14 September 2006

Cara Nak Terbitkan Buku Secara DIY

PRAKATA
Ok sebelum aku perturunkan ilmu nak buat buku ni kat korang, terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih yang tertinggi buat Ruhayat X dari Neohikayat Press yang sanggup perturunkan ilmu jurusan buat buku ni kepada aku. Hampir keseluruhan “buah” yang ada kat bawah ni adalah “buah” yang aku belajar dari Ruhayat X. dan aku upgrade dengan skill yang aku belajar dengan orang lain jugak.hehe


Dan kini, aku perturun kan pulak jurusan ni kat korang. Tapi ingat! Jangan simpan ilmu ni sorang2 jek. Share kat orang lain sama okeh.


Selain menuntut dengan Ruhayat X, aku juga menuntut ilmu dari Basri dan Hasmi. Selebihnya aku menuntut sendiri. Dan aku masih menuntut sekarang ni. Biar power yang aku ada bertambah power.hehe.


Apa pun, ilmu yang aku kasi ni dah cukup untuk korang berjaya menghasilkan buku.
Baiklah. Semua dah sedia nak belajar kan? Kita mulakan kelas kita hari ni dengan bismillahirrahmanirrahim...



PRODUKSI
1. Kumpul materil.

2. Cari judul yang best. Di peringkat awal, ini penting untuk bagi kau titik fokus. Di peringkat akhir, judul yang kencang boleh tolong kau jual-jualan.

3. Cari editor yang boleh buat kerja. Tak disyorkan kau edit kerja sendiri. Sekurang-kurangnya, dapatkan proofreader atau sepasang mata kedua/ketiga.


PENERBITAN
4. Pergi ke pejabat Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak bangungan TH Selborn (iaitu bertentangan dengan perpustakaan tersebut) untuk dapatkan ISBN (tiap-tiap buku yang terbit dalam dunia ni akan diberi nombor unik). Kau pergi ke kaunter petanyaan di ground floor, tinggalkan ic lepas tu naik lift tinggkat lapan utk ambil borang. Isikan borang tu dan hantarkan (nak antar pakai fax pun boleh), sekejap saja dapat ISBN. Lepas tu mintak barcode dari dorang, atau generet sendiri guna software (software trial version banyak di internet).

5. Kalau kau suka, atau buku kau lambat lagi nak keluar (macam Goblog 2, ada ke? – *ahaks*), bolehlah kau mintak nombor rujukan perpustakaan juga sementara kau kat pejabat tu. Nombor ni gunanya untuk memudahkan orang yang buat database search di mana-mana librari dalam dunia ni (dan jugak mungkin librari dunia lain -- mana kita tahu?) untuk buku kau tu. Penting kalau satu hari nanti kau akan jadi... err... femes macam Faisal Dhani. Eh silap. Maksud aku, Faisal Tehrani lah.

(i) Tak perlu kelulusan KDN untuk buku -- itu untuk majalah berkala. Jadi, terbitkanlah apa saja yang kau suka, asalkan bontot kau boleh tahan penangannya jika/bila kena lastik nanti, macam penulis skandal seks _______ (masukkan judul buku skandal favorit kau di sini).

(ii) Tak perlu bawak mock-up buku bersama masa kau nak mintak ISBN tu (tapi mock-up kena ada kalau nak nombor rujukan perpustakaan). Cukup dengan judul dan senarai penulis, juga nama & alamat penerbit dan pencetak. Maknanya, kau boleh daftarkan angin sepoi-sepoi bahasa kalau kau nak.

(iii) Kalau kau ambik ISBN dan buku kau tak keluar pun, mereka takkan telefon untuk tanya kenapa buku tak kuar atau tanya kabar ko sihat ke tak. Jangan risau ok. Jadi kalau kau sebenarnya kesunyian dan sekadar dahagakan interaksi manusia, ini bukan avenu yang sesuai untuk melepaskan kesepian kau. (Nota: kalau kau awek cute yang kesunyian, PM aku; aku janji takkan tidur selagi kita tak jumpa avenu yang betul untuk kau. Dah jumpa tu barulah kita tidur. Arrr, maksud aku, di katil masing-masing lah, of course. Arrr, maksud aku, kau di katil kau dan aku di katil aku lah, of course.)

(iv) Tak perlu ada syarikat untuk terbitkan buku. Boleh aje buat atas nama individu. Tapi pencetak mesti ada syarikat. Sebab aku tak pernah try, maka tak tahulah aku apa agaknya reaksi otoriti kalau di borang tu, di bawah "Nama Pencetak" kau tulis: "HP Deskjet 510C". Cubalah. Kemudian kongsi dengan kita di sini. Oh ya. Misal kata buku korang tu agak “hot” dan pihak pencetak takut nak publish buku korang, cuba korang deal dgn pihak pencetak elok2. pernah ada kes pihak pencetak mencetak buku tersebut tanpa meletak nama mereka kerana tak nak bertanggung jawab dengan buku yang mereka cetak itu. Ya lah. Korang yang tulis, maka korang ah yang bertanggung jawab. Berani buat, berani tanggung. Apa nak takut kalo kita cakap benar?


