13 November 2005

Mengeksploitasi Atau Dieksploitasi?
++hari ini agak membosankan.aku ke bandar atas cubaan membunuh bosan. ah, di bandar juga bosan. terus aku ke cybercafe [cc], juga dengan alasan, membunuh bosan. namun, keadaan tetap sama. di cc juga bosan. walaupun sudah 3 jam aku disana. apa??? 3 jam??? ini bermakna aku harus membayar sewa perkhidmatan tersebut sebanyak rm6 [ rm2 sejam]. wah! rm6? aku harus keluar cepat nih.duit dalam dompet bukan banyak mana pun. dengan bergaya aku keluarkan sekeping note kertas merah yang bernilai rm10.dalam masa yang sama, otak mula mencongak, bahawasanya baki yang aku harus terima adalah rm4. cashier cc tersebut menjalankan tugasnya dengan tekun. "nak bayar ye?" mulut manisnya memantulkan kata-kata. "a'ah" jawab aku ringkas dalam keadaan kontrol macho sambil menghulurkan duit.oppsss.lupa nak cakap, cashier cc ni aweks tau.:).hehe.kemudian dia menghulurkan pulangan baki tersebut kepada aku sambil tersenyum manja."terima kasih yer awak.nanti datanglah lagi yer. awak ni kacak lah". (eh, skrip ni aku reka sendiri nih). aku mengambil baki tersebut sambil mengira...hah???!!! rm6?? kenapa dia bagi aku rm6? sepatutnya dia bagi aku rm4. sedanga otak aku mempersoalkan mungkin kesilapan yang cashier tersebut lakukan, kaki aku dengan selamba mengatur langkah keluar dari cc tersebut. dan juga dengan perasaan serba salah.


ps: semalam, anak buah aku beli buku Naruto yang berharga rm5.90. anak buah aku bagi duit rm6. skali tuan kedai tu pulangkan baki sebanyak rm1.10. terus anak buah aku yang keliru melangkah pulang dengan baki rm1.10 tersebut dan menceritakan hal ini kepada aku. :)


*SOALAN: sekiranya korang berada dalam situasi aku, apa yang korang akan lakukan?

No comments: