Zine Sebagai Media Alternative
Oleh: Ahmad Faisal
selama ini zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak di publik yang lebih luas, sementara sebenarnya secara karekteristik, tak ada beza antara zine yang biasa di edarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan bulletin-buletin Jumaat di masjid-masjid - anonymous
Petikan di atas jelas sekali menunjukkan bahawa masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan zine.
Secara asasnya, zine merupakan sebuah buku yang dikeluarkan sendiri oleh penulisnya. Bermula dari seawal proses menulis isi kandungan zine, mereka-letak, mempromosi, sehinggalah kepada proses akhir dalam penghasilan zine iaitu mencetak dan mengedarkan zine tersebut kepada para pembaca. Semua proses ini dilakukan sendiri oleh pembuat zine dengan inisiatif masing-masing. Atau dalam istilah lainnya, secara DIY (Do It Yourself).
Zine merupakan medium penulisan alternatif bagi para penulis yang mahukan kebebasan berkarya tanpa disekat oleh mana-mana akta atau syarat-syarat tertentu yang mungkin akan menyebabkan idea asal tulisan mereka tidak berjaya disampaikan secara maksima.
Di Malaysia, penghasilan zine lebih sinonim dengan komuniti punk/hardcore atau juga dikenali sebagai komuniti DIY. Seawal tahun 90an lagi para penggiat komuniti DIY telah mula menerbitkan zine. Tidak ada topik khusus yang ditetapkan dalam menerbitkan zine. Rata-rata penulis zine menghasilkan zine mengikut kecenderungan minat masing-masing. Ada yang mengetengahkan isu muzikal, ada yang berunsur politik, dan ada juga zine yang personal. Kepelbagaian minat memeriahkan lagi keadaan penghasilan zine.
Menghasilkan zine tidak perlu melalui proses yang berbelit-belit. Penulis secara langsung dapat menyampaikan apa yang difikirkan terus kepada pembaca. Tidak seperti keadaan di arus perdana, yang mana setiap tulisan akan terlebih dahulu disemak, dinilai serta ditapis oleh pihak penerbit sebelum tulisan tersebut sampai ke pembaca akhir. Malah, proses-proses penyuntingan oleh penerbit juga boleh menjadikan tulisan penulis berubah sama sekali daripada tulisan awalnya.
Para editor zine secara tidak langsung telah memilih medium yang lebih autonomi dalam menyampaikan pendapat mereka. Idea-idea yang mungkin tidak diluluskan oleh penerbit arus perdana boleh dicetak di zine masing-masing. Ini kerana, setiap keputusan adalah milik penuh editor zine tersebut. Dan menerbitkan zine bukanlah bertujuan mencari keuntungan wang ringgit tetapi untuk kepuasan berkarya dan pada masa yang sama menyampaikan mesej.
Secara keseluruhannya, isi kandungan zine tidak pernah melanggar hukum-hukum manusiawi. Tidak ada tulisan yang berbentuk perkauman mahupun tulisan yang mencemuh keburukan pihak-pihak tertentu. Ini kerana, editor zine yang terdiri daripada penggiat komuniti DIY adalah mereka yang sedar tentang hak-hak asasi manusia.
Tidak ramai yang tahu tentang zine. Tapi di zaman teknologi maklumat ini pasti ramai yang tahu tentang weblog. Menghasilkan zine tidak ada bezanya dengan membina weblog. Yang mana, penulis weblog berkuasa penuh ke atas idea-idea, tulisan-tulisan mahu pun tentang susun atur atau rupa bentuk weblog yang dibina. Sepertimana membina weblog, membuat zine sebetulnya bukanlah suatu perkara remeh. Ianya soal: KEBEBASAN.

No comments:
Post a Comment