Nota tambahan:
Untuk Goblog, aku tak gi ambik ISBN pun. Sebab tu tak ada ISBN kat Goblog. Hehe. Aku nak cakap kat sini, tak salah pun kalo buku korang tak ada ISBN. Cumanya, kedai buku jarang nak ambik buku yang tak ada ISBN. Tapi tak tentu jugak. Kalau ko ayat power, tak ada ISBN pun diorang sanggup ambik jual buku korang. Percayalah. Sbb aku pernah buat.hehe. lagi satu, kalau dah ambik ISBN tu, jangan lupa hantar 5 naskah buku korang kat Perpustakaan Negara. Untuk simpanan diorang.



DESAIN
6. Tiap-tiap benda dalam dunia ni, termasuk buku, ada rupa dan saiznya yang bertepatan. Saiz tu akan buat orang rasa, "Yeah, buku ni bikinannya sedang elok sangat" bila mereka pegang hasilan kau tu. Payah nak cerita secara terperinci, tapi bila benda tu 'kena' kau akan tahu secara nalurinya. Kerja kau ialah untuk mencari apa dia rupa dan saiz tu untuk buku kau. Seperti juga semua benda yang paling payah sekali nak buat dalam dunia ni, bunyinya senang sangat.


PENCETAKAN
7. Makin banyak naskah kau cetak, makin rendah harga buku kau setiap satu jadinya (walaupun mungkin secara total kos kau akan bertambah).

8. Tak ada harga standard dikeluarkan oleh Persatuan Pencetak Malaysia (kalaupun persatuan tu wujud; aku rasa ya). Jadi kau kenalah rajin shop around untuk harga yang terbaik.

9. Imbangkan harga dengan kualiti yang diberikan. Nasihat aku, jangan nak kejar harga printing murah sangat. Biar mahal sikit janji puas hati. Memang orang cakap “dont judge book by its cover”. Tapi terima lah hakikat ramai manusia yang membeli sesuatu sebab cover dia. Aku nak cakap kat sini, kualiti printing tu penting!

10. Kos nak terbitkan satu-satu judul buku adalah tertakluk pada kuantiti, tebal muka surat, materil yang kau pakai, dsb. Selalu kilang pencetak akan cakap jumlah minimum yang diorang cetak ialah 1000 naskah. Tapi masih ada yang sanggup cetak minimum 500 naskah.


PEMASARAN
11. Memang senang amat nak terbitkan buku. Tapi tak heran kenapa tak ramai yang buat buku sendiri. Sebabnya orang tak tahu cara-cara nak buat. Atau mungkin orang nampak kerja buat/hasilkan buku ni projek grand giler. Dan kemungkinan yang paling besar ialah sbb tak ada duit. Hehe. Tapi tak apa, duit boleh share ramai2.:). Kau ada buku sketsa atau diari atau biografi atuk yang kau nak famili extended kau semua baca? Terbitkanlah sendiri. Masalah cuma timbul bila kau nak cuba tolak buku kau ke pasaran am. Buku Goblog, misalnya, tak ada satu kedai buku pun nak ambik buku tergoblok ni. Eh, sebenarnya, aku tak tolak Goblog kat kedai pun.hehe. Tapi, itulah, risiko yang kau kena terima kalau kau nak jugak keluarkan buku2 yang buat tangan-tangan suci terbakar bila tersentuh. Tapi jangan takut; banyak orang banyak ragam. Pasti ada orang yang sama taste dgn kau, yang akan suka buku yang kau keluarkan nanti. Percayalah cakap aku ni. So, jangan takut keluarkan buku sendiri.


PENUTUP
So, ini je lah benda2 yang patut kau bear in mind. Terserah pada kau, buat buku untuk jadi popular atau untuk jadi kaya. Aku dah tunjuk jalannya. Tinggal untuk kau praktikkan jek. Tapi aku ajar ni atas dasar mencipta ruang untuk bebas berkarya. Bebas tak bebas lah. Kalau buku kau kritik kerajaan, peluang kau nak masuk ISA tu cerah. Tapi setidak-tidaknya, kau bebas dari pihak penerbit yang mungkin akan menapis tulisan2 kau yang mereka [penerbit] rasa tak sesuai untuk dibaca orang ramai. Tak payah susah2 cari penerbit yang “baik” sangat. Ko cari jek Papakerma Press. Aku komfom Papakerma Press takkan sunting ayat2 ko. Saje jek nak promote nih. Papakerma Press ni milik aku dan kawan2.hehe.


Ok lah. Dah pukul 4 pagi rupanya. Aku masuk tido dulu okeh. Apa2 hal yang kau nak tahu, Tanya ah ok. Aku tido dulu. Gud nite...



Yang benar;
Dhani Ahmad

No comments: