. TERIMA KASIH BUAT NISA, LELA, IVAN, DANI, PAM & ISTERI & ANAK, UCOK, CHOTAX, RAMDAN, VENUS, KAWAN2 PUNK DI ULTIMUS, KAWAN2 PUNK DI DAGO, BENGBENG, G-BOY, RAMA WIRAWAN DAN AWEKNYA, RICKY DAN PONGAH.TERIMA KASIH PALING ISTIMEWA BUAT KAK DETE, HANNY, FIKRY, EVA, ERIN, YUDHI, KELUARGA KAK DETE, KELUARGA ERIN, FAD DAN JUGA IRAH. AKU KANGEN SAMA KALIAN SEMUA!!!!!




- baca juga report kawan2 sepertemanan aku kat sini: Fad ** Irah :)
- next tour aku nak gi Jakarta dan Yogyakarta. ada saper2 nak ikut tak? :).

No comments